{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Gempur empat pengganas

Posted:

LAHAD DATU: Satu pertempuran berlaku antara pasukan keselamatan dengan sekumpulan pengganas di sebuah rumah tinggal di Kampung Kembara Sakti Felda Sahabat tengah malam tadi.

Menurut sumber, pasukan keselamatan menggempur rumah berkenaan yang menjadi tempat persembunyian sekumpulan empat pengganas bersenjata yang dilaporkan menawan seorang suri rumah selama dua jam, petang semalam untuk mencari makanan.

Pasukan keselamatan juga dikatakan mengepung setiap penjuru Kampung Kembara Sakti bagi memastikan kumpulan kecil pengganas itu tidak dapat melarikan diri.

Sehingga awal pagi ini, tiada pengesahan daripada pihak berkuasa tentang jumlah kematian atau tangkapan pengganas terbabit, bagaimanapun sumber pasukan keselamatan mengesahkan usaha dijalankan bagi menumpaskan kumpulan pengganas bersenjata yang dikatakan lolos daripada kepungan di zon merah itu.


Terdahulu petang semalam, sekumpulan empat lelaki bersenjata dipercayai saki baki pengganas yang melarikan diri daripada kepungan pasukan keselamatan bertindak mengikat tangan dan kaki seorang wanita di Kampung Kembara Sakti selama kira-kira dua jam sebelum menggeledah rumah mangsa bagi mencari makanan.


Ketika kejadian, kira-kira jam 2 petang itu, suri rumah berusia 40-an sedang berada di dalam rumah manakala suaminya keluar bekerja.

Menurut jiran mangsa dikenali sebagai Mutiya Mambalusah, 41, kemunculan empat lelaki bersenjata itu secara tiba-tiba mengejutkan jirannya itu kerana kampung berkenaan terletak kira-kira 25 kilometer dari Kampung Tanduo dan tidak dikategorikan dalam zon merah sebaliknya diisytihar sebagai kawasan selamat.

"Sebaik memasuki rumah, seorang daripada lelaki itu yang boleh berbahasa Melayu meminta makanan manakala dua yang lain bersembunyi di atas loteng mungkin sebagai persediaan jika ada orang lain memasuki rumah.

"Apabila dimaklumkan tiada makanan, mereka terus mengikat kaki dan tangan jiran saya sebelum menggeledah rumah itu untuk mencari makanan," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, jirannya itu berjaya membuka ikatan berkenaan dua jam kemudian sebelum bertindak melarikan diri ke rumahnya.

"Saya yang terkejut dengan kejadian itu kemudian terus membantunya melarikan diri sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis. Ketika itu tidak diketahui sama ada kumpulan terbabit masih berada dalam rumah jiran saya itu," katanya.

Mutiya berkata, sebaik laporan polis dibuat, pasukan keselamatan kemudian mengarahkan semua penduduk berpindah ke masjid berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/22

'Saya diarah, dibayar seseorang'

Posted:

Tawau: "Saya diarah dan dibayar oleh seseorang. Saya amat bodoh kerana melakukan semua ini," kata Holland Kalbi.

Dia dan tujuh lagi lelaki warga Filipina berusia 17 hingga 66 tahun menyatakan demikian sewaktu didakwa di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, atas tuduhan menjadi kumpulan pengganas ketika ditahan dalam Op Daulat.

Lelaki berkumis itu berkata demikian dalam bahasa Bajau selepas Hakim P Ravinthran bertanya sama ada dia ingin menyatakan sesuatu kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Ravinthran berkata, kenyataan Holland tidak akan dipertimbangkan tetapi hanya direkodkan mahkamah.

Foto

ANGGOTA polis mengawal rapi seorang daripada lapan penggganas di Mahkamah Tinggi Tawau, semalam.


Mengikut pertuduhan, Holland dan lima tertuduh lain iaitu Atik Hussin Abu Bakar, Basad H Manuel, Lin Mad Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir didakwa menjadi anggota pengganas di Kampung Tanjung Labian, Kampung Tanduo, Jalan Kastam, di Lahad Datu, dekat sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/22

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat