Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Lebih 1,000 penduduk dari beberapa kampung di Felda Sahabat 43, di sini, diarah berpindah selepas empat saki-baki pengganas dikesan menceroboh sebuah rumah di Kembara Sakti, kelmarin sebelum mengikat seorang suri rumah dan rumahnya kemudian terbakar. Empat pengganas terbabit memecah masuk rumah Maimunah Itin, 26, jam 3 petang kelmarin dipercayai untuk mencari makanan ketika wanita itu tinggal seorang diri kerana suaminya, Suhaimi Omar Basah, 30-an, keluar bekerja.
Jiran Maimunah, Mohammad Ahmad, 44, berkata, selain rumah wanita itu, sebuah lagi rumah yang terletak bersebelahan turut musnah dijilat api.
|
Posted: Enam penjenayah menaiki tiga motosikal berkuasa tinggi sempat memberi amaran sambil menghayun parang ke arah kumpulan kanak-kanak yang bermain sebelum menyamun rumah milik seorang jurubahasa mahkamah di sebuah taman perumahan di Pengkalan di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, semua lelaki menaiki motosikal Kawasaki Ninja itu menceroboh masuk kediaman mangsa, A Kumaran, 48, yang turut dihuni isteri, N Sunitha, 41, dan tiga anaknya berusia enam hingga 14 tahun.
Menurut Sunitha, penjenayah itu menjerit seperti dirasuk sambil menghayun parang mereka ke udara seperti 'koboi' dan terus meletakkan motosikal mereka di pekarangan rumah sebelum bertindak menolak suaminya ke lantai.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/23 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |