Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Menghayati peristiwa besar di Baitulmuqaddis Posted: Menghayati peristiwa besar di BaitulmuqaddisOleh ALIF ABU BAKAR JANGAN lepaskan peluang menunaikan solat di Masjid al-Aqsa, Baitulmuqaddis. PERNAHKAH anda mendengar kewujudan batu terapung di Baitulmuqaddis, Palestin? Jika anda membuat carian di internet, pastikan anda menemui gambar yang betul kerana terdapat banyak laporan palsu berkenaan batu tersebut. Hari ini, kawasan yang menempatkan batu terapung itu digelar Qubbatul Sakhrah yang bermaksud kubah yang memiliki batu di bawahnya. Lokasinya kini terletak di belakang Masjid al-Aqsa dan ia terletak di dalam sebuah bangunan. Menurut sejarah, batu terapung itu menjadi tempat Nabi Muhammad SAW berpijak sebelum diangkat ke langit pada peristiwa Israk dan Mikraj. Batu tersebut dikatakan mahu mengikuti Rasulullah naik ke atas tetapi akhirnya terapung di udara tanpa mencecah bumi. Kini, batu tersebut ditambah dengan tiang sokongan bagi mengelakkan ketakutan pengunjung untuk masuk bahagian bawah batu tersebut. Namun, terdapat dakwaan mengatakan tiang-tiang sokongan itu ditambah pihak Israel kerana enggan pelawat kagum dengan kejadian luar biasa itu. Sekiranya anda ingin melihat sendiri kebesaran Allah itu, peluang untuk anda berkunjung ke Baitulmuqaddis kini dibuka. Angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, mengajak 32 rakyat Malaysia untuk mengikutinya berkunjung ke Baitulmuqaddis pada penghujung bulan April 2013. BAITULMUQADDIS menyimpan pelbagai khazanah sejarah Islam yang harus diketahui umat Islam. Program kedua bersama angkasawan itu bertujuan mendidik para peserta memahami dan mendalami tamadun Islam yang tersimpan di Baitulmuqaddis. "Mengunjungi Baitulmuqaddis merupakan impian saya sejak kecil, sebelum wujudnya cita-cita untuk ke angkasa lepas lagi. Peluang sebegini sukar didapati, jadi mereka yang ingin ke sana di bawah program ini perlulah mendaftar dengan segera," ujar Sheikh Muszaphar pada majlis pelancaran Jejak Sejarah Islam di Baitulmuqaddis di Restoran al-Rawsha, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Makam Nabi Musa Selama lapan hari di Baitulmuqaddis, para peserta akan dibawa mengunjungi beberapa buah masjid seperti masjid al-Aqsa, Salman al-Farisi, al-Alami dan Rabiatul Adawiyah. Mereka yang menyertai program itu juga berpeluang ke muzium Islam, muzium seni lukis Islam dan Bukit Zaiton. Makam beberapa nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Musa juga akan dikunjungi. Jika ada kelapangan, para peserta akan dibawa ke Ramallah dan Hebron. Selain Baitulmuqaddis, lawatan tersebut turut meliputi Jericho yang membolehkan peserta melawat istana kerajaan Umaiyah, kolej pertanian Palestin, Menara Tel Elish, Spa Ein Gedi di Laut Mati dan Jambatan Allenby yang menyeberangi Jordan. Di Amman, Jordan pula, lawatan akan merangkumi Ashabul Khafi, stadium Roman, masjid Raja Abdullah dan makam Nabi Shuib. IMPIAN Sheikh Muszaphar untuk menziarahi Baitulmuqaddis, Palestin bakal menjadi kenyataan pada penghujung April ini. Pengarah Urusan Gotz Travel & Tours Sdn. Bhd. Syed Salim Syed Ahmad memberitahu, lawatan tersebut adalah pakej sederhana yang menyediakan peserta dengan hotel tiga bintang. "Biarpun begitu, hotel tersebut terletak betul-betul di depan Masjid al-Aqsa. Ia memudahkan para peserta beribadat di masjid tersebut tanpa sebarang masalah," ujar Syed Salim. Pakej lawatan kelolaan Gotz Travel & Tours bersama Sheikh Muszaphar itu mengenakan harga RM7,230 bagi dewasa dan RM6,730 untuk kanak-kanak. Harga tersebut merangkumi tiket penerbangan Jordan Airlines, penginapan, pemandu pelancong dan makanan. Para peserta akan bertolak pada 29 April dan kembali ke tanah air pada 8 Mei 2013. Difahamkan, daripada 32 tempat yang ditawarkan, kini ia hanya mempunyai 15 kekosongan. Mereka yang berminat boleh menghubungi wakil ejen beserta bayaran deposit sebanyak RM1,000. | |
Posted: Kembara harta karun Benita
LAZIMNYA penerokaan perpustakaan atau muzium hanya dilakukan bagi tujuan kajian ilmiah untuk menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah atau guru. Biarpun begitu, pendekatan yang diambil oleh Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bernama (Benita) menerusi permainan All Ladies Treasure Hunt 2013 dilihat sebagai alternatif berkesan dalam mengenali seni budaya negara ini. Kembara mencari harta karun dari Kuala Lumpur ke Melaka yang khusus untuk wanita itu bertemakan Mengenali Seni dan Budaya Bangsa. Ia merupakan acara kedua anjuran Benita. Pertandingan yang berkonsepkan menguji kepintaran itu melibatkan 200 peserta. Kembara bermula dari Wisma Bernama di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan berakhir di Melaka Bandaraya Bersejarah. Meliputi jarak perjalanan sejauh lebih 200 kilometer, para peserta dikehendaki menjawab 40 soalan berdasarkan kepada panduan penanda arah. Sepanjang perjalanan itu, mereka perlu menjelajah pelbagai tempat, bandar, kampung dan menjejaki Muzium Kompleks Kraf di Jalan Conlay, Muzium Samudera dan Istana Kesultanan Melaka. Konsep penerokaan jawapan mencari harta karun ini yang membawa peserta ke muzium berkaitan dilihat sebagai platform terbaik untuk menghargai khazanah seni budaya negara. Medium seni Pendekatan ini turut diakui sendiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf. Beliau berpendapat acara ini sebagai medium yang sesuai untuk memperkenalkan seni dan budaya di Malaysia. Menariknya, penganjuran acara kembara ini dapat memupuk amalan mencintai seni warisan budaya bangsa menerusi pendekatan Senam Seni 1Malaysia. Dikelolakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), peserta lengkap berkemeja T berwarna merah jambu sejak awal pagi. Gelak ketawa mula kedengaran sambil mata tidak berkelip melihat pergerakan jurulatih JKKN yang membuat pergerakan mengikut rentak lagu yang didendangkan selama 30 minit. PEMANGKU Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong (empat dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pasukan yang menjuarai Kembara Harta Karun Benita. Bersesuaian dengan namanya, Senam Seni 1Malaysia, ia merupakan senaman yang merangkumi semua tarian tradisi masyarakat berbilang kaum di negara ini termasuklah etnik Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli. "Benita merupakan sebuah persatuan kecil yang berhasrat untuk mengeratkan hubungan, kerjasama dan interaksi wanita dalam kalangan anggota Benita, Puspanita KPKK, wartawan dan orang ramai melalui kembara ini. "Kami membuka penyertaan eksklusif untuk kaum wanita sahaja dan ternyata idea ini mendapat sambutan menggalakkan," kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Rohana Mustaffa. Kepada salah seorang peserta kembara, Zulihanis Ismail, 30, dia tidak pernah menyangka Melaka kaya dengan pelbagai jenis muzium menarik untuk dilawati. Biarpun hanya menjejaki Muzium Samudera dan Istana Kesultanan Melaka semasa acara kembara mencari harta karun itu, namun terbit minat untuk membawa seisi keluarga mengunjungi muzium-muzium di negeri Hang Tuah itu jika bercuti ke Melaka. "Selalunya kalau bercuti ke Melaka, apa yang ada dalam minda saya ialah makanan lautnya, Jonker Street, Melaka River Cruise dan Coconut Shake Tiada langsung perancangan hendak pergi ke tempat bersejarah. "Seingat saya kalau ada pun semasa rombongan sekolah, melawat muzium. Jadi, dengan adanya permainan seperti ini, secara tidak langsung kami dapat menarik minat mengetahui seni budaya negara," katanya. Pertama kali menyertai pertandingan seumpamanya, Zulihanis berkata, pendekatan mengenali budaya ini tidak sekadar tertumpu kepada pertandingan minda. Acara Malam Kebudayaan itu turut dihadiri oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam. Kata Zulihanis, tarian seperti cak kun cak yang dipersembahkan oleh murid-murid Kumpulan Kesenian dan Kebudayaan Sekolah Kebangsaan Lereh, Melaka banyak memberi peluang kepadanya untuk mengenali persembahan tarian itu. PESERTA tekun mencari jawapan. Selain cak kun cak, kumpulan kesenian ini yang juga Johan Pertandingan Tarian Peringkat Negeri Melaka 2011 turut mempersembahkan pelbagai tarian lain seperti gole-gole dan sapu tangan. Kemeriahan suasana malam kebudayaan dihangatkan dengan gaya peserta yang memakai pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia. Kerjasama Atas semangat 1Malaysia, ada yang menyarung busana tradisi kaum Kadazan, Cina (cheong sam), India (sari) dan pelbagai lagi. Kembara harta karun ini bukan sekadar memupuk sahsiah peserta menghargai khazanah seni budaya negara, malah ia berkesan mencabar minda mereka. Bagi Siti Fatimah Abdullah, 29, penyertaannya yang sekadar suka-suka telah mencambah minat untuk menyertai program seperti ini lagi pada masa akan datang. "Pertandingan ini memerlukan kerjasama antara semua anggota yang mengeratkan lagi hubungan antara rakan. "Paling menarik, setiap orang berpeluang menyuarakan pendapat bagi menjawab sesuatu soalan, mencabar pemikiran kita. Kalau tidak ada kerjasama, sudah tentu permainan ini tidak menarik," katanya. Beliau yang bekerja di Kolej Unikop, Batu Caves, Selangor berkata, pertandingan mencari harta karun ini juga menggalakkan aliran pemikiran pantas kerana perlu menjawab kesemua 40 soalan dalam masa ditentukan. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |