{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda ijok - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda ijok - Google Blog Search


Peneroka <b>Felda Ijok</b> ucap terima kasih kepada Perdana Menteri <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 03:03 PM PST

Lebih 3,500 peneroka Felda Ijok menyampaikan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan peruntukan RM3.8 juta untuk pembangunan kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Kubu Gajah, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin berkata, melalui peruntukan itu, tiga agenda utama yang menjadi kekangan kepada peneroka Felda Ijok dapat diselesaikan.

"Kita mendapat peruntukan sebanyak RM1 juta untuk menaiktaraf padang bola sepak kepada sebuah mini stadium.

"Saya akan gunakan pengalaman sebagai bekas Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia untuk membentuk sebuah pasukan dari Felda Ijok," katanya kepada pemberita hari ini.

Tambahnya lagi,  keputusan itu juga menunjukkan kenyataan beberapa pihak terutamanya pembangkang mengenai pemimpin menganaktirikan peneroka felda adalah tidak benar sama sekali.

Tegasnya, kenyataan itu adalah bersifat politik propaganda dan sengaja diada-adakan supaya rakyat membenci kerajaan.

Selain itu, Felda Ijok juga menerima peruntukan sebanyak RM2 juta bagi pembangunan semula pekan yang berusia lebih 50 tahun.

"Melalui peruntukan itu, peneroka yang berkelayakan boleh menggunakan peluang ini untuk memulakan perniagaan dan menambah pendapatan," katanya.

Pada masa ini, katanya, peneroka hanya berpeluang berniaga di pekan sehari yang diadakan sekali seminggu kerana ketiadaan tempat yang sesuai.

Selain itu, Perdana Menteri turut meluluskan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk membina sebuah dewan serbaguna untuk kegunaan rakyat di kawasan berkenaan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat