{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lepar utara - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lepar utara - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Jul 2011 12:00 AM PDT

Sekolah Kebangsaan (LKTP) Lepar Utara Satu telah dibuka pada hari Isnin, 25 Februari 1985 di tanah seluas 8 ekar dan terletak di bawah pengawasan Pejabat Pelajaran Daerah Kuantan kemudian mulai 1 Januari 2005 dipindahkan pengawasannya kepada Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, Pahang Darul Makmur. Sekolah ini mengandungi 2 blok bangunan, 1 kantin, 1 surau dan 22 unit rumah guru. Guru-guru yang mengajar di sekolah ini tinggal dengan menyewa rumah kakitangan Felda dan Kilang Sawit selain tinggal di rumah guru. Sekolah ini terletak di pedalaman dan di kelilingi oleh Gugusan Felda Lepar Utara 1,2,4 dan Felda Plantation 5, 10, 13 dan 14. Jarak dari sekolah dan PPD Kuantan ialah sejauh 221 km manakala PPD Jerantut ialah 98 km. Sementara itu jarak ke JPN Pahang pula sejauh 227 km yang mengambil masa kira-kira 3 jam perjalanan menaiki kereta melalui Bandar Jengka, Maran dan seterusnya ke Kuantan. Mulai Januari 2006 SK Lepar Utara Satu telah dipindahkan ke Zon Gelanggi di bawah pentadbiran PPD Jerantut.

Murid-murid yang belajar di sini terdiri daripada anak-anak peneroka, buruh ladang, kakitangan Felda dan Kilang Sawit Lepar Utara 4, guru-guru dan anggota polis. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Pejabat Felda Lepar Utara 1. Pada masa itu keadaan sekolah adalah dalam serba kekurangan di mana tiada kemudahan asas seperti air,  elektrik dan jalan perhubungan yang teruk. Melalui daya usaha penduduk serta guru, mereka telah bergotong-royong membina kerusi dan meja panjang untuk kegunaan murid-murid. Keadaan ini berterusan sehinggalah pada bulan Julai 1985 di mana sekolah telah menerima bekalan perabot daripada JPNP. Bermula dengan 87 orang murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 dan seramai 7 orang guru termasuk seorang Guru Besar, sekolah telah beroperasi walaupun dalam keadaan serba kekurangan. Bilangan murid dan kakitangan telah bertambah dari setahun ke setahun hinggalah ke hari ini di mana jumlah murid ialah seramai 752 orang, 45 orang guru termasuk Guru Besar, 2 orang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, 4 orang Pekerja Rendah Awam dan 2 orang Pengawal Keselamatan. 

SK. (LKTP) Lepar Utara Satu telah berpindah ke bangunan baru yang ada sekarang pada 5 Oktober 1988. Dengan kemudahan yang bertambah proses pengajaran dan pembelajaran telah dapat dijalankan dengan lebih sempurna begitu juga dengan aktiviti luar bilik darjah. Pada tahun itu juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah ditubuhkan. Dengan adanya PIBG kerjasama yang sedia ada telah terjalin dengan lebig erat lagi. Pada 16 Mac 1989 sekolah ini telah dinaikkan gred dari gred C ke gred A. Sesuai dengan kenaikan gred sekolah ini dapat beroperasi dengan lebih baik dan sempurna.  Aktiviti ko-kurikulum juga berjalan dengan lancar di mana Sukan Tahunan kali Pertama dapat diadakan pada tahun 1988. Sungguhpun jauh di pedalaman sekolah ini telah berjaya melahirkan atlet yang berwibawa di mana pada tahun 1994 dan 1998 seorang pelajar telah mewakili negeri Pahang dalam sukan olahraga. Pada tahun 1998 seorang lagi pelajar telah mewakili negeri dalam sukan bola sepak. Kemudian pada tahun ini seorang pelajar terpilih mewakili negeri dalam sukan bola tampar perempuan. Dalam bidang akademik pula pencapaian terbaik sekolah dalam UPSR ialah pada tahun 2002 di mana seramai 8 orang pelajar telah mendapat 5A, dan peratus kelulusan tertinggi setakat ini ialah pada tahun 2005 iaitu 56.6%. Adalah diharapkan agar segala pencapaian dari sekolah ini dapat dipertingkatkan lagi dari masa ke semasa. Pada masa ini sekolah dijalankan dalam 2 sesi iaitu sesi pagi untuk murid-murid tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 manakala sesi petang pula melibatkan murid-murid tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3.

Blog Felda: <b>felda lepar utara</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Nov 2012 12:00 AM PST

Oleh HARIS FADILAH AHMADutusanktn@gmail.com

JERANTUT 8 Feb. Seramai 15,000 penduduk di Gugusan Felda Lepar Utara dekat sini mengalami kesukaran untuk memasak berikutan bekalan gas untuk tujuan itu terputus sejak tiga bulan lalu.

Masalah itu meliputi penduduk di penempatan Felda Lepar Utara 1, 2, 4, 8, 9, 11 dan 14 serta kakitangan kilang sawit Lepar Utara 4 dan 6.

Ia berpunca daripada kekurangan bekalan gas dari depot di Lembah Klang manakala pembekal di bandar lain enggan menghantar gas ke kawasan itu dengan jumlah kecil kerana terletak di luar operasi bekalan masing-masing.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kedai Felda DMart yang terletak di Felda Lepar Utara 3, 9, 11, 1, 2 dan 4 turut menerima tempias apabila masing-masing cuma menerima penghantaran 60 tong gas dalam tempoh seminggu.

Ketua Kampung Felda Lepar Utara 3, Osman Shaari, 46, berkata, senario yang dialami penduduk di situ bermula sejak tiga bulan lalu dan keadaan semakin kritikal pada Disember tahun lepas.

Bekalan gas dari pembekal di Bandar Tun Razak, Jengka yang terakhir ke kawasan ini adalah pada awal tahun ini dan sehingga kini kami terputus bekalan.

Kami memohon pembekal di bandar Jerantut menghantar bekalan gas memasak, tetapi mereka enggan kerana di luar kawasan operasi mereka, katanya kepada pemberita di sini semalam.

Seorang peneroka Felda Lepar Utara 8, Sulaiman Nayan, 62, berkata, keadaan semakin kritikal sejak awal Januari lalu dan ia menjejaskan pendapatan peniaga kedai makan di kawasan itu.

Peniaga terpaksa memberhentikan jualan berikutan ketiadaan gas memasak di pasaran, katanya.

Dia meminta kerajaan negeri memulihkan kemelut berkenaan dengan membenarkan ramai pembekal menghantar gas memasak ke kawasan berkenaan.

Seorang peniaga kedai makan, Fatimah Jaafar, 48, berkata, bekalan tiga tong gas masih tidak mencukupi dan terpaksa berbelanja lebih untuk memperoleh gas memasak di bandar Jerantut sejauh 80 kilometer dari Gugusan Felda Lepar Utara.

Harga setong gas seberat 12 kilogram adalah RM23.50 dan akan meningkat sebanyak RM24.70 apabila dijual di kawasan ini akibat ketidakcukupan bekalan dan ia menyusahkan penduduk, katanya.

Dia menambah, penduduk terpaksa memunggah menggunakan kereta dengan dikenakan caj sehingga RM80 untuk dua tong gas termasuk membayar sewa kereta untuk ke Bandar Tun Razak, Jengka dan Jerantut bagi mendapatkan bekalan.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat