Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Berita UtamaOleh YUSRI ABD MALEK, MOHD RAZLAN SALLEH, MUHD IZAWAN BAHARIN, NAZARALI SAERIL, HAIRULAZIM MAHMUD, ALIAS ABD RANI, INTAN MAS AYU SHAHIMI, SHAMRAN SARAHAN, MOHD FIRDAUS IBRAHIM, ASMAH RUSMAN, MOHAMMAD ISHAK, JUNAIDI LADJANA, MUHAMAAD HAFIS NAWAWI, FARDY BUNGGA, ARDYHANSAH AMAT, ERDIEHAZZUAN AB WAHID, NUR NADIA HAFIZA JAMALUDDIN dan JOHARY INDAN Lahad Datu: "Saya lihat wajah enam orang yang berkawal itu bengis dan berdiri tegak mengelilingi Raja Muda Agimuddin Kiram yang ketika itu berjubah putih dan merenung tajam melihat kami yang berunding dengan anak buahnya," kata seorang penduduk Kampung Tanduo, di sini, yang turut serta bersama empat anggota polis daripada Unit Cawangan Khas ketika mengadakan rundingan dengan pengganas berkenaan, sebaik mereka tiba di kampungnya. Lelaki berusia 48 tahun itu fasih berbahasa Suluk diajak empat anggota polis berkenaan membantu berunding dengan kumpulan pengganas terbabit bagi memujuk mereka pulang ke Filipina. "Keadaan ketika itu sedikit tegang apabila mereka berkeras tak mahu berganjak dari kampung ini dan mendakwa ingin menuntut semula tanah yang dikatakan milik nenek moyang mereka. "Saya hanya sempat mengikuti dua rundingan iaitu pada 13 dan 14 Februari lalu, namun menemui jalan buntu kerana kumpulan terbabit tetap berkeras enggan keluar dari kampung berkenaan," katanya. PENDUDUK Kampung Tanjung Labian yang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Fajar Harapan selepas diarahkan pihak keselamatan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09 |
Posted: Lahad Datu: Tangkal bertulisan Arab dipercayai ayat al-Quran dan al-Quran kecil yang dipakai serta dibawa sepanjang masa oleh pengganas Sulu kononnya untuk menjadi kebal, ternyata tidak berkesan apabila 53 daripada mereka mati ditembak di dua lokasi berasingan di Lahad Datu dan Semporna sejak 1 Mac lalu. Tangkal terbabit ditemui ketika pemeriksaan pada mayat pengganas oleh pasukan keselamatan. Buku kecil bertulisan Arab dipercayai al-Quran kecil yang diikat dengan tali dan dililit di pinggang. Malah tangkal itu difahamkan turut ditemui pada mayat seorang daripada pengganas yang ditembak pada 6 Mac lalu di Kampung Tanduo di sini, dan amat menyedihkan tangkal itu dipakai di celah kelangkang. Menurut sumber, pengganas terbabit menganggap pemakaian tangkal itu dapat melindungi mereka daripada ditembusi peluru tetapi tetap kecundang ditembak pasukan keselamatan dalam pertempuran. PENGGANAS Sulu yang ditembak mati oleh pasukan keselamatan Malaysia memakai tangkal dipercayai untuk menjadi kebal.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |