{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Harian Metro: BeritaUtama

Posted by Tanpa Nama

Harian Metro: BeritaUtama


Lebih kejam daripada komunis

Posted:

Kuala Lumpur: "Mereka mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.

"Jadi apabila mereka bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam daripada komunis."

Itu kenyataan bekas Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62, mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.

Sungguh menyedihkan apabila mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.

Foto

HALIM (kiri) bekas komando VAT 69 yang terbabit Ops Rambo di Sandakan.


Salehuddin yang beberapa kali bertempur dengan komunis sepanjang berkhidmat lebih 38 tahun sebelum bersara pada 2007 berkata, dalam peperangan, anggota yang berjuang memang terpaksa membunuh musuh.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16

Maut rempuh kedai basikal

Posted:

Ipoh: Seorang wanita maut manakala kekasihnya cedera parah apabila kereta dinaiki terbabas sebelum merempuh sebuah kedai basikal berhampiran Jalan Pasir Putih, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi, Tang Mun Yi, 19, bersama pasangannya Chong Kian Mun, 20, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar minum di pekan Ipoh.

Ketika tiba di tempat kejadian, kereta dipandu Kian Mun hilang kawalan sebelum merempuh kedai berkenaan.

Ketua Polis Trafik Daerah Ipoh Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian itu menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian depan sebelah penumpang maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan cedera parah dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Foto

KEADAAN kereta yang terbabit dalam kemalangan, pagi semalam.


"Kemalangan itu menyebabkan Tang yang beralamat Medan Pengkalan Makmur Ipoh, maut di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/16

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat