{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda tersang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda tersang - Google Blog Search


Cerita Saya: Dari Nilai ke <b>Felda Tersang</b> merangkap ke Cameron <b>...</b>

Posted: 27 Feb 2013 08:38 AM PST

Kesibukan tugasan di sekolah, taman, rumah dan seangkatan dengannya membuatkan aku terlupa seketika untuk mengupdate belog aku ni.. Harapan aku agar tidak kulupakan terus untuk update diari ni.. -)
Minggu lepas (Sabtu) aku sefamili ke Felda Tersang yang letaknya di Daerah Raub, Pahang. Aku ke sana diatas undangan majlis perkahwinan rakan seopis my cik puan yang berlangsungnya disitu. Lagipun aku ni memang suka berjalan2 tengok kiri-kanan tempat orang. Felda Tersang ni kalau dari Nilai jaraknya dalam 187km mengikut laluan Nilai - Highway Karak - Bentong - Raub.. Perjalanan dalam lebih kurang 2 jam 30 minit saja.. Disebabkan aku ni salah seorang pemandu yang berhemah, maka begitulah tempoh masanya. Aku bertolak dari Nilai jam 11.30am dan sampai di sana dalam jam 2.20pm yang bermaksud 2jam 50minit termasuklah urusan mencari ghumah pengantinnya.. Selesai satu perkara..
Aku dipahamkan kalau nak ke Cameron Highland, depa kata dah dekat.. Dalam 1 jam.. Tanpa mempedulikan sebarang pernyataan, aku terus la bergerak ke CH jam 3.00 dari Felda Tersang.. Melalui jalan ke Sungai Koyan dan terus melalui Pos Betau.. Aku langsung tak pernah ikut jalan ni.. Main belasah ja laa.. Hehehe.. Dalam perjalanan tu, aku amat tertarik dengan 'view' alam semula jadi sepanjang laluan aku ke CH tu.. Dengan nampak rumah2 orang asli aku suka sangat.. Jalan raya ni aku rasa masih baru dibuka kot sebab jalannya lebar dan selesa sangat perjalanannya.. Dalam hati terdetik jugak betapa bagusnya kerajaan la ni yang membina jalan raya yang baik walaupun tak ramai yang menggunakan laluan ni.. Jalan ikut Pos Betau ni akan bersambung dengan Ringlet yang jarak perjalanan ke Brincang dr Ringlet dalam 13km saja.. So, aku sampai di CH dalam jam 5pm jugak sebab sat-sat berenti ambik gambaq la, dan bwk slow nak menikmati suasana alam semulajadi yang segar.. Jarak perjalanan dr Felda Tersang ke CH dalam 153km jugak.. tapi amat selesa.. Jadi, total jarak perjalanan dr Nilai ke Cameron Highland melalui Felda Sungai Koyan ni dalam 340km.. Aku memang nak compare kalau turun dr CH ke Nilai melalui Tapah.. Jawapannya adalah.. = 302km.. Oleh itu, dekat lagi la ke CH dari Nilai melalui Tapah.. Selesai perkara ke-2..
Aku ke CH pun tak bermalam sebab esoknya (Ahad) aku kena keja.. Biasa la.. Part Time.. Cari makan bang.. hahaha.. Aku turun dari CH jam 8.00malam.. Mak aihh.. Gelap bebano jalan dr CH ke Tapah tu.. Risau jugak aku.. Tapi alhamdulillah selamat semua.. Aku sampai di rumah jam 11.30pm dan terus zzzzzzzzzzzzz... 

Srikandi Futsal <b>Felda Tersang</b> 03 makin digeruni. | Dunia Futsal <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2013 03:13 PM PST

Pasukan ini gigih berusaha untuk mencapai matlamat pasukan mereka, walaupun merupakan orang baru dalam dunia futsal ini. Pasukan ini ditubuhkan pada awal tahun 2007, pada awalnya terdiri daripada 10 orang pemain dan berlaku pengurangan serta penambahan pemain, yang kekal hanya 4 orang pemain lama dan 2 orang masih baru dalam pasukan mereka. Walaupun terdapat 2 orang pemain baru, akan tetapi mereka cepat serasi dan faham antara satu sama lain. Dunia Futsal diberitahu bahawa keserasian antara mereka terjalin sewaktu latihan kerana dalam kalangan mereka tidak pernah tercicir daripada menjalani latihan kecuali adanya masalah peribadi yang tidak dapat dielakan. Keserasian mereka juga terhasil dengan displin semasa latihan serta fokus semasa menjalani latihan.

Dunia Futsal juga difahamkan penubuhan pasukan futsal wanita Felda Tersang 03 ini juga bertujuan untuk memupuk silaturrahim di antara anak-anak Felda khususnya wanita, disamping ingin melahirkan pemain-pemain yang mampu berbakti kepada negeri dan negara. Pasukan wanita Felda Tersang 03 seharusnya menjadi contoh  kepada kepada belia-belia wanita mahupun lelaki di sekitar Pahang untuk aktif di dalam sukan khususnya sukan Futsal, ini kerana disamping melahirkan belia-belia yang sihat, bersukan juga khususnya sukan futsal juga mampu untuk membina semangat perpaduan dikalangan belia-belia di sekitar Pahang. Bersukan juga khususnya sukan futsal ini juga mampu mengisi masa lapang belia-belia, ini secara tidak langsung boleh menggelakkan belia-belia daripada mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan memberi manfaat pada diri sendiri. Diharapkan selepas ini, banyak lagi pasukan-pasukan futsal wanita bakal muncul di sekitar negeri Pahang khusunya kawasan-kawasan Felda, ini juga demi kebaikkan belia-belia sendiri, di samping dapat membangunkan sukan futsal di negeri Pahang dan juga kebangsaan.

Dunia Futsal sempat mengajukan beberapa soalan kepada salah seorang pemain pasukan ini yang selesa dengan panggilan Ateh atau Butang yang sedang menutut di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara soalan yang diajukan adalah mengenai kekerapan mereka melakukan latihan berpasukan. Mereka memaklumkan Dunia Futsal bahawa mereka menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu selama dua jam pada waktu petang. Selain itu, pasukan ini sering membuat perlawanan persahabatan dengan pasukan wanita lain sebanyak 2 kali seminggu iaitu pada petang ahad dan rabu malam.

Butang juga memaklumkan pada Dunia Futsal perancangan pasukan iaitu mereka akan berusaha akan menjadi pasukan 'TOP 1' dalam Daerah Raub serta di daerah-daerah yang berhampiran, malah Dunia Futsal kagum dengan semangat mereka mempunyai keyakinan  menjadi juara setiap pertandingan yang disertai. Pasukan ini berpegangan kepada satu perkataan iaitu "VOLLSTANDIG" bermaksud Bentuk Suci Sempurna. Setiap pergerakan mereka dalam permainan membentuk satu bentuk yang sempurna dalam mencapai hala tuju pasukan mereka.

Dunia Futsal berasa bangga dengan wujudnya pasukan wanita seperti pasukan futsal wanita Felda Tersang 03 ini, semangat pasukan sebegini seharusnya di contohi oleh pasukan wanita futsal yang lain khususnya belia-belia wanita di Malaysia. Jika semangat sebegini ditunjukkan oleh pasukan-pasukan lain, ini secara tidak langsung dapat merancakkan lagi pembangunan sukan futsal di tanah air dan tidak mustahil satu hari nanti dapat bersaing dengan gergasi sukan futsal dunia.

Nama pasukan: Felda Tersang 03

Nama jurulatih: Sayuti Bin Abu Bakar

Nama pengurus: Norizah Binti Abd Hamid

Nama pemain:

1). Nadrah Binti Hassan (Deqna)

2). Fatimatun Zaharah Binti Nor Hassim (Ateh @ Butang)

3). Noorasmida Binti Othman (Mieda)

4). Suhada Binti Ahmat (Arda)

5). Siti Zulaikha Binti Mohd Nor (Adeq)

6). Rosmaria Binti Hj. Wahid ( Maria)

Fred | DF Sabah/Perak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat