Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Kuala Lipis: Empat maut termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan kereta jenis Honda City, di Kilometrt 17 Jalan Kuala Lipis - Merapoh, di sini tengah malam tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, setakat ini mangsa yang dikenalpasti maut dalam kemalangan itu adalah, Nur Hamira Baharum, 24, Hasnah Che Hussin, 66, seorang pembantu rumah warga Indonesia dikenali sebagai Yanti dan seorang kanak-kanak berusia setahun, Nik Eryna Nik Ahmad. DUA kenderaan yang terbabit dalam kemalangan meragut empat nyawa termasuk kanak-kanak berusia setahun. FOTO PDRM |
Posted: Lahad Datu: Pengganas Sulu yang kini semakin kekurangan sumber makanan dikesan mula keluar dari kawasan persembunyian dan menemui penduduk kampung, sekurang-kurangnya untuk mendapatkan bekalan air minuman. Ini berikutan tiga laporan polis dibuat penduduk kampung memaklumkan mereka didatangi pengganas Sulu yang meminta diberikan air minuman di beberapa lokasi berasingan dalam gugusan Felda Sahabat dalam tempoh dua hingga tiga hari lalu. Seorang wanita berusia 25 tahun yang meminta namanya dirahsiakan memberitahu Harian Metro, dia didatangi tiga pengganas Sulu ketika mengutip buah kelapa sawit di Felda Sahabat 45, jam 1.30 tengah hari, kelmarin. "Seorang daripada mereka berkata kepada saya, jangan takut...saya cuma jalan-jalan cari air," katanya. RUMAH penduduk Kampung Tanjung Batu musnah dibakar pengganas Sulu. KEDAI runcit milik penduduk yang dipecah masuk pengganas Sulu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/15 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |