Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Setiausaha akhbar maut dalam kemalangan Posted: REMBAU: Setiausaha Akhbar Menteri Sumber Manusia, B Sivam, 35, dan pemandunya Hazrin Hasan, 35, yang menaiki pacuan empat roda Toyota X-trail maut dalam kemalangan di kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, jam 9 pagi tadi. Mangsa bersama seorang pemandu Kementerian Sumber Manusia yang dalam perjalanan dari Putrajaya ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec), Melaka, untuk program penyerahan baucer buku dan dan MOU dengan Asia E Univesiti yang dihadiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam. Subramaniam berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan seorang kakitangan ketika dia dalam perjalanan ke Alor Gajah dari Segamat, Johor. Beliau berkata Sivam datang dari Kuala Lumpur untuk bertemu dengannya di Alor Gajah.
|
Posted: Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir. "Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya," katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu. Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam. Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato' Syed Esa, Mohd Taat Kasran. Amir Azizan
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/02/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |