felda jenderak - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda jenderak - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda jenderak</b> - Google Blog Search Posted: 21 Feb 2013 12:00 AM PST SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN (LKTP) JENDERAK UTARA Pertama En. Omar Hashim Bin Awang Kecik Kedua En. Saamri Bin Yusof Ketiga En. Yeo Keang Wang Keempat Tn. Haji Mahyuddin Bin Akil Kelima En. Samjis Bin Abdul Manaf (pemangku) Keenam En. Ibrahim Bin Abdullah Ketujuh En. Jamlus Bin Mohamed Kelapan En. Abdul Rahman Bin Wi Kesembilan Tn. Haji Abdullah Bin Abdul Rahman Kesepuluh En. Mat Saman Bin Abdul Rahman Kesebelas Pn. Zamiah Binti Salleh Keduabelas En. Mussana Bin Abdul Mubin Ketigabelas En. Kamalruzaman Bin Mohd Radzi Keempatbelas En. Rahmad Bin Mohd Rais Kelimabelas En. Abdul Khalid Bin Bujang Keenambelas (16) (XVI) Pn. Hajah Ruziah Binti Haji Ghazali SEJARAH SEKOLAH Pada 29/10/1974, Lembaga Pengurusan Sekolah telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu perjalanan pentadbiran sekolah dan Lawatan Pertama Pegawai PPSK Daerah Temerloh iaitu En. Abdul Wahab Bin Sidek pada 02/05/1974 sebagai fungsi memerhatikan perjalanan bagi setiap peranan dan pentadbiran sekolah. Murid ketika itu seramai 31 orang dan guru 4 orang termasuk guru besar. Pada 08/05.1974 sekolah telah menerima guru untuk subjek agama Islam dan menjadikan jumlah guru seramai lima orang Selain itu, sukan tahunan sekolah ini turut diadakan temasyanya buat kali pertama pada 25/08/1975 yang dirasmikan oleh En. Abdul Wahab Bin Sidek yang merupakan pegawai PPSK Daerah Temerloh. Diawal persekolahan pada tahun 1976 iaitu pada 05/01/1976 jumlah murid meningkat kepada 179 orang dan jumlah guru masih lima orang termasuk Guru Besar. Pada tarikh 02/09/1976, pihak kerajaan telah membina 5 unit rumah kerajaan termasuk 1 unit rumah Guru Besar dan dengan itu, jumlah guru telah bertambah menjadi sembilan orang termasuk guru besar. Oleh sebab meningkatnya pertambahan murid pada tahun 1977 sekolah terpaksa dibuka dua sidang iaitu pagi dan petang kerana kekurangan bilik darjah. Dari segi pentadbiran ia telah menambahkan lagi kesulitan. Pada tarikh 19/09/1978, En. Omar Hashim iaitu Guru Besar telah mengasaskan pembukaan sekolah ini telah diarahkan oleh ketua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran malaysia menyerahkan jawatannya kepada En. Ramli Bin Othman, guru penolongnya. Pada 03/1/1979, En. Ramli Bin Othman telah bertukar dan jawatan Guru Besar digantikan kepada En. Abu Hanifah Bin Haji Abdullah. Tugas beliau tamat pada 09/1/1979. Pada 10/1/1979, En. Saamri Bin Yusof pula dilantik menjadi pemangku jawatan Guru Besar sekolah ini dan sehingga berakhir pada 31/12/1979. Pada tarikh 1/1/1980, En Yeoh Keang Wang, telah dilantik menjadi Guru Besar dan berakhir pada 15/08/1980. Pada 16/08/1980, Tn. Haji Mahyuddin Bin Akil mengambil alih tugas sebagai guru besar sekolah ini sehingga penghujung tahun 1982. Pada 1/1/1983, En. Samjis Bin Abdul Manaf telah bertugas sebagai pemangku jawatan Guru Besar di sekolah ini sehingga la pada tarikh 30/04/1983 dan sewaktu di bawah pentadbiran beliau terdapat dua buah bilik darjah telah dibina dalam tahun semasa beliau menjadi pemangku Guru Besar. Pada tarikh 1/05/1983, giliran En. Ibrahim Bin Abdullah yang dilantik menjadi Guru Besar. Dalam masa perkhidmatannya pihak kerajaan telah membina tiga lagi bilik darjah dan ia adalah sebuah projek kilat bagi sekolah ini. Tidak lama kemudian, terdapat lapan lagi bilik darjah ditambah bagi menampung keperluan bagi sekolah yang sedang dalam perancangan untuk peningkatan taraf bilik darjah dalam tahun tersebut. Setelah empat bulan berikutnya, iaitu pada 1/09/1985 sekolah ini dinaikkan ke gred A setelah gred B yang pernah di nobatkan pada 01/01/1980 dan pada sebelum tahun 1980 sekolah ini hanya mendapat kedudukan gred C sahaja. Pada tarikh tersebut juga, En. Jamlus Bin Mohamed telah dilantik menjadi Guru Besar dan pada tarikh 1/1/1986, sekolah ini telah menerima seorang Guru penolong Kanan kat C2, tingkatan khas iaitu En. Othman Bin Chik. Pada 1/01/1989, En. Abd Rahman Bin Wi dilantik menjadi guru besar yang hanya bertahan selama sebulan sehingga beliau digantikan oleh Tn. Haji Abdullah Bin Abdul Rahman pada 1/02/1989 selama tempoh empat tahun sebelum beliau bertukar ke SK Bandar Mentakab pada 1/07/1993. Dalam minggu pertukaran tersebut juga beliau digantikan oleh En. Mat Saman Bin Abdul Rahman sebagai Guru Besar sekolah ini sehingga tarikh 15/02/1995 dan seterusnya digantikan oleh Pn. Zamiah Binti Salleh yang merupakan Guru Besar wanita pertama yang berkhidmat di sekolah ini sehingga beliau bertukar ke SK (FELDA) Jengka 23 pada 31/10/1996 dan beliau digantikan oleh En. Mussana Bin Abd Mubin dari tarikh 1/11/1996 sehingga tarikh 6/08/1998 yang mana beliau ditukarkan ke SK Abu Bakar Mentakab pada tahun tersebut. Pada tarikh 7/08/1998 En. Kamalruzaman Bin Mohd Radzi telah dihantar ke sekolah ini sebagai guru besar yang seterusnya menggantikan guru besar yang telah bertukar dan tempoh perkhidmatan beliau adalah dari tahun 1998 sehingga tahun 2000 iaitu pada akhir bulan Mac tahun tersebut. Seterusnya guru besar yang baru adalah dari tarikh 1/04/2000 iaitu En. Rahmad Bin Mohd Rais yang mana tempoh perkhidmatan beliau adalah yang paling lama di sekolah iaitu selama enam tahun sehingga beliau bersara pada 15/02/2006 dan seterusnya beliau digantikan oleh En. Abdul Khalid Bin Bujang yang mula berkhidmat pada 16/02/2006 dan dalam tempoh perkhidmatan beliau, banyak prasarana dan infrastruktur serta kemudahan sekolah telah ditambah dan dinaik taraf menjadi sekolah yang memperolehi pengikhtirafan unggul dan setanding dengan sekolah lain dari segi kokurikulum, pendidikan, akademik, sahsiah dan sebagainya. Sewaktu perkhidmatan beliau terdapat bangunan baru empat tingkat yang bakal dirancang untuk dibangunkan di sekolah ini sebagai bilik darjah tambahan selain sebagai bilik tayangan, kelas pafa, kelas fardu ain, surau dan bilik seni yang bakal didirikan di bangunan yang dirancang tersebut. Tempoh perhidmatan beliau tamat pada 22/08/2010 yang mana tempoh pentadbiran beliau adalah selama empat tahun enam bulan dan digantikan oleh Pn. Hjh Ruziah Binti Hj Ghazali iaitu Guru Besar sekolah ini yang ke enambelas dan mula berkhidmat dari tarikh 23.08/2010 sehingga sekarang. | |
Blog Felda: <b>felda jenderak</b> - Google Blog Search Posted: 03 May 2011 12:00 AM PDT | Muslimeen United: Ceramah Umum PKR Dekat <b>Felda Jenderak</b> <b>...</b> Posted: 03 May 2011 10:02 PM PDT KUALA KRAU, 4 Mei - Orang ramai yang hadir ke Ceramah Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Felda Jenderak Selatan dekat sini terkejut dengan tindakan pihak polis menganggu program tersebut. Ini kerana ceramah berkenaan telah diadakan di kawasan premis sendiri dan sudah semestinya ia tidak memerlukan permit berlandaskan kepada peruntukan undang-undang negara kita. Difahamkan ceramah telah diadakan di sebuah rumah peneroka di Felda berkenaan. Menurut Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Hj.Suhami Said (foto) berkata "Seminggu yang lepas saya telah membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Temerloh untuk mendapatkan kebenaran mengadakan ceramah pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan. Ceramah yang dipinta itu adalah didalam rumah dan dari segi undang-undangnya tidak perlu dipohon permit polis. Tetapi memandangkan bahawa PKR Cabang Kuala Krau berhajat mengujudkan hubungan yang baik dengan pihak keselamatan maka permit polis dipohon juga". Menurut Hj.Suhaimi lagi, barisan Penceramah yang diundang dan telahdiletakkan didalam permohonan tersebut adalah terdiri daripada YB Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Pengarah Komunikasi PKR Pusat), Haji Abd Aziz Abd Rahman (Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau), Bob Manolan (Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal), dan Rebin Birham (Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal). Difahamkan pada petang 29 April 2011, pihak polis memberi jawapan dengan menyatakan permit program itu tidak diluluskan. "Memang menjadi satu kehairanan yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Pembangkang tidak dibenarkan berceramah di tempat-tempat awam seperti Balai Raya, Dewan, Padang dan sebagainya, dan ceramah untuk dibuat dirumah persendirian juga tidak dibenarkan.Ini samasekali bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan jelas sekali bahawa Akta Polis sudah mengatasi Perlembagaan Persekutuan", katanya. "Saya menyatakan kepada Anggota-Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau bahawa ceramah yang sudah dijadualkan pada 1Mei 2011 ini tetap akan dijalankan, dan agar ia dilindung dibawah undang-undang maka ceramah itu akan dibuat di dalam rumah beliau.[Maka, mulai jam 9.00 malam pada 1 Mei 2011, Ceramah di dalam Rumah dengan diperkarangannya disiapkan 3 buah khemah untuk tempat duduk orang ramai didalam kawasan rumah berkenaan dimulakan. Sdr Rebin Birham, Sdr Bob Manolan dan Haji Abd Aziz Abd Rahman menghabiskan ucapan masing-masing sebelum Dato' Fauzi Abdul Rahman mengambil gilirannya. Semasa inilah barisan anggota-anggota Polis telah mengepung rumah tersebut bermula dengan pengambilan gambar-gambar" , tambah beliau lagi.Difahamkan beberapa orang anggota Polis yang beruniform berbaris mengelilingi rumah seolah-olah memulakan satu operasi "perang". Ketika itu tuan Rumah telah dipanggil dan diberi amaran bahawa jika Ceramah itu tidak dihentikan dalam tempoh 10 minit, maka Polis akan menangkap dan menahan beliau. Lagi informasi berkaitan insiden tersebut, sila klik SINI] -Pahangdaily.KUALA KRAU, 4 Mei - Orang ramai yang hadir ke Ceramah Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Felda Jenderak Selatan dekat sini terkejut dengan tindakan pihak polis menganggu program tersebut. Ini kerana ceramah berkenaan telah diadakan di kawasan premis sendiri dan sudah semestinya ia tidak memerlukan permit berlandaskan kepada peruntukan undang-undang negara kita. Difahamkan ceramah telah diadakan di sebuah rumah peneroka di Felda berkenaan. Menurut Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Hj.Suhami Said (foto) berkata "Seminggu yang lepas saya telah membuat permohonan kepada Ketua Polis Daerah Temerloh untuk mendapatkan kebenaran mengadakan ceramah pada 1hb Mei 2011 di Felda Jenderak Selatan. Ceramah yang dipinta itu adalah didalam rumah dan dari segi undang-undangnya tidak perlu dipohon permit polis. Tetapi memandangkan bahawa PKR Cabang Kuala Krau berhajat mengujudkan hubungan yang baik dengan pihak keselamatan maka permit polis dipohon juga". Menurut Hj.Suhaimi lagi, barisan Penceramah yang diundang dan telahdiletakkan didalam permohonan tersebut adalah terdiri daripada YB Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang), YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Pengarah Komunikasi PKR Pusat), Haji Abd Aziz Abd Rahman (Ketua Penerangan PAS Kawasan Kuala Krau), Bob Manolan (Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal), dan Rebin Birham (Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal). Difahamkan pada petang 29 April 2011, pihak polis memberi jawapan dengan menyatakan permit program itu tidak diluluskan. "Memang menjadi satu kehairanan yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Pembangkang tidak dibenarkan berceramah di tempat-tempat awam seperti Balai Raya, Dewan, Padang dan sebagainya, dan ceramah untuk dibuat dirumah persendirian juga tidak dibenarkan.Ini samasekali bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan dan jelas sekali bahawa Akta Polis sudah mengatasi Perlembagaan Persekutuan", katanya. "Saya menyatakan kepada Anggota-Anggota Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau bahawa ceramah yang sudah dijadualkan pada 1Mei 2011 ini tetap akan dijalankan, dan agar ia dilindung dibawah undang-undang maka ceramah itu akan dibuat di dalam rumah beliau.[Maka, mulai jam 9.00 malam pada 1 Mei 2011, Ceramah di dalam Rumah dengan diperkarangannya disiapkan 3 buah khemah untuk tempat duduk orang ramai didalam kawasan rumah berkenaan dimulakan. Sdr Rebin Birham, Sdr Bob Manolan dan Haji Abd Aziz Abd Rahman menghabiskan ucapan masing-masing sebelum Dato' Fauzi Abdul Rahman mengambil gilirannya. Semasa inilah barisan anggota-anggota Polis telah mengepung rumah tersebut bermula dengan pengambilan gambar-gambar" , tambah beliau lagi.Difahamkan beberapa orang anggota Polis yang beruniform berbaris mengelilingi rumah seolah-olah memulakan satu operasi "perang". Ketika itu tuan Rumah telah dipanggil dan diberi amaran bahawa jika Ceramah itu tidak dihentikan dalam tempoh 10 minit, maka Polis akan menangkap dan menahan beliau. Lagi informasi berkaitan insiden tersebut, sila klik SINI] -Pahangdaily. |
You are subscribed to email updates from felda jenderak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |