Felda jelai - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda jelai - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>Felda jelai</b> - Google Blog Search Posted: 15 Feb 2013 12:00 AM PST Setiap kali ada kesempatan untuk menziarahi SMK Jelai Felda, saya tidak akan melepaskan peluang untuk melawat ke unit PPKI sekolah ini untuk melihat perkembangannya dan berjumpa dengan guru-guru dan staf di PPKI ini yang sentiasa komited dan hebat di dalam menjalankan tugas mereka. Semenjak saya bersama mereka di sekolah ini sejak 2008 hingga april 2011, banyak inovasi yang dihasilkan. Kejayaan PPKI ini saya lihat adalah selain kepimpinan Puan Saniah Mamat yang berpengalaman luas dan sokongan pihak pentadbiran sekolah ia juga disebabkan oleh faktor komitmen guru-guru dan pembantu pelajar yang sangat komited. Satu lagi aspek yang jelas ialah penghayatan pendidikan PPKI yang melibatkan kelompok pelajar istimewa yang begitu rapat dengan diri beliau. Anak beliau juga yang merupakan bekas pelajar PPKI sekolah ini , menjadikan beliau begitu mudah menyelami perasaan dan kemahuan para pelajar ini. penghayatan ini nampak jelas mampu diserap oleh guru-guru muda yang lain, yang mampu mendidik pelajar di sini dengan begitu dedikasi. Berilah apa sahaja tugas dan cabaran, sudah pasti mereka mampu melaksanakannya. Bukan hanya di dalam aktiviti yang melibat pelajar PPKI , malahan dalam hal yang melibatkan sekolah . kebolehan guru-gurunya begitu teserlah. Ada yang berbakat besar sebagai pengacara majlis dan berkebolahan juga di dalam aktiviti lasak di luar kawasan sekolah. Kepada warga PPKI SMK Jelai Felda, teruskan kecemerlangan ini. Anda Memang Hebat! Tahniah Puan Saniah, Cikgu Norhayati Said, Cikgu Asyriq dan lain lain lagi... |
Blog Felda: <b>Felda jelai</b> - Google Blog Search Posted: 06 May 2012 12:00 AM PDT 20 Februari 2012 - 8.24 am Bila dengar tajuk tu, macam la jauh sangat Jelai tu kan.. Padahal dalam area Gemas je.. :P Semalam aku jadi driver untuk tukang mekap feymes iaitu Manjer kat Felda Jelai, Gemas. Kitorang gi bertiga, sekali ngan Ita. So sampai je sana, diorang pun gi la mekap, dan aku tido dalam kete.. Bila dah siap, kitorang pun gerak balik.. Eh? Macam tu je? Hahaha!! Tak laaaa.. Ade sesuatu berlaku masa kitorang balik tuh.. Proses mekap2 tu berlaku kat masjid, so ramai la yang parking kat area masjid tuh.. So bila selesai mekap, kereta2 tu pun start gerak ke rumah pengantin.. Oleh sebab kitorang malas nak makan kat rumah pengantin, so kitorang pun tunggu semua orang dah keluar dari masjid tu, baru kitorang gerak.. Nak dijadikan cerita, ada sekor sebuah lagi kereta (Proton Exora) yang tak gerak lagi, so aku pun malas nak ambik port, terus drive away (gitu) dari masjid.. Then Exora tu pun gerak ikut kitorang.. Aku terfikir, mungkin Exora ni ingat aku nak gi rumah pengantin. Tapi kitorang buat tak tau je la sebab mungkin jalan tu sehala ngan jalan keluar dari Jelai tuh.. Tapi makin jauh dia follow kitorang, makin aku sure dia sebenarnya ikut kitorang sebab ingatkan kitorang nak gi kenduri.. Sampai la kat simpang Exit tu, baru la Exora tu berhenti dan komfem la memang dia follow.. Hahaha!! Sian dia.. Ok, tu je yang berlaku.. Walaupun tak best mana, tapi kitorang bantai gelak dalam kete.. Then sampai pekan Gemas, makan KFC, Manjer belanje!! Macam biasa, aku order Nasi Ayam.. Aku suka sebab ade nasik. Kitorang lepak kat KFC tu agak lama, snap2 pic dan bergelak ketawa kuat giler tanpa mempedulikan orang lain.. Hahaha!! Siap gelakkan staf KFC yang agak 'blur'.. Hahaha!! Sian budak tuh.. Then lepas habis lepak dalam 2 jam kat KFC tuh, kitorang gerak balik.. Sampai je Segamat, kitorang singgah makan cendol lak.. Manjer belanje lagi.. Semangkuk RM1.50 yer.. Tapi best!! Lepas tu baru kitorang balik Muadzam.. Sambil borak2, gelak2, karox2, akhirnya sampai la Muadzam.. Penat gak drive.. Tapi aku agak berbangga sebab ni first time aku drive kete auto.. Hahaha!! Ingatkan susah.. Rupenye senang nak mampos giler!! :) |
You are subscribed to email updates from Felda jelai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |