Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Arau: Tindakan kumpulan penceroboh dipercayai dari Sulu, Filipina, melakukan serangan hendap terhadap anggota keselamatan yang melakukan pemeriksaan di Kampung Sri Jaya, Semporna, Sabah, malam kelmarin, disifatkan sebagai tindakan kejam dan ganas. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kejadian yang mengorbankan nyawa enam anggota keselamatan yang mencari maklumat bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kumpulan terbabit adalah di luar jangkaan. Menurutnya, pasukan keselamatan dengan kekuatan 57 anggota tidak menyangka kumpulan terbabit bertindak ganas menyebabkan enam anggota terkorban. "Namun, saya mempunyai keyakinan bahawa kita (anggota keselamatan) sudah memiliki kekuatan mencukupi dengan penambahan anggota termasuk polis selain tambahan dua batalion askar ke Sabah bagi menghadapi apa juga keadaan di kawasan berkenaan. ANGGOTA polis mengawal pintu masuk ke Ibu Pejabat Daerah Polis Semporna, malam tadi.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04 |
Posted: Kota Bharu: "Berdebar hati apabila suami menelefon malam kelmarin mengatakan dia akan dihantar menjalankan operasi menangani pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah. "Sejak itu dia tidak pulang ke rumah dan hanya berada di kem untuk membuat persediaan. Hari ini (semalam) baru saya dan anak berkesempatan berjumpa ketika menghantarnya menaiki penerbangan ke Tawau," kata Hasmawati Yahya, 36, isteri kepada Staf Sarjan Jasmadi Ismail, 38, anggota Rejimen ke-21 Melayu Askar Melayu Diraja (21RAMD). Semalam, seramai 352 anggota termasuk pegawai dan lain-lain pangkat 21RAMD berpangkalan di Pengkalan Chepa, di sini, diterbangkan terus dari Kota Bharu ke Tawau menggunakan pesawat sewa khas AirAsia untuk membantu operasi di Lahad Datu. Jurucakap Bilik Gerakan Markas 8 Briged Infantri (8 Briged) berkata, semua anggota itu berlepas pada jam 1 tengah hari dan 6 petang menerusi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), di sini. HASMAWATI (tengah) bersama isteri anggota 21RAMD lain melambai ke arah suami masing-masing.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/04 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |