Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Gombak: Tindakan melulu seorang suspek jenayah yang memecut laju van dipandunya di jalan bertentangan arah selepas dikejar polis mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut manakala pembonceng motosikal cedera parah akibat bertembung dengan van suspek. Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi berhampiran Templer Park, di sini, semalam beberapa lagi penunggang turut cedera dirempuh kenderaan suspek. Menurut saksi kejadian, seorang lelaki dilihat memecut laju kenderaannya berhampiran pasar raya NSK di Selayang Baru selepas dikejar kereta peronda polis (MPV). "Saya yang dalam perjalanan ke Rawang terkejut apabila melihat sebuah van dipandu laju dalam keadaan melawan arus dari Rawang ke Kuala Lumpur. PASUKAN paramedik membantu Maraimah yang tercampak selepas dirempuh suspek. ANGGOTA polis forensik menyiasat tempat kejadian. RAMANAYAH maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/01 |
Posted: Kuala Lumpur: "Pada mulanya, saya hanya pinjam RM5,000 daripada seorang along untuk membayar yuran pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD), tetapi apabila gagal membayarnya, along lain pula menghantar SMS dan menawarkan pinjaman. "Kerana terdesak untuk menjelaskan hutang itu, saya meminjam daripada along kedua dan begitulah seterusnya sehingga saya berhutang dengan 11 along berjumlah lebih RM30,000 dan pernah cuba bunuh diri kerana terlalu tertekan," kata mangsa buruan ceti haram yang hanya mahu dikenali sebagai Yati, 37. Menurut Yati yang lumpuh separuh kaki akibat kemalangan jalan raya 13 tahun lalu, kehidupannya tidak pernah tenteram sejak menjadi 'pelanggan' along pada November lalu apabila kerap menerima ugutan bunuh, bakar dan disimbah asid jika lambat atau gagal membayar hutang mengikut masa ditetapkan. "Saya pinjam RM5,000 untuk bayar yuran pengajian dan bercadang melangsaikannya selepas mendapat bayaran menyiapkan lima skrip drama televisyen bernilai RM30,000 yang dijangka diterima Disember lalu. YATI menunjukkan laporan polis dibuatnya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/01 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |