{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kerteh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kerteh - Google Blog Search


Ribut Bagai Tsunami, Lebih 220 Rumah Di <b>Felda Kerteh</b> 5 Dan <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 05:25 PM PDT

No of View :195

PENDUDUK Felda Kerteh di Kemaman membersihkan serpihan bumbung yang rosak akibat ribut semalam.

 Lebih 220 buah rumah milik peneroka Felda Kerteh 5 dan Felda Kerteh 6 dekat sini rosak akibat dipukul ribut dan angin kencang kelmarin.

Kejadian pada pukul 4 petang itu berlaku hanya dalam tempoh lima minit.

Sekurang-kurangnya lebih sepuluh batang pokok turut tumbang di sepanjang jalan memasuki ke Felda itu.

Pokok-pokok itu turut merosakkan pelbagai harta benda termasuk beberapa buah kenderaan.

Seorang peneroka, Mekzah Daud, 46, berkata, kejadian itu merupakan yang pertama berlaku di Felda Kerteh sejak lebih 20 tahun dia tinggal di sini.

Katanya, hujan lebat yang turun disertai angin kencang mengingatkan dia kepada kejadian tsunami yang pernah ditonton melalui televisyen apabila rata-rata atap rumah di kampung berkenaan tercabut dan rosak teruk.

"Keadaan ketika itu menakutkan ekoran bunyi bising apabila atap rumah tiba-tiba pecah ditiup angin sehingga menyebabkan air memasuki rumah.

"Ketika itu, saya dan enam orang anak saya terus memasuki sebuah bilik sambil berpelukan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ibu tunggal, Zawiyah Mohd., 47, pula berkata, kejadian angin kencang itu berlaku dalam tempoh singkat namun kesannya amat menakutkan.

"Rumah di kampung ini terletak berdekatan antara satu sama lain dan saya dapat lihat atap rumah jiran diterbangkan angin," cerita wanita itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

Blog Felda: <b>felda kerteh</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2011 12:00 AM PDT

SEJARAH :

Felda Kerteh 01 dibangunkan pada tahun 1974. Jenis tanaman yang dihasilkan di sini ialah sawit. Luas kawasan keliling ialah 1782.40 hektar manakala luas tanaman ialah 1643.237 hektar. Kelapa sawit mula ditanam pada tahun 1975 dan mula mengeluarkan hasil pada tahun 1978. Pada tahun 1978 itulah bermulanya kemasukan peneroka di Felda Kerteh 01. baca lagi..

HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN JALUR LEBAR DAN GALAKAN MEMBACA

Hari : Sabtu

Tarikh : 21 – 05 – 2011

Lokasi : PJL Felda Kerteh 1

Hari Terbuka Perpustakaan Jalur Lebar dan Galakan Membaca telah diadakan di Felda Kerteh 1, terdapat pelbagai aktiviti dan pameran diadakan pada hari terbuka. Kunjungan penduduk sekitar Felda Kerteh 1 menambahkan lagi kemeriahan pada hari terbuka PJL Felda Kerteh 1.

Majlis Perasmian Penutup Hari Terbuka Perpustakaan Jalur Lebar dan Galakan Membaca Felda Kerteh 1 bermula pada jam 3.30 petang. Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Terengganu, seterusnya diteruskan lagi dengan penerangan mengenai PJL oleh pengerusi majlis. Bacaan doa oleh USTAZ ALIAS BIN ISMAIL, Imam Masjid  Felda Kerteh 1 bagi memberkati lagi majlis. Antara tetamu jemputan yang hadir dan memberi ucapan dalam majlis :

1. TUAN HAJI ZAKARIA @ ARIFIN BIN ABDULLAH ( ADUN PAKA )

2. EN NAZARUDDIN BIN ABU BAKAR Wakil TM

3. TUAN HAJI WAN ARIS BIN WAN ABDULLAH (Pengurus Felda Kerteh 1)

Majlis Perasmian Penutup Hari Terbuka Perpustakaan Jalur Lebar dan Galakan Membaca Felda Kerteh 1 dirasmikan oleh TUAN HAJI ZAKARIA @ ARIFIN BIN ABDULLAH ( ADUN PAKA ), seterusnya penyampaian hadiah kepada peserta yang menyertai pertandingan dan aktiviti yang diadakan . Antara kategori pertandingan :

  1. PRA SEKOLAH  (PERTANDINGAN MEWARNA)
  2. SEK RENDAH (PERTANDINGAN PUZZLE)
  3. SEK MEN (PERTANDINGAN SILANGKATA )
  4. BELIA (PERTANDINGAN TRENGKAS)
  5. WANITA (GUBAHAN SIRIH JUNJUNG )

Penyampaian hadiah disampaikan oleh TUAN HAJI ZAKARIA @ ARIFIN BIN ABDULLAH ( ADUN PAKA ) dan diiringi EN NAZARUDDIN BIN ABU BAKAR Wakil TM. Seterusnya ialah penyampaian cenderahati kepada tetamu jemputan oleh wakil TM.

Majlis bersurai dan pengunjung yang hadir disediakan jamuan minum petang, dengan ini, Program Hari Terbuka Perpustakaan Jalur Lebar dan Program Galakan Membaca FELDA KERTEH 1 tahun 2011 telah pun berakhir. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat