felda chini timur - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chini timur - Google Blog Search |
Summer Sunshine in <b>Felda Chini Timur</b> « Banafsha Posted: 07 Jul 2008 07:56 AM PDT Alhamdulillah, baru dua jam pulang setelah 5 hari 4 malam berkampung di Felda Chini Timur bersama keluarga angkat Encik Salamat dan Pn. Sesiah. Satu pengalaman yang cukup berharga dikutip bersama warga Felda serta 21 lagi rakan-rakan PPIMI di Pekan, Pahang. Kawasan timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Najib juga kampung Rifhan Rasuli, anak peneroka Felda Chini Timur merangkap Pengarah Projek Summer Sunshine. Sekiranya dulu peneroka Felda melalui saat-saat getir untuk hidup, yang bercahayakan lilin, bertadahkan air hujan, telaga dan mata air, serta berjirankan hutan belantara yang bertanah merah, kini warga Felda mampu tersenyum puas, menarik nafas lega dengan pencapaian Felda. Pelbagai bentuk bantuan dan keistimewaan ditawarkan untuk warga peneroka dan ahli keluarganya oleh Felda yang kini telah mencapai status kemodenan, tempat kedua selepas PETRONAS. Perkampungan di Felda Chini Timur mendekatkan aku kepada masyarakat Felda, mengenal cara hidup mereka melalui ekonomi, sosial dan rohani yang jauh berbeza dengan dua buah perkampungan keluarga angkat yang pernah aku sertai sebelum ini di Kg. Endah, Banting, Selangor (2002) dan Kg. Temenin, Kota Tinggi, Johor (2007). Apakah perbezaannya? Dari sudut geografi sudah jauh berbeza. Kedudukan Felda di tengah-tengah kawasan penanaman kelapa sawit yang tidak kurang 20km dari jalan utama memperlihatkan keunikan tersendiri. Perkampungan Felda jauh lebih terancang dengan kemudahan sekolah, balai raya, dewan besar, pusat kominiti sukan, kedai-kedai runcit dan pelbagai bentuk kemudahan (just name it la). Sumber pendapatan utama serta pekerjaan yang sama, dan yang menariknya hampir semua rumah di Felda Chini Timur diubah suai semula oleh setiap peneroka dengan landskap dan design yang sama. Jika dilihat dari sudut sosial, amalan kehidupan berkampung seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi, bertegur sapa memang kaya namun, masih banyak yang boleh diperbaiki. Sesetengah surau masih sunyi dengan jemaahnya, kebanyakan belianya masih dihimpit budaya 'tidak rajin', kurang keyakinan diri untuk lebih maju. Inilah tugas utama kami ke Felda kali ini. Untuk memberikan semangat dan motivasi kepada rata-rata warga Islam & Melayu agar menggunakan kekuatan dan kebolehan masing-masing untuk meningkatkan kehidupan mereka dan memimpin masyarakat. Program Motivasi Sek. Men Felda Chini Timur 2 Kehadapan adik-adik kumpulan 6, sekiranya terbaca entry akak kali ini. Alhamdulillah, surat-surat adik telah dibaca. Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan perasaan. Harapan akak, agar adik-adik dapat memanfaatkan masa dan peluang yang masih cerah untuk SPM 2008 untuk lebih cemerlang. Ingatlah, sekiranya adik-adik mampu menjaga solat fardhu di awal waktu dengan baik dan berusaha mengelakkan diri dengan perkara-perkara yang sia-sia, adik telah berjaya memulakan satu langkah untuk berjaya, iaitu dengan berDISIPLIN. Menjaga solat mampu membentuk DISIPLIN diri. Insya'Allah, nantikan kiriman surat dari akak. Work hard and Pray Hard. Mungkin ini saja untuk kali ini. Penat memandu selama 4jam masih tidak hilang. Kaki dan tangan masih sakit penangan futsal. Pertama kali main futsal dan menjadi goalkeeper. ho ho. Yang pasti memang Felda Chini Timur menaikkan sinar-sinar cahaya di mata hati tatkala musim panas yang semakin mangaktifkan melanin di wajah hitam manis tak bersusu ini. Ergh.. Mungkin ada lagi yang akan dikongsi. Minggu ini, minggu berkahwin untuk sahabat-sahabat saya. Bakal makan nasi minyak free untuk tiga hari berturut-turut. Alahai, naikla minyak. |
RAKYAT MARHAEN: Samseng UMNO : Gambar Penyerang <b>...</b> Posted: 13 Feb 2013 08:35 AM PST Orang yang mengeluarkan parang untuk mengugut mahasiswa ( t'shirt putih ) MENGAKU MEMBAWA PARANG DI SEKATAN DI CHINI TIMUR 1,2 DAN 3. Ketiga2 ini pengurus felda Dia mengaku ketua keselamatan.. mungkin ketua Rela kut... dia ketua menghalang juga lowyer Harris Al-Hajj antara yang akan kita saman nanti Siswa dakwa diugut dengan parang pula di PekanSekumpulan anggota Gerakan Mahasiwa PRU-13 hari ini mendakwa diugut oleh sekumpulan individu bersenjatakan parang dalam satu kejadian ketika mereka mengedarkan risalah di satu rancangan Felda di kawasan parlimen Pekan. Mereka adalah antara 50 mahasiswa yang berkumpul di kawasan parlimen tersebut sejak 11 Februari lalu. Mereka berpecah dalam kumpulan kecil untuk mengedar surat tersebut di kawasan berkenaan. Seorang siswa terlibat, Safwan Shamsudin ketika dihubungi Malaysiakini berkata kumpulan lima individu bermotosikal itu mengepung dan mengacukan senjata tajam tersebut ke arah mereka. Kumpulan tersebut turut mengeluarkan kata-kata kesat serta mengarahkannya dan tiga lagi rakannya supaya keluar dari tempat kejadian, itu, kata Safwan. "Bila nampak parang, kami pun beritahu (kepada pemuda bermotosikal), kami akan beredar. Salah seorang mereka merampas risalah (surat) yang kami bawa. "Kita tidak melawan. Kita bimbang keselamatan siswi. Kita ambil pendekatan yang rasional. Kalau melawan, nampak radikal. "Kami beredar balik ke rumah penunjuk arah yang terletak kira-kira 500 meter daripada tempat insiden berlaku," katanya. Menurut Safwan, dia bersama kumpulan siswa berkenaan, termasuk dua orang siswi, sedang mengedarkan risalah bertajuk 'Surat Mahasiswa untuk Warga Pekan' ketika kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 11 pagi di kawasan sebuah rumah di Felda Chini 4 itu. Beliau seterusnya melaporkan kejadian tersebut di balai polis Chini kira-kira 50 minit kemudian, kata siswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu lagi. Tiga rakan mereka semalam turut berdepan tindakan kekerasan oleh sekumpulan individu dalam satu kejadian berasingan ketika mengedarkan risalah tersebut di Kampung Dato' Keramat, Mukim Ganchong, juga di Pekan. Kumpulan siswa berkenaan mendakwa ditumbuk dan disepak di kepala dan badan oleh lelaki tidak dikenali dalam kejadian pada kira-kira jam 1 petang itu. Gerakan Mahasiwa PRU-13 menggerakkan anggotanya untuk mengedarkan surat berkenaan selepas mengumumkan untuk meletakkan calon di kawasan yang diwakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu. Surat tersebut yang diperolehi Malaysiakini, antara lain menyatakan mereka nekad untuk menjadikan pilihan raya umum itu sebagai "masa untuk BN bermuhasabah atas segala pelakuan semasa menjadi kerajaan Malaysia" serta mendesak rakyat membuat perubahan dengan memilih parti selain BN memimpin kerajaan baru. "Tidak ada salah kita mencuba kerajaan baru, kita berhak untuk mengundi BN, kita juga berhak untuk mengundi selain BN. "Jika kepimpinan baru nanti gagal memenuhi kehendak rakyat, maka kita berhak untuk kembali memenangkan BN sebagai kerajaan Malaysia," surat itu dipetik. Safwan berkata sebelum insiden itu berlaku, seorang pemuda menaiki kereta putih mengambil gambar dan menyuruh mereka beredar dari situ sebelum "apa-apa berlaku". "Kami ingat ia hanya ugutan biasa sahaja. Jadi kami teruskan. Kami tidak syak apa-apa," katanya sambil menambah tindakan pemuda itu berlaku sewaktu mereka mula mengedar surat tersebut. MAHASISWA2 DIHALANG MASUK KECHINI TIMUR 1,2 DAN 3 Gambar orang2 kuat umno ada sekali buat sekatan |
You are subscribed to email updates from felda chini timur - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |