Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Kangar: Topi milik Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, seorang daripada 10 wira negara yang gugur dalam pertempuran dengan pengganas di Sabah, masih kerap dipakai anak sulungnya, Noor Aqmar Amiruddin, 5, sebagai pengubat rindu. Ibu kanak-kanak itu, Nor Aziah Noor, 28, berkata, Noor Aqmar gemar memakai topi arwah suaminya kerana ketika Allahyarham masih hidup, dia selalu memuji anaknya kelihatan kacak apabila memakai topi itu. "Sebab itu dia suka pakai topi ayahnya. Dia kuat semangat dan sering pujuk bila saya menangis setiap kali teringatkan arwah, tapi pada masa sama dia juga sering mengigau dengan memanggil nama ayahnya, mungkin kerana terlalu rindu," katanya. Nor Aziah ditemui di rumahnya, di sini, semalam, ketika menerima kunjungan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu dan Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron yang turut menyampaikan sumbangan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). NOOR Aqmar memakai topi arwah ayahnya, Zulkifli.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19 |
Cacat penglihatan tak patah semangat Posted: Kuala Lumpur: Walaupun kekurangan sifat seperti manusia biasa, kegigihannya menjadi faktor penentu untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2012 yang diumumkan di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia, semalam. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Muar Lok Weng Hang, yang cacat penglihatan sejak kecil berkata, keadaan dirinya itu tidak sedikitpun mematah semangatnya dalam menempuhi cabaran untuk mendapat keputusan 4A dalam semua mata pelajaran diambil. Dalam keadaan yang sukar itu katanya, dia berkongsi ilmu bersama 20 pelajar normal dan empat pelajar sepertinya yang kelainan upaya di dalam kelas. "Kebiasaan ketika cikgu menulis di papan putih, mereka akan membantu dan membacakan apa yang terpapar kepada saya," katanya. WENG Hang dikucup ibunya yang menangis kegembiraan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/19 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |