Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: "Abah dah meninggal....kena bom....masuk kubur." Itu kata Mohamad Akmaruddin Zulkifli, 5, yang mungkin masih tidak faham apa sebenarnya berlaku di sebalik kematian ayahnya, Inspektor Zulkifli Mamat, 29. Allahyarham Zulkifli, anggota komando Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkalan di Hulu Kinta, dekat sini, adalah antara dua anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dalam operasi pengusiran penceroboh dari Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah, semalam.
Ibunya, Nor Aziah Nor, 28, enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan pemergian suaminya selain tidak berapa sihat berikutan alahan kerana mengandung dua bulan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
Posted: "Kejadian banjir lumpur mendadak akibat runtuhan bukit berhampiran ibarat tsunami hingga menyebabkan semua penduduk tidak sempat berbuat apa-apa," kata penduduk di Jalan Kledang Utara, di sini, Khairul Faiz, 37. Dalam kejadian 3 pagi semalam, hujan lebat lebih enam jam selain sebuah kolam pecah di puncak bukit menyebabkan kejadian tanah runtuh yang membawa banjir lumpur ke kawasan kediaman berhampiran Kilometer 10.2, Lebuhraya Ipoh-Lumut, di sini.
Khairul berkata, dia hanya mengetahui kejadian banjir lumpur yang berlaku sebaik bangun daripada tidur jam 6 pagi.
"Bencana ini sukar dipercayai berikutan ia berlaku sekelip mata. Malah, banjir lumpur ini turut memasuki rumah penduduk tanpa disedari berikutan kebanyakan mangsa tidur," katanya.
"Malah, saya membelanjakan ribuan ringgit bagi membaik pulih kereta yang dimasuki lumpur terutama pada bahagian enjin," katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/02 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |