Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: LAHAD DATU: Empat kilometer persegi di Kampung Tanduo, dekat sini, diisytiharkan sebagai zon pertempuran selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggempur pengganas di kawasan itu, kira-kira 7 awal pagi ini. Sementara itu, 10 kilometer persegi pula berada dalam kawalan pasukan keselamatan dan laluan masuk ke kampung terbabit turut ditutup bagi menjamin keselamatan orang awam. Serangan yang dilancarkan itu dipercayai menggunakan dua jet pejuang F18 dan empat jet Hawk bagi menumpaskan pengganas yang sudah berkampung di kawasan berkenaan sejak 12 Februari lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, serangan itu dilancarkan selepas pengganas enggan menyerah diri walaupun diberi peluang berbuat demikian sebelum ini.
Ismail berkata, sebelum serangan itu, pihaknya sudah melakukan pemeriksaan dan penggeledahan di semua rumah penduduk sebelum serangan dilakukan bagi memastikan tiada orang awam ketika serangan. "Ketika serangan itu, kita juga mendapat tentangan daripada pengganas yang melepaskan tembakan. Sehingga ini, kita tidak dapat sahkan jumlah kematian dan yang tercedera di pihak musuh," katanya. Beliau berkata, dalam serangan itu pasukan keselamatan juga tiada yang kehilangan nyawa dan serangan ke atas pengganas masih berterusan. Kronologi 7.00 pagi: Jet pejuang mula menggempur Kampung Tanduo dengan menggunakan sekurang-kurangnya empat bom dari udara. 7.30 pagi: Dua helikopter Nuri kelihatan menuju ke arah Felda Sahabat 17. 9.00 pagi: Polis melakukan sekatan jalan raya di semua laluan masuk dalam lingkungan kira-kira 30 kilometer dari Kampung Tanduo. 9.15 pagi: Beberapa ambulans dari Hospital Lahad Datu dilihat menuju ke arah Felda Sahabat 17 Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05 |
Posted: Semporna: Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul semalam mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa. Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi penduduk sejak kelmarin. Sabtu lepas, enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban dalam insiden berbalas tembakan yang turut mengorbankan tiga penceroboh. Dalam pada itu, Ramli turut menasihati penduduk di situ agar tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab kerana ia dapat mengeruhkan keadaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/05 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |