{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda lepar hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda lepar hilir - Google Blog Search


Laman Rasmi: SEKITAR CERAMAH RAFIZI DI <b>FELDA LEPAR HILIR</b> <b>...</b>

Posted: 02 Jul 2012 01:00 AM PDT

Malam tadi (01 Jul 12), KEADILAN Cabang Paya Besar telah mengadakan program ceramah di Felda Lepar Hilir 1 bertempat di sebuah kedai minum di kawasan peneroka tersebut.  Penceramah utama yang dijemput adalah Sdr Rafizi Ramli, Pengarah Strategi KEADILAN Pusat dan Sdr Mustafa Kamil Ayub, Ahli MPP.  
Turut hadir pada malam tadi adalah Tuan Hj Zahari Mamat (Ketua Cabang Paya Besar), Sdr Razali Alias (Ketua Penerangan KEADILAN Pahang) dan Sdr Kamarzaman Yunus (Penolong S/Usaha KEADILAN Pahang/Penyelaras Dun Lepar).  
Seperti yang telah dijangka, kehadiran orang ramai malam tadi agak berkurangan kerana kebetulan pada hari yang sama PAS Pahang telah mengadakan Himpunan Hijau peringkat negeri bertempat di Markas PAS, Kerdau yang diberitakan mendapat sambutan di luar jangkaan.
Apa yang menariknya malam tadi di Lepar Hilir 1, di tengah-tengah penyokong PR yang hadir iaitu di kalangan mereka yang tidak menghadiri perhimpunan di Kerdau, terdapat ramai para penyokong Umno tempatan yang hadir walaupun berada di dalam jarak yang jauh dari lokasi ceramah.  Sesekali sewaktu ceramah berlangsung terdengar seorang dua dari penyokong-penyokong Umno cuba `mengusik' dengan menjerit "Hidup Umno" berulang kali.  
Sebelum Sdr Rafizi tampil di pentas, penceramah yang diundang iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub dan Sdr Razali Alias telah berucap dengan berbagai isu.  Sdr Mustafa Kamil banyak memperjelaskan tentang mengapa rakyat perlu menukar sokongan mereka dari Umno/Bn kepada Pakatan Rakyat.  Negeri-negeri yang ditadbir oleh PR terbukti jauh lebih baik dari negeri-negeri yang berada di bawah Umno/Bn.  Beliau turut membawa beberapa contoh kemajuan dan kebajikan yang telah dilaksanakan oleh beberapa negeri di bawah PR, di mana ianya sudah cukup untuk membuktikan bahawa PR mempunyai kebolehan yang lebih baik dari Umno/Bn memerintah negara ini.
Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Sdr Razali Alias pula mengulas tentang kenyataan Mufti Pahang baru-baru ini yang memberikan `fatwa' kononnya `haram' mereka yang menyertai Perhimpunan Anti Lynas yang didakwa beliau sebagai anjuran pihak bukan Islam. Sdr Razali Alias menyuarakan rasa kesalnya kerana terdapat golongan ulamak atau ilmuan agama yang sanggup menjual agama demi kepentingan duniawi.  
Penampilan Sdr Rafizi selaku penceramah terakhir memang dinanti-nantikan.  Beliau memulakan ucapan dengan mengulas isu perletakan jawatannya di dalam Kerajaan Negeri Selangor.  Beliau berkata, perletakan jawatannya sama sekali tiada kena mengena dengan sebarang krisis di antara beliau dengan MB Selangor atau sesiapa pun.  Tiada sebab beliau mahu berselisih faham dengan MB Selangor yang semua rakyat tahu latar belakang Tan Sri Khalid ini iaitu seorang tokoh yang hebat mentadbir Kerajaan Negeri Selangor.  Peliknya kata Rafizi, isu perletakan jawatan beliau itu mendapat respon segera dari Najib.  "Najib, orang bertanya soal kapal selam dia tidak jawab.  Orang tanya tentang cincin RM24 Juta dan beg tangan isterinya, beliau tidak jawab.  DS Anwar minta Najib berdebat tentang dasar-dasar negara, lagi Najib tidak jawab...tapi, bila saya letak jawatan, Najib senyum lebar, dia jawab dan ulas isu ini di dalam TV..." Ujar Rafizi.
Rafizi tegaskan, segala isu yang dimainkan di dalam media kawalan Umno berkaitan perletakan jawatannya adalah propaganda murahan Umno.  "Saya berjanji di depan saudara-saudara, sekiranya saya khianat kepada perjuangan rakyat atau menjadi `katak lompat', saya akan `bersunat' sekali lagi", hujah beliau.
Beliau turut menyentuh isu bagaimana Najib menjadi pengkhianat negara apabila sanggup menjual rahsia keselamatan negara dengan menjual dokumen pembelian peralatan pertahanan negara yang mempunyai hubungkait dengan pembelian Scorpene.  Najib masih enggan mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen kerana beliau masih belum yakin Umno/Bn mampu berkuasa lagi selepas ini.  
Turut menjadi perkara yang diulas oleh Sdr Rafizi selain dari isu Scorpene, beliau turut menyentuh tentang skandal projek LRT di Kelana Jaya dan Ampang Jaya.  Beliau mendakwa terdapat campurtangan Najib di dalam penganugerahan projek ini kepada kroni beliau yang syarikat tersebut hanya mempunyai kepakaran di dalam membuat kepala paip sahaja.  
Isu Penyenaraian FGVH di dalam bursa saham turut diulas oleh Rafizi sebagai topik terakhir ceramah beliau.  Jelas katanya, warga felda tertipu dengan mainan licik pemimpin Umno di dalam isu penyenaraian ini.  Beliau telah memberikan beberapa hujah dan fakta yang membuktikan kenaikan harga saham yang kononnya tertinggi selepas facebook yang baru-baru ini diumumkan oleh Najib adalah penipuan terbesar Umno.  Para peneroka terus menjadi penonton kepada kerakusan orang-orang di atas mengaut keuntungan dari penyenaraian ini sedangkan tanah felda yang sebenarnya milik para peneroka terus digadaikan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat