{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda besout - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda besout - Google Blog Search


Kontraktor projek Jalan <b>Felda Besout</b>-Kuala Slim mohon tempoh <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2011 09:56 PM PST

Kontraktor projek Jalan Felda Besout- Kuala Slim akan mengemukakan permohonan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri bagi melanjutkan tempoh kerja selama enam bulan lagi.

Adun Slim, Datuk Khusairi Talib, berkata pengurus projek itu memaklumkan pembinaan fizikal sudah siap 85.51% dan terlewat 13.6% daripada sasaran yang ditetapkan.

"Oleh itu, pihak kontraktor memohon tempoh kerja dilanjutkan lagi selama enam bulan dan kita harap ia siap sepenuhnya menjelang September selepas sudah beberapa kali tertangguh sebelum ini," katanya selepas meninjau tapak projek pagi ini.

Beliau juga katanya, sudah menghubungi JKR Daerah dan dimaklumkan bahawa kerja pembinaan jalan baru sejauh 11.2 km itu  disambung semula hari ini.

Baru-baru ini, Peraktoday.com melaporkan keluhan lebih 20,000 peneroka Felda Gugusan Besout, dekat Sungkai yang meletakkan harapan tinggi agar projek jalan baru yang menghubungkan kawasan itu dengan Kuala Slim sejauh 11 km dapat disiapkan pada 8 April depan selepas dua kali tertangguh sebelum ini.

Khusairi berkata, sudah dua kali ia tertangguh selepas projek pembinaan dimulakan pada Julai 2008 dan jalan ini sepatutnya siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun sahaja.

"Hasil maklumat yang diperolehi, kontraktor mendakwa mereka lambat menerima bayaran dan saya sendiri musykil sejauh mana kewibawaan kontraktor ini. Jika tidak mampu meneruskan projek ini, eloklah mereka angkat bendera putih kepada Jabatan Kerja Raya kerana bukan perkara asing kalau kontraktor disenarai hitam kerana prestasi kerja buruk," katanya.

Beliau berkata, projek ini pada awalnya hanya menelan kos RM46 juta dan setelah ditangguhkan, nilainya meningkat kepada RM50 juta.

"Selepas dua tertangguh, nilainya sudah mencecah RM60 juta termasuk bayaran pampasan yang telah dilangsaikan kepada 40 pemilik tanah terdiri dari peneroka Felda Gunung Besout 2, Felda Gunung Besout 3, pemilik tanah pinggir berkelompok, sebilangan masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Teras dan tanah milik Felda Plantation," tegasnya lagi.

Khusairi berkata, projek ini telah dicadangkan pada tahun 2005, iaitu kira-kira setahun selepas beliau dipilih selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihanraya Umum 2004.

Katanya, pembinaan jalan baru itu boleh mendekatkan jarak antara Felda Gugusan Besout dengan Slim River dari kira-kira 50 km kepada hanya 17 km sahaja selain menjimatkan masa iaitu sekitar 15 minit berbanding 45 minit jika menggunakan jalan lama.

"Penduduk Felda Gugusan Besout kebanyakannya berurusan di Slim River sebagai bandar pentadbiran kerana di sini terletaknya Pejabat Daerah dan Tanah Slim River, Hospital Daerah, Pusat Kesihatan Daerah, Pejabat Pendaftaran Daerah, Pejabat Agama Daerah, Ibupejabat Polis Daerah Tanjung Malim, pejabat bomba, pejabat wakil rakyat, bank, klinik, stesen kereta api dan pasar basah.

"Selain itu, ia mendekatkan jarak antara felda ini dengan bandar Tanjung Malim yang menempatkan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bandar Proton dan Institut Tadbir Tanah Negara (INSTUN)," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

G. Musang

J. Bahru

Terengganu

A. Setar