felda kemahang - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda kemahang - Google Blog Search |
RAKYAT MARHAEN: Fakta & Kebenaran : Peneroka <b>Felda</b> <b>...</b> Posted: 27 Feb 2013 05:52 AM PST Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak umno/BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Namun, jika dikumpul, ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan umno/BN. 1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion. Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di atas dua pendakwaan di bawah Seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan atas tuduhan memperdayakan Jemaah Menteri berhubung projek bernilai RM12.7 bilion itu. Bekas Presiden MCA ini dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk bersetuju meluluskan pembelian 999.5 ekar tanah milik koperasi nelayan Melayu di Pulau Indah pada harga RM25 satu kaki persegi dengan kadar faedah 7.5 peratus, iaitu nilai yang jauh lebih tinggi dari nilai sebenar di pasaran. Beliau juga mengeluarkan surat sokongan mengarahkan projek PKFZ ini diserahkan kepada syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd, milik Pengerusi Kelab Penyokong BN, Dato Seri Tiong King Sing. 2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
Permohonan tambahan daripada Kementerian pertahanan pada Sidang Belanjawan 2011
3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta. 6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM5460 juta.
8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta. 9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta 10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion. 11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta. 12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta. 13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta. 14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta. 15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta. 16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta. 17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta. 18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta. 19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta. 20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion. 21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion. 22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion. 23. Dua skandal Bank Bumiputra pada wal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion. 24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion) 25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an. 26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion). 27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham. 28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta. 29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18? 30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007) 31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). 32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun. 33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya. Daripada jumlah tersebut, kerajaan telah membayar RM2.21 billion untuk membeli pelbagai kelengkapan teknologi, maklumat dan komunikasi (ICT) namun tiada sebarang perincian perbelanjaan pernah ditunjukkan. Kerajaan telah membayar RM6k bagi setiap komputer laptop/notebook yang dapat diperolehi di pasaran dengan harga di bawah RM3k. Beberapa konsortium telah ditubuhkan semata-mata untuk 'mengendali secara atas-angin' pengagihan segala peralatan dan perkakasan berkenaan. Kini, kebanyakan peralatan dan perkakasan telah menjadi milik anak guru-guru yang terlibat dengan PPSMI. 34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlah RM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2. 35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion. 36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih 'Customs, Immigration and Quarantine' (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan. 37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia. 38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta 39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara 40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma. 41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal 42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja. 43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya. 44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11) 45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion. 46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion. 47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta. 48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta. 49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta. 50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta. 51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta. 52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit. 53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit. 54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang. Apabila harga bahan petroleum meningkat, Petronas kekal menjual kepada ENAM penama ini pada harga murah yang telah dipersetujui. Dan manusia yang bertanggungjawab mengatur perjanjian dagangan hadapan yang merugikan Petronas dan Rakyat ini adalah merupakan manusia yang paling lantang bersuara sekarang ini - Mahathir Muhamad. Dan beliau ingin kekal menjadi penasihat Petronas hingga mati bagi melindungi identiti ENAM JAHANAM yang menghisap darah Rakyat melalui keuntungan Petronas. 55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*) 56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*) 57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*) 58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*) 59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*) 60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143. (*) (*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama. 61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta. 62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) 63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar? 64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta. 65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta. 66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion. 67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion 68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!! 69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam. 70. "Lawatan Sambil Belajar" ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76. 71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi 'Permata Negara'nya. 72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari. 73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta. 74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000sebulan. 75. Insinerator di Broga, Semenyih, kerajaan BN yang di atas kebodohan mereka tidak mendengar keluhan rakyat, terpaksa membazirkan berbilion ringgit membatalkan projek tersebut. Insinerator yang seberat 1,500 tan dan menggunakan teknologi 'fluidized bed gasification' yang dikatakan terbesar di Asia ditaksirkan menelan belanja RM1.5 bilion (lebih kurang USD395 juta) untuk dibina dan RM200 juta (USD53 juta) bagi kos operasinya setiap tahun. |
BAGAI MELEPAS ANJING TERSEPIT Isu <b>Felda Kemahang</b> 3 Posted: 01 Feb 2013 09:31 AM PST Keluhan Wan Rohimi peguam yang bersusah payah mengmbil kes rumit ini. Oleh: Wan Rohimi Bin Wan Daud @ 01022013 Bilamana anda keluar dari sekolah undang-undang, dan memulakan latihan dalam kamar selama 9 bulan, sebelum ditauliahkan sebagai seorang Peguambela & Peguamcara, perkataan yang sering disebut dan diingatkan oleh penceramah-penceramah dalam mana-mana kursus "etiquette" adalah: "REMEMBER, YOU CLIENT IS YOUR POTENTIAL ENEMY" (Ingatlah, Anakguam kamu berpotensi menjadi musuh kamu) Selepas pusingan akhir pertarungan kami dalam permohonan Semakan oleh Felda (Review application pursuant to Rule 137 Rules Of The Federal Court 1994) pada 26/8/2010, maka berakhirlah perjuangan saya dan rakan-rakan selama 11 tahun (2000 – 2010) dalam mengendalikan kes Peneroka Kemahang 3. Kes ini tidak pernah dipedulikan oleh mana-mana pemimpin politik sehinggalah kami menang di Mahkamah Tinggi pada 13/1/2008 dan Mahkamah Rayuan pada 26/6/2009. Di Mahkamah Persekutuan sahaja, empat pusingan pertarungan undang-undang terpaksa kami lalui. Bermula dengan 2 permohonan kebenaran untuk merayu (leave to appeal), satu permohonan untuk penggantungan (stay) dan berakhir dengan permohonan Semakan (Review). Felda diwakili oleh sekumpulan 7 – 10 peguam yang diketuai oleh Tan Sri Cecil Abraham. Saudara mesti mengenalinya sebagaimana Deepak Jaikishnan mengenalinya. Ya. Tan Sri Cecil Abraham mengetuai kumpulan Peguam Felda sejak selepas kemenangan pusingan pertama pada 13/1/2008 di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Saudara pasti mengenali bahawa Peguam ini adalah antara TopTen Peguam yang paling hebat dalam undang-undang sivil di negara ini. Justeru saudara boleh bayangkan cabaran pertarungan undang-undang di setiap prosiding Mahkamah, di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persetuan yang terpaksa kami tempuhi. Hanya selepas kami memenangi kes yang pernah diludah oleh seorang Menteri ini, barulah ramai peneroka membukak mata. Banyak kes yang hampir sama di failkan diseluruh negara – berkaitan dengan penipuan greding buah sawit (Kadar Perahan Gred@KPG atau disesetengah tempat disebut sebagai Kadar Perahan Minyak@KPM). Oh rupanya kami mendahului pemikiran mereka lebih 10 tahun kehadapan!!!. Maka bermula September 2010, selepas menolak yuran guaman, disbursements (perbelanjaan dalam mengendalikan kes termasuk fee Mahkamah, transport, penginapan Peguam, time sheet, percetakan, khidmat pakar sawit dan/atau konsultan, pasukan research) dan fees counsel yang dilantik, maka kami mula membayar wang akhir penghakiman secara berperingkat-peringkat. Semua kos itu saya tanggung seorang diri sejak 11 tahun. Kalau tidak semuanya, hampir sepenuhnya. Kos pengendalian kes yang paling asas sahaja mencecah ratusan ribu. Apa jadi kalau katakan kes ini kalah? Tentunya kos itu akan hangus begitu sahaja. Ya, saya bukanlah seorang ahli perniagaan yang baik. Sebab itu saya melabur dalam tempoh yang amat panjang, dengan zero jaminan pulangan wang. Risiko kerugian adalah 100%. Namun diwaktu saya mula bersetuju mengendalikan kes ini, nilai wang ringgit tidak pernah menjadi perhitungan saya. Saya hanya simpati dan tidak sampai hati untuk menolak permintaan mereka, maka kesanggupan dan kesediaan saya hanya atas dasar itu. Untuk memperjuangkan nasib mereka yang teraniaya! Membujur lalu melintang patah! Keyakinan saya – Tuhan telah mengatur perjalanan hidup saya sedemikian rupa. Kenapa bayaran ini dibuat berperingkat-peringkat? Ini sinis dan fitnah blogger UMNO (pelacur jalanan) yang dimainkan sejak awal 2011. Ya. Bayaran dibuat berperingkat-peringkat kerana satu buku cek itu hanya ada 50 keping cek. Selepas habis 50 keping, saya perlu memohon satu buku cek baru, dan ia mengambil masa paling sekurang-kurangnya 2 hari bekerja. Dengan kekangan masa dan had buku cek, kami mengambil masa lebih sebulan untuk membayar kesemua 354 anakguam. Pelacur jalanan mendakwa saya sengaja menganiaya peneroka-peneroka dengan melewat-lewatkan pembayaran. Benar. Saya dahului kroni, saya dahului peneroka-peneroka yang dekat dengan saya. Saya bayar mereka dulu. Yang saya kenal selama 11 tahun, yang selalu dekat minum kopi bersama saya dalam tempoh itu, saya dahulukan. Ahli Jawatankuasa SuaraHati (Jawatankuasa Tuntutan) yang jatuh bangun bersama saya, saya dahulukan mereka. Saya bias? Ya. Saya bias kepada orang-orang yang berjasa dengan saya. Orang berbudi saya berbahasa. Saya sayang kepada ketua-ketua peneroka yang berani berjuang bersama saya, yang diugut bersama saya, yang dihentam bersama saya, yang difitnah bersama saya, yang dinafikan hak dan segala keistimewaan oleh Felda selama tempoh kes berjalan – dinafikan bantuan buku teks anak sekolah, dinafikan bonus tahunan, dinafikan wang raya, bahkan dinafikan apa sahaja manfaat dan imbuhan yang diistiharkan oleh Felda kepada semua peneroka. Penafian itu berlarutan selama 11 tahun. Bahkan ada ketua peneroka yang dilokap atas kesalahan yang sangat kecil. Ingat betul-betul – sebelas (11) tahun!!! Bukan satu minggu, bukan satu bulan, dan bukan juga satu tahun!!. Kenapa perlu saya mendahulukan peneroka atau anak-anakguam yang tidak pernah mempedulikan kes ini. Selepas menyerahkan salinan Kad Pengenalan dan menandatangani Surat Akuan yang disediakan, mereka hilang. Jemput mesyuarat, tidak hadir. Jemput taklimat, tidak hadir. Prosiding-prosiding mahkamah, tidak hadir. Mintak derma barang RM10-00 untuk makan2 dan jamuan, oh bagai tangkai jering! Tapi jemput majlis-majlis kenduri dan makan-makan, ada juga yang hadir. Itu pun duduk jauh-jauh dihujung khemah, dan tergesa-gesa pulang sebaik sahaja selesai memboyotkan perut kelaparannya. Kenapa? Sebab takut pegawai Felda dan talibarut Felda nampak dan buat laporan? Takut disenarai hitam. Playsafe tahap tertinggi! Sebelah kaki saman Felda, sebelah lagi mengampu Felda. Spesis jenis ini memang wujud dimana-mana di dunia ini. Sepanjang saya mengendalikan kes ini dalam tempoh 11 tahun, hanya lebih kurang 100 orang sahaja yang sangat-sangat setia. Yang jatuh bangun bersama. Yang akan bersama saya di mana-mana prosiding mahkamah. Yang sentiasa mengangkat bag-bag kotak Peguam, Yang mengirim ketupat, Yang menghantar buah salak. Yang sanggup memancing ikan-ikan sungai untuk juadah peguam, Yang rela menyembelih kambing, ayam dan itik tanpa soal, tanpa bayaran, Yang sentiasa bertanya khabar sakit dan khabar demam, bahkan Yang sentiasa memujuk saya untuk berkahwin dengan anak-anak dara pilihan mereka! Satu demi satu ditunjukkan kepada saya. Ha ha, masa itu saya masih bujang!!!. SEBALIKNYA, nun disana adalah 50 peneroka yang tegar mengampu Felda. Selebihnya hanyalah memainkan watak playsafe. Supaya tidak disenaraihitam oleh Felda. 50 yang saya sebut itu, menjadi anakguam saya, tetapi dalam masa yang sama menjadi talibarut Felda. Segala rahsia dan strategi kami, akan disampaikan kepada Felda. Ingatkan SB ni diluar saja, rupanya dari kalangan anakguam sendiri. Lebih teruk, dari kalangan 50 anakguam saya ini, kerja mereka ialah menghasut anakguam yang lain. Ini berlaku lama sebelum kemenangan pada 13/1/2008. Ada dari kalangan mereka yang mendoakan kekakalahan kes mereka sendiri. Ada dari kalangan mereka yang kata: "kalau menang kes ini, aku sanggup telanjang keliling Kemahang 3". Ada yang kata: "Rambut belah 7 pun kes ini takkan menang!". Bahkan ada yang sanggup mengisi borang untuk menarik diri dari kes (sengaja saya buat borang itu untuk menilai kesetiaan mereka). 25 keping borang tarikh diri dihantar oleh Jawatankuasa ke pejabat saya, dan saya masih simpan sehingga kini. Bila saya diserahkan dengan borang itu, saya termenung panjang. Tetapi saya tidak berbuat apa-apa. Saya hanya simpan sebagai kenangan, sebagai rekod cabaran yang terpaksa saya hadapi. Karenah celaka dari anakguam sendiri! Ya, pada satu ketika saya tersangat marah dengan tindakan mereka. Namun bila habis amarah saya, hati kecil saya meminta saya bersabar. Saya tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka. Kalau saya kurang sabar, saya akan tarik balik kes mereka dan daftarkan di Mahkamah. Tentunya mereka semua akan melopong, meraung dan histeria bagai orang gila, dikala teman-teman yang lain mendapat habuan wang penghakiman. Saya tidak tahu betul atau tidak tindakan saya yang hanya menyimpan Borang Tarik Diri tersebut. Terkadang, saya terfikir bahawa membantu peneroka seperti ini seumpama "melepaskan anjing tersepit". Namun, dikala pembahagian wang penghakiman, 25 ekor anjing ini yang terlebih dahulu menyalak-nyalak kerana pembayaran kepada mereka, sengaja saya lambatkan!!! Selepas selesai membuat pembayaran akhir wang penghakiman pada September atau awal Oktober 2010, semuanya gembira. Melompat-lompat seperti kera mendapat bunga. Termasuklah anjing-anjing tadi. Ada yang beli kereta baru, baiki rumah bocor, renovate rumah, kenduri anak kawin, pegi umrah, tidak kurang juga yang berpeleseran di Pekan Golok, mencari betina yang hina!!! Dari kalangan mereka, tiada seorang pun yang mengucapkan sepatah terima kasih kepada saya. Tiada seorang pun bertemu saya, menelefon saya atau sekurang-kurangnya sms saya untuk ucapkan terima kasih. Benar, tiada seorang pun! Itulah resam dunia, bila kita melepaskan anjing tersepit! Pelacur jalanan mendakwa saya melarikan wang peneroka. Pecah amanah! Kaki Songlap! Peguam Tonto! Adus, kalau saya jumpa mereka secara berdepan dalam keadaan mereka menuturkan dakwaan itu, jangan panggil saya lelaki kalau saya tidak melepaskan penumbok jantan! Bukanlah saya ini ingin mendabik dada dengan segala jasa dan sumbangan saya. Selama 11 tahun saya membakar segala keringat, wang ringgit dan masa. Selama 11 tahun saya menyerap segala tekanan dan ugutan. Selama 11 tahun saya senyum terhadap segala cemuhan dan fitnah. Selamat 11 tahun saya diserang dengan segala sihir dan ilmu hitam yang hebat-hebat. Tetapi Alhamdulillah, jika Tuhan tidak mengizinkan saya tumbang, saya akan bangun dan melawan! Lawan dan lawan... Pelacur jalanan kata saya merampas hak peneroka? Mencuri harta peneroka? Pelbagai video diupload ke youtube untuk memfitnah dan menghina saya. Tidak mengapa. Izinkanlah sekejap saya mendabik dada seketika. Helo2, gred sawit peneroka di Kemahang 3 ditipu sejak 1996. Buah sawit yang dibayar dengan KPG 21 – 25%, dibayar hanya di bawah KPG18%. Dari 1996 – 2002, mereka ditipu dan pendapatan mereka dicuri. Kalau bukan sayalah yang sanggup mengambil kes ini, peneroka tak dapat apa pun. 2 tahun mereka cari peguam ke serata alam. Semua menolak dengan pelbagai alasan. Kalau bukan sayalah yang sudi membakar wang ringgit, anjing-anjing ini tidak akan mendapat satu sen pun. Bayangkan kalau kes itu tidak difailkan, apa yang peneroka akan dapat? Asap semata-mata. Kalau bukan saya yang menanggung beban kes ini selamat 11 tahun, apa peneroka akan dapat? Lopong semata. Adakah saya mengambil duit dari poket peneroka? Adakah saya meminta sedekah dari peneroka? Tidak! Sama sekali. Kerja Peguam seperti saya adalah seperti mengutip sampah. Ya. Saya kutip sampah di Kemahang 3. Sampah yang tidak dipedulikan oleh mana-mana manusia, mana-mana pemimpin politik. Sampah yang amat busuk dan meloyakan. Saya bersihkan sampah itu. Saya cuci. Saya bilas. Saya bawak balik sampah itu ke pejabat. Setiap hari saya usap sampah itu. Setiap malam minda saya hanya memikirkan bagaimana yang jadikan sampah itu sebagai wang. Untuk bantu peneroka. Untuk kerjaya saya sebagai peguam. Untuk perniagaan guaman saya. Untuk perjuangan saya bahawa segala penindasan perlu dihentikan, walau pun terhadap manusia yang tidak punyai wang untuk biayai urusan guaman. Lama kelamaan saya bergelumang dengan sampah itu, Tuhan utuskan idea dan ilham. Tuhan utuskan pertolongan. Allah kurniakan tabah dan kesabaran. Allah berikan kekuatan luarbiasa bagi seorang anak muda kampung, untuk melawan Firaun. Allah berikan kekuatan untuk berjuang. Allah buka segala hijab. Allah tukar dari sampah menjadi emas. Allah tukar penghinaan kepada rezeki. Allah suratkan bahawa kes ini akan membuka mata pemimpin politik, dan membuka ruang kepada usaha-usaha untuk menghentikan penipuan greding sawit dan penindasan terhadap peneroka. Allah suratkan bahawa kes ini telah membuka mata peneroka lain diseluruh negara untuk bangun dan melawan. Hentikan sistem perhambaan yang menindas. Atas semua perancangan Allah itu, maka kemenangan berpihak kepada kami. Rezeki yang tiba-tiba diturunkan dari langit. Durian runtuh!!! HANYA selepas hampir setahun peneroka menerima durian runtuh dan rezeki dari langit itu, selepas semua wang sudah habis dibelanjakan, peneroka yang masih merasai kemewahan hasil dari wang kemenangan itu, mula cemas apabila wang sudah habis. Mereka akan kembali miskin seperti sebelum menerima wang kemenangan itu. Dalam kecemasan itulah, anjing-anjing ini mula memainkan peranan menghasut, untuk menyaman saya. Anjing-anjing ini diketuai oleh seorang yang bukan peneroka, bukan anak peneroka pun, bahkan tiada kena-mengena dengan peneroka, tetapi diizinkan oleh Felda untuk menyewa sebuah rumah peneroka yang ditinggalkan (disebabkan peneroka asal telah meninggal dunia dan keluarga kembali menetap dikampung asal) yang berhadapan dengan pejabat Felda Kemahang 3. Ya, Pengurus Felda Kemahang 3 memberi izin kepada orang awam mendiami rumah peneroka di dalam kawasan Rancangan Felda. Alamat rumah itu ialah No. 229, Blok 10, Felda Kemahang 3, 17500 Tanah Merah, Kelantan. Setahu saya, dalam kawasan GSA, tidak boleh ada orang-orang lain yang mendiami Rancangan Felda kecuali peneroka dan keluarga terdekat sahaja. Tetapi di Kemahang 3, ini berlaku. Mungkin satu-satunya kes orang luar, orang awam mendiami Rancangan Felda di seluruh negara. Pada musim Felda sangat agresif menghalang mana-mana orang memasuki rancangan, inidividu bukan peneroka ini diberi kebenaran dan layanan yang sangat istimewa oleh Felda. |
You are subscribed to email updates from felda kemahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |