{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda keratong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda keratong - Google Blog Search

<b>felda keratong</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 16 Mar 2013 11:25 AM PDT

Seramai 957 peneroka dari Felda Keratong 1 hingga 10, Rompin memfailkan saman dan tuntut ganti rugi sebanyak RM525 juta berhubung penipuan serta pecah amanah terhadap Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Dalam tuntutan itu, peneroka menamakan Felda sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries sebagai defendan kedua.

Tuntutan itu berhubung pembayaran Kadar Perahan Gred (KPG) kelapa sawit didakwa rendah sepanjang 17 tahun, di samping mendakwa Felda tidak pulangkan kembali tandan buah busuk dan tidak berguna kepada peneroka.

Tuntutan saman itu diwakili tiga peguam bela diketuai R Sivarasa yang hadir bersama T Kumar dan Latheefa Koya di mahkamah kira-kira jam 2 petang.

Kira-kira 100 peneroka memenuhi pekarangan mahkamah. Hadir sama, Pengerusi Biro Peneroka dari PKR, Shuhaimi Said.

Sementara itu, R Sivarasa berkata, tuntutan saman itu berikutan defendan tidak menggunakan kadar KPG yang wajar terhadap peneroka.

Menurutnya, peneroka juga mempersoalkan tindakan defendan kerana menghalang plaintif melakukan ujian perahan minyak sawit di makmal bebas.

"Kenapa Felda menghalang tindakan mereka (plaintif) kalau tidak bersalah? Kenapa perlu takut untuk dibenarkan membuat ujian?" katanya.

Sebelum ini, seramai 770 peneroka membabitkan lapan rancangan dari Felda Chini dan Felda Chini Timur, Pekan memfailkan saman serta menuntut ganti rugi sebanyak RM442 juta di Mahkamah Tinggi di sini, 26 April lalu.

Pada Januari 2010, Mahkamah Persekutuan memerintahkan Felda membayar sebanyak RM11 juta sebagai ganti rugi kepada peneroka di Felda Kemahang 3, Kelantan kerana penipuan kadar perahan minyak kelapa sawit.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat