{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda nitar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda nitar - Google Blog Search


&#39;Baiki jalan ke <b>Felda Nitar</b> 2′

Posted: 04 May 2011 04:02 PM PDT

MERSING 4 Mei – Penduduk di sekitar Felda Nitar 2 di sini meminta pihak berkuasa segera membaiki jalan utama ke Felda tersebut yang rosak sejak tahun lalu.

Seorang peneroka, Basar Othman, 53, berkata, kerosakan jalan utama itu bertambah teruk sejak kebelakangan ini.

"Jalan di sepanjang arah masuk ke Felda Nitar 2 rosak teruk dan banyak yang berlubang. Kereta saya pernah terperosok ke dalam lubang dan mengakibatkan tayarnya pecah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, salah satu punca yang menyebabkan jalan bertambah rosak adalah kerana ia sering digunakan oleh kenderaan berat seperti lori yang membawa muatan berlebihan.

Rakannya, Abdul Rahman Kaimi, 55, pula mengakui sering berasa bimbang semasa melalui jalan terbabit terutamanya pada waktu malam.

"Saya juga pernah tersungkur semasa menunggang motosikal melalui jalan itu pada waktu malam apabila terlanggar lubang," katanya sambil memberitahu jalan yang berlubang itu turut menakung air apabila hujan.

Sementara itu, tinjuan Utusan Malaysia mendapati beberapa bahagian jalan tersebut rosak dan berlubang serta laluan berkenaan turut digunakan ramai pemandu untuk ke Kluang atau Perkampungan Orang Asli Tanah Abang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat