{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda bukit sagu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda bukit sagu - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda bukit sagu</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Aug 2011 12:00 AM PDT

Oleh NOREHAN SALEH utusanpahangutusan.com.my

KUANTAN 8 Ogos – Kebiasaannya golongan belia Felda akan menghabiskan masa lapang mereka di padang bola atau di kedai kopi.

Namun, perkara itu berbeza di Gugusan Felda Bukit Sagu dekat sini, apabila golongan itu menghabiskan masa terluang di pusat latihan kecergasan yang diberi nama Felda Fitness Gym yang terletak di Felda Bukit Sagu Dua.

Bukan sahaja belia, pusat kecergasan itu juga menjadi tumpuan golongan berusia yang mementingkan kesihatan.

Menurut Presiden Felda Fitness Gym, Muhamad Zaidi Rasip, gimnasium yang dibuka mulai Julai tahun lalu itu mampu menarik penyertaan 150 belia.

"Gimnasium ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan ia juga dibuka setiap hari bermula pukul 5 petang hingga 12 malam," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Kewujudan gimnasium sumbangan Pusat Khidmat Parlimen Paya Besar dan Dewan Undangan Negeri Sungai Lembing itu bukan sahaja bagi mengelakkan golongan belia terjebak dengan masalah jenayah, malah turut menarik mereka terlibat dalam dunia politik.

"Kami menarik mereka supaya sentiasa menyertai program anjuran kerajaan seperti Kem Kesedaran Jiran Muda Terhadap Penyakit dan Fungsi Penyakit Kanser dan Fungsi Tugas Sukarelawan anjuran Jabatan Perpaduan serta program berkayak di bawah Parlimen Paya Besar," katanya.

Muhamad Zaidi berkata, hasil daripada pelbagai aktiviti tersebut, 200 belia menyertai Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Felda Bukit Sagu.

Lebih membanggakan, katanya, gimnasium tersebut turut dijadikan lokasi latihan buat 14 atlet Sukan Malaysia (Sukma) dari Felda Bukit Sagu bagi kategori tinju, tomoi dan silat olahraga.

Sementara itu, Penasihat Felda Fitness Gym, Mohd. Nor Hayat Butuh memberitahu, kewujudan gimnasium tersebut adalah permintaan daripada warga peneroka Gugusan Felda Bukit Sagu.

"Kalau dahulu, bangunan ini merupakan sebuah dewan yang tidak terjaga dan menjadi sarang penagih dadah, tetapi kini warga gembira apabila ia bertukar menjadi pusat latihan kecergasan.

"Dahulu kaum belia akan ke Gimnasium Rakyat di Kuantan sejauh 40 kilometer dari Felda Bukit Sagu, tetapi kini mereka boleh menyertainya di sini, sekali gus menghilangkan kebimbangan ibu bapa mereka," katanya.

Katanya, beliau terharu melihat sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia walaupun ia baharu dibina setahun lalu.

Beliau turut berharap supaya gimnasium tersebut dapat diperbesarkan kerana ia semakin sempit dan tidak mampu menampung kehadiran semua ahlinya pada satu-satu masa.

"Kadangkala mereka terpaksa beratur untuk menunggu giliran kerana dewan ini tidak dapat menampung ramai pengguna pada satu-satu masa," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat