Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Selepas lebih sebulan mengetuai pencerobohan di Kampung Tanduo, Lahad Datu, akhirnya ketua pengganas Abgimudin Kiram yang mendakwa dirinya Raja Muda Sulu disahkan sudah melarikan diri ke selatan Filipina, meninggalkan pengikutnya sendirian menghadapi pasukan keselamatan yang memburu mereka. Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Tan Sri Zulkifeli Mohd Zain berkata, daripada maklumat dan risikan diperoleh, pihaknya yakin Abgimuddin sudah meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.
"Namun, Op Daulat masih diteruskan dan pasukan keselamatan kini mula memasuki Tanjung Batu untuk melakukan penggeledahan dan pembersihan," katanya pada sidang media di sini, malam tadi. Hadir sama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16 |
Posted: "Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. "Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya," kata pelakon remaja, Eina Azman, 18 mengenai tindakan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ke atasnya.
"Apabila dia berkata mahu membela saya selama tiga tahun dan memberikan apa saja, saya sangat sedih kerana saya ada maruah dan masih ada ibu bapa. Apa yang dilakukannya saya tidak boleh terima," katanya kepada Harian Metro.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |