{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda perasu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda perasu - Google Blog Search


Jalan Runtuh, Pengguna Makin Terdedah Bahaya | Detik Perubahan

Posted: 23 Feb 2013 03:58 AM PST

imageGUA MUSANG – Kerajaan diminta membaiki segera jalan runtuh ke Tanah Rancangan Felda Perasu, dekat sini, yang berisiko menyebabkan kemalangan terutama kepada pelajar sekolah.

Kejadian jalan runtuh itu adalah kali kedua berlaku selepas kali pertama awal tahun lalu yang sudah dibaik pulih.

Namun ia runtuh semula beberapa bulan kebelakangan ini hingga membimbangkan warga peneroka Felda.

Tinjauan mendapati, runtuhan itu semakin luas kesan pengaliran air hujan, menyebabkan laluan menjadi sempit.

Seorang peneroka Felda, Sulaiman Yusof, 57, berkata, masalah itu telah dimaklumkan kepada pelbagai pihak.

Bagaimanapun dia berkata, sehingga kini belum ada tindakan membaik pulih menyebabkan pengguna terus terdedah kepada risiko kejadian tidak diingini.

Dia bimbang dengan keselamatan pelajar tanah rancangan tersebut yang berulang alik ke Sekolah Menengah Kebangsaan Chiku 2 (SMKC2) setiap hari.

"Kerap pelajar sekolah menunggang motosikal hampir terbabas ke cerun tempat kejadian jalan runtuh itu, begitu juga dengan kenderaan lain.

"Saya mengharapkan kerajaan segera membaik pulih jalan runtuh, selain menurap semula jalan berlubang," katanya.

Menurut seorang lagi peneroka, Daud Ahmad, 61, jalan itu paling selesa diguna ke tanah rancangan, tetapi terdedah pula dengan kejadian jalan runtuh.

Dia berkata, pihak terbabit sepatutnya datang melihat masalah dihadapi peneroka tanah rancangan berkenaan supaya ia dapat diatasi segera.

"Maklum sahaja remaja ramai tidak hiraukan keselamatan hingga menunggang motosikal dengan laju tanpa peduli jalan runtuh," katanya. – Sinar Harian

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat