felda besout - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda besout - Google Blog Search |
Peneroka mahu jalan baru <b>Felda Besout</b>-Kuala Slim siap April <b>...</b> Posted: 08 Mar 2011 09:40 PM PST Lebih 20,000 peneroka Felda Gugusan Besout, dekat Sungkai meletakkan harapan tinggi agar projek jalan baru yang menghubungkan kawasan itu dengan Kuala Slim sejauh 11 km dapat disiapkan pada 8 April depan selepas dua kali tertangguh sebelum ini. Adun Slim, Datuk Khusairi Talib, berkata hasil tinjauannya di tapak projek baru-baru ini mendapati kontraktor menghentikan kerja pembinaan berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pekerja. "Saya harap pihak kontraktor dapat menunaikan janji mereka untuk menyiapkan projek ini pada 8 April depan kerana peneroka Felda Gugusan Besout sudah lama menantikan jalan baru ini. "Sudah dua kali ia tertangguh selepas projek pembinaan dimulakan pada Julai 2008 dan jalan ini sepatutnya siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun sahaja. "Hasil maklumat yang diperolehi, kontraktor mendakwa mereka lambat menerima bayaran dan saya sendiri musykil sejauh mana kewibawaan kontraktor ini. Jika tidak mampu meneruskan projek ini, eloklah mereka angkat bendera putih kepada Jabatan Kerja Raya kerana bukan perkara asing kalau kontraktor disenarai hitam kerana prestasi kerja buruk," katanya kepada Perak Today, hari ini. Beliau berkata, projek ini pada awalnya hanya menelan kos RM46 juta dan setelah ditangguhkan, nilainya meningkat kepada RM50 juta. "Selepas dua tertangguh, nilainya sudah mencecah RM60 juta termasuk bayaran pampasan yang telah dilangsaikan kepada 40 pemilik tanah terdiri dari peneroka Felda Gunung Besout 2, Felda Gunung Besout 3, pemilik tanah pinggir berkelompok, sebilangan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Teras dan tanah milik Felda Plantation," tegasnya lagi. Khusairi berkata, projek ini telah dicadangkan pada tahun 2005, iaitu kira-kira setahun selepas beliau dipilih selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihanraya Umum 2004. Katanya, pembinaan jalan baru itu boleh mendekatkan jarak antara Felda Gugusan Besout dengan Slim River dari kira-kira 50 km kepada hanya 17 km sahaja selain menjimatkan masa iaitu sekitar 15 minit berbanding 45 minit jika menggunakan jalan lama. "Penduduk Felda Gugusan Besout kebanyakannya berurusan di Slim River sebagai bandar pentadbiran kerana di sini terletaknya Pejabat Daerah dan Tanah Slim River, Hospital Daerah, Pusat Kesihatan Daerah, Pejabat Pendaftaran Daerah, Pejabat Agama Daerah, Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim, pejabat bomba, pejabat wakil rakyat, bank, klinik, stesen kereta api dan pasar basah. "Selain itu, ia mendekatkan jarak antara felda ini dengan bandar Tanjung Malim yang menempatkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bandar Proton dan Institut Tadbir Tanah Negara (INSTUN)," katanya. |
bila aku tetiba nak menulis...: Kenduri Mila @ <b>Felda Besout</b> & Hot <b>...</b> Posted: 27 Dec 2012 12:44 AM PST Dah lme x asah minda...dh ujung2 tahun ni mmg chek bz memanjang tapi arini aku gagahkan jugak nk tulis sumthing coz dah me x menghapdate...bosan pulak aku tgk post yg samer jerr...nk update psl jenjalan kt Sungkai aritu.. Bukan 1st time aku sampai kt Sungkai...ni dah kali ke-3 bagi tahun 2012 & aku myb akan pegi ke sana bekali-kali sepanjang perkhidmatan aku ngan DOSM coz kt situ jugak terletaknya Institut Latihan Statistik..jadi, nk x nak sbg warga statistik mmg tpaksa kursus kt situ... Aritu tanggal 22 Dec 2012 aku & hakkorian family ke Sungkai coz nk meraikan majlis persandingan 1 of our paddlers Mil Sam dan pasangannya Izan. Perjalanan kami adalah dengan menaiki 3 buah kereta yang terdiri daripada 10 dewasa & 2 kanak-kanak (Bro Azli Ariffin, Ayu Akmar, Amoi Nara, Qila, Yus, Wawa, Cika, Billy, Syima, Ewan & Aza). Bertolak lebey kurang jam 9 am & sampai di rumah pengantin lebey kurang jam 2 petang.. Kalo kebiasaan perjalanan ke Sungkai memakan masa kurang dari 2 hrs. Tapi kali ni perjalanan agak panjang...salah 1 sebabnya coz kami brenti bfast di RnR Rawang & kebetulan jugak jalan jem coz perjalanan hujung minggu, ramai yg balik kg & mgkin ramai jugak yg travel ke tmpt kenduri spt kami. Sampai dirumah pengantin, kami x mgambil masa yang lama kt situ, myb disbbkan cuaca yang panas terik & ada kanak-kanak disamping kami...After makan & ucapkan tahniah kt Mila & pasangan kami bergegas utk ke destinasi seterusnya...Hihi.. Next destination adalah Sungai Klah Hot Spring @ Sungkai... Alang2 dah sampai kt Sungkai, org cakap x lengkap kalo x singgah ke sana...aku pun x penah masuk...dah bawak bdk2 kna la beli jiwa dorang jugak hihi...masa sampai kt sana ramai bebenor manusia kt situ...masih lg dlm musim cuti skolah...so dengan bayaran tiket RM 12 per head kami masuk dgn jayanya. Keadaan kt dalam tu bg aku biasa jer, myb disbbkan ada kolam air panas yg lebih kurang sebesar perigi blkang umah nenek aku, so tmpat tu jadik femes. Aku lihat ramai jugak yg amik pluang rendam kaki, mandi la, rebus telor & mcm2 lagi..Wawa, Yus & Bro sibuk melayan Cika & Qila...aku just lepak kt tepi2 tu, borak2 ngan dorang. Dipendekkan citer, after solat asar kami keluar dari situ & singgah makan jap kt kedai nasi kukus ayam brempah...Amoi cakap nasi nyer best tp aku rasa cam x sedap pun...sangat biasa..or maybe sbnrnya nasi tu sedao tapi lidah aku dah bhenti berfungsi hahaa...apa2 laaa..Lps mkn, kol 7pm kami bertolak pulang & dalam kol 9pm kami slamat sampai ke Putrajaya walaupun dlm perjalanan tadi hujan turun dengan lebatnya...Thanks to my babe Che Yus coz drive keta dgn berhemah...Kiki (",) |
You are subscribed to email updates from felda besout - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |