{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda keratong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda keratong - Google Blog Search


Gaya Peneroka: PUSAT JUDI DI <b>FELDA KERATONG</b> 2 ???

Posted: 27 Jan 2013 09:24 PM PST

ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin.

Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar.

Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri.

Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.

Seorang penduduk Keratong 2, Muhamad Mohd Yasin, 66, (gambar kanan) ketika ditemui berkata, letih mereka mendidik anak-anak menjadi baik tetapi musnah apabila wujudnya pusat judi.

"Kami dengar dulu pusat judi hanya ada di bandar, tapi sekarang dah ada kat kampung kami, bukan satu malah ada empat. Pelanggannya 100 peratus Melayu, Islam termasuk anak-anak kami dan peneroka sendiri.

"Sudahlah judi itu haram, perniagaan itu juga haram kerana premis tak berlesen pula. Anak-anak muda ramai dah rosak akhlak sekali gus mengancam keselamatan penduduk akibat meningkatnya gejala sosial seperti kecurian," katanya.

Beliau turut kesal kerana pihak pentadbiran Felda seolah-olah buat-buat tidak nampak sedangkan ada yang terletak di dalam kewasan rizab Felda.

Anak peneroka Felda Keratong 2, Mohd Nordin Saad, 32, terkilan kerana kedai judi aktif dalam kawasan Melayu itu sudah buat laporan polis, hantar memorandum ke pejabat agama dan sudah didedahkan akhbar, tetapi bukannya ditutup malah ditambah dua lagi.

"Kedai dimiliki orang tempatan, disewa kepada bukan Melayu untuk menjalankan kerja terkutuk itu dengan berselindung di sebalik cafe siber untuk mengaburi pihak berkuasa. Beroperasi dari pukul 10 malam hingga lima pagi.

"Memang tak hormati kesucian Islam langsung, malam maulid rasul baru inipun mereka beroperasi seperti biasa," ujarnya.

Tambahnya, seolah-olah ada 'kuasa yang kuat' mempertahankan mereka sehingga tidak berani diusik. Justeru Mohd Nordin, sebagai generasi kedua Felda berharap semua pihak tidak 'bermain wayang' dan berharap diambil tindakan segera.

Din Abu Bakar Muhammad, 50 (gambar kiri), dari Keratong 5, pula bimbang jika isu judi yang makin membiak ini tidak diambil serius, akan mendapat kutukan dan bala Allah.

"Apa lagi ramai yang bercerita pusat-pusat judi itu mendapat perlindungan pihak tertentu supaya tidak diganggu.

"Saya seru semua pihak seperti polis, Felda, JKKR dan Exco perlu tegas tangani pusat judi ini. Ini perhimpunan kali pertama, kalau lepas ini tak tutup juga kami penduduk berhasrat untuk berhimpun di hadapan pejabat wakil rakyat.

"Adun kami Exco agama, anak peneroka sini. Salah satu pusat judi itu hanya satu kilometer saja dari rumah keluarganya. Jadi wakil rakyat tidak boleh memekakkan telinga apa lagi beliau merupakan Exco agama," tegasnya.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Shukri Ahmad, yang turut berucap dalam perhimpunan berkenaan, berkata bahana judi menjadi ancaman besar kepada penduduk Keratong dan sekitarnya dan wajar dinyahkan dari kawasan itu dengan apa cara sekalipun.

"Atas desakan penduduk PAS sudah beberapa kali membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Razak kerana wujud kebimbangan di kalangan penduduk di mana sejak judi beroperasi telah meningkat gejala sosial curi motosikal, lembu, buah sawit dan juga pecah rumah.

"Gejala sosial ini tidak boleh dipandang sebelah mata kerana menjadi barah memusnahkan masyarakat Islam dan memecahkan istitusi keluarga. Orang main judi tak pernah kaya, yang kaya taukenya yang bukan Islam itu," ujarnya.

Justeru beliau menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik, bersatu membanteras larangan Allah itu.-HD

10 hari di <b>FELDA Keratong</b>....(Part 1) - LoNeLy SoLDier BoY...

Posted: 16 Jan 2013 05:56 AM PST

Dimulakan dengan sedikit muzakarah iman
Kalau Allah s.w.t jadikan malam sampai hari kiamat, ada tak satu kerajaan  atau kuasa yang boleh jadikan siang.....
Kalau Allah s.w.t jadikan siang sampai hari kiamat, ada tak satu kerajaan  atau kuasa yang boleh jadikan malam.....
Ada tak yang bole buat???

Bila cuti semester,ada takazah yg perlu disambut,bila cuti 30 hari maka 10 hari untuk keluar dijalan Allah s.w.t.Masa nak keluar macam-macam halangan,hati berbolak balik rasa meronta-ronta tidak mahu keluar.Tapi bila Allah s.w.t dah pilih maka dah tak satu kuasa yg boleh halang?
Keluar seramai 9 org pelajar:
Start: 5hb till 16hb January 2013
Bila tengok jemaah semua student rasa LEMAH dan SEDIH gak la dan amir shaf pun student gak la jadinya.Amir shaf student UIA,orgnya agak hensem pelajar tahun 2 kos biomedik, badan katang dan yang penting dia caring pada jemaah.Manalah org awam nie,tidak nak bawa student but rupanya ada hikmah semua perkara tu....WOHA2x...
Route pertama,Masjid Keratong Lapan.Yang datang solat semuanya golongan veteran, semua pakcik - pakcik, anak-anak muda entah ke mana semua sibuk sambut TAKAZAH agama kot(sangka baik),sedih gak bila tengok,sunyi je masjid tu.Dah la jauh dari rumah-rumah penduduk kampung.Hari kedua, kat masjid tu ustaz buat kelas tajwid, yang sedihnya yang duduk cuma jemaah kami...adei...orang kampung satu orang pun tidak duduk,ustaz tu sedih giler kot.....memang sedih bila ustaz nak mengajar tapi org tidak nak duduk.
Di masjid ini jemaah kami telah di uji bermacam- macam oleh orang kampung.Ada yang baling dengan buah cempedak,rambutan dan tidak kurang juga yang baling kita orang dengan buah kedondong.Sampai tak dapat nak habis kan semuanya. Ohhh tidak.....Maaf dan ampunkan kami Ya Allah yang banyak makan dan minum...adei...Memang payah dan mujahadah buat usaha agama di zaman ini.
Route kedua,Masjid Keratong 2.Kat masjid nie, first day nak kena bantai oleh seorang pak cik. Lepas je bayan ta'aruf,pak cik tu pergi jumpa kat jemaah aku yg bagi bayan ta'aruf dan dia nak muzakkarah pasal NEGARA ISLAMIAH....WOHA2x.Masjid nie pun sama gak, semua org tua jak yang datang org mudah entah ke mana.Aku pun pelik hairan dan ajaib dengan apa yang berlaku.Ujian di sini tidak kurang hebatnya,kami di uji dengan ajakan kenduri-kendara yang pertali arus dan tidak putus-putus.Hampir tiap hari ada je kenduri, sampai jemaah 3 hari tidak masak,korban pun RM 1.00 je.
Route terakhir,Surau Bandar Tun Abdul Razak.Amal kat surau nie tiada langsung,sedih sangat.Dulu hidup 5 amal but bila fikirman dia pindah,makin lama berkurang dan terus hilang.Dekat dgn pekan Keratong memang hidayat sikit la, tidak dapat nak jaga mata. Ramai jak awek yg jalan-jalan,penuh dugaan dan cabaran terutama buat jejaka bujang seperti kami.Kat sini pun,kami kena baling dgn rambutan dan manggis, adei moga Allah ampun dosa....Bila banyakan makan maka makin banyak la tido.Masa untuk door to door pun kurang sbb masa tido to tido  bertambah.Hidayat seluruh alam...

Rasanya untuk Part 1 hanya nie saja la,next Parts more adventure and sempoi...Woha
P/s: Serius masa yang paling best sekali aku rasa,bila keluar dijalan Allah,semua masalah dunia aku macam hilang untuk seketika.Walaupun masa nak pergi rasa berat sangat,tapi bila dah keluar rasa macam tidak nak balik.WOHA2x.....

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat