felda bukit sagu - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda bukit sagu - Google Blog Search |
fyra punye belog: Dejavu di <b>Bukit Sagu</b> Posted: 29 Dec 2012 09:43 AM PST Tiga belas haribulan Disember lepas, i ke Felda Bukit Sagu, Kuantan. Rumah family tunang i, I pergi sana follow kakak tunang yang tinggal kat kl sebab tunang i balik Kuantan dari tempat kerja dia (Jerteh). So tak boleh balik together gether dengan beliau, Bos beliau postpone cuti. Jahat. Dah plan dah nak balik Kuantan sama-sama dengan dia (sob sob). Sebab lima belas haribulan wedding kakak dia, so i datang awal dua hari (tunang suruh datang awal, katanya mak suruh). Dalam perjalanan ke sana, i berdebar-debar gila walaupun ini kali kedua i ke sana. Sampai-sampai dalam pukul 1.30 pagi, i nampak kakak dia tengah lap-lap pinggan mangkuk. Nasib baik sampai-sampai, dah boleh nak rajin. Ada juga something i boleh tolong (first impression penting woo). Pastu i tido. Esoknya i bangun awal walaupun i cuti dari solat Subuh haritu (kalau kat rumah sendiri, jangan harap nak bangun awal kalau uzur). I mandi-mandi terus masuk dapur. Sempatlah i ramah mesra dengan mak long, mak ngah, mak su serta jiran tetangga yang tertanya-tanya siapakah i. Nanti mak tunang i yang jawab, Ni lah tunang Hussairi. I senyum je. Senyum. Senyum dan senyum (sampai rahang sakit). Namun i mati kutu bila tunang i kata hari Jumaat petang nak ke malam baru dia dapat balik. Semua adik beradik dia dah tanya-tanya i bila adik diorang sampai. Bayangkan i berada di kalangan keluarga yang masih asing bagi i tanpa tunang i di sisi. Nak ambil hati bakal mertua lagi, bakal ipar duai lagi, bakal anak-anak buah lagi (nak korban tidur lagi). Since tunang i anak bongsu dari sebelas beradik, ramai lah kakak abang beliau serta anak-anak kepada kakak abang beliau. Nak dekat Maghrib, tunang i muncul dengan beg pakaian dia. I lega. Seriously i happy sangat berada di sana. Diorang welcome kehadiran i. Anak-anak buah dia seramai dua puluh lima orang (agaknya) pun manja dengan i especially yang girls. Ada yang panggil i maksu, auntie fira, kak fira pun ada (mungkin sebab i tua dalam badan muda). I cakap, panggil auntie fira la, lepas dah kahwin dengan paksu nanti baru panggil maksu. Hehe. Gila manja diorang. I duduk je, ada yang letak kepala kat riba i, sandar kepala kat bahu i. Mujur i memang suka budak-budak. I buat mereka ketawa, i usik mereka. Part paling best, pakai inai sama-sama, susun goodies sama-sama. I bangun tidur pulak, tersusun anak buah dia yang perempuan lima orang tidur sebelah i. Mujur bukan paksu yang kat sebelah. Lepas 4 hari 4 malam kat sana, i balik kl balik dengan tunang i, dia pun dah takda cuti dah, kena balik Pangkalan Udara Gong Kedak balik (tak best). Tapi moment kat sana best la, i jatuh cinta dengan family besar dia. I congrats kat diri i sendiri sebab i berjaya dan i usaha untuk pikat hati mereka (sayang kena belanja, tak kira). Masa nak balik dah salam salam peluk cium semua, kakak tunang i pesan, jangan gaduh-gaduh (cam tau je kitorang suka gaduh gaduh manja gitu). Kalau Hussairi buat hal, report je. Pastu thanks thanks i berkali kali sebab tolong (i tolong senang senang je kot) I pun cakap balik, thanks sudi terima (sambil buat muka comel). Diorang doakan giliran kitorang pula. Sebab next wedding, will be ours. Tunggu jelaaaa. Will announce soon. Bye. |
You are subscribed to email updates from felda bukit sagu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |