Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Semporna: Pasukan keselamatan percaya saki-baki pengganas yang meloloskan diri daripada kejadian tembak menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya di sini, Sabtu lalu masih bersembunyi di daerah ini. Polis tidak menolak kemungkinan mereka berada dalam kalangan penduduk atau mungkin melarikan diri masuk ke kawasan hutan dan ladang sawit. Berikutan itu, Ketua Polis Daerah Semporna Deputi Superintendan Firdaus Francis Abdulllah berkata, pihaknya mengadakan kawalan ketat di setiap perkampungan, termasuk semua pulau di daerah ini dalam operasi mengesan pengganas terbabit, termasuk dalang dan pemberi maklumat mereka. "Kita menggerakkan semua pegawai dan anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Komando VAT69 untuk mengesan sebarang aktiviti mencurigakan serta menyiasat setiap laporan penduduk berkaitan perkara itu. KANAK-KANAK melambai kepada pasukan keselamatan yang membuat rondaan di kampung mereka di Semporna, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
Posted: Berita UtamaOleh Yusri Abd Malek, Mohd Razlan Salleh, Alias Rani, Zaitie Satibi, Syah Rul Aswari Abdullah, Shamran Sarahan, Mohd Firdaus Ibrahim, Kalidevi Mogan Kumarappa, Asmah Rusman, Raja Noraina Raja Rahim, Junaidi Ladjana, Nurhidayatidayu Razali, Muhamaad Hafis Nawawi, Asmah Rusman, Fardy Bungga, Yusliza Yakimir Abd Talib, Yusmizal Dolah Aling, Ekhwan Haque Fazlul Haque, Ardyhansah Amat dan Ibnu Khusairi Ibnu Aris Lahad Datu: "Letak senjata tanpa syarat dan menyerah diri." Itu tegas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sambil memberitahu Op Daulat yang diadakan kini diteruskan sehingga semua pengganas Sulu yang setakat ini membunuh lapan anggota keselamatan negara meletak senjata tanpa syarat. Penegasan itu bermakna Malaysia menolak permintaan Jamalul Kiram III yang kini melakukan gencatan senjata di pihaknya dan meminta pasukan keselamatan Malaysia turut berbuat demikian. Dia yang mendakwa dirinya Sultan Sulu mengeluarkan kenyataan itu semalam, tiga hari selepas operasi serangan besar-besaran dijalankan ke atas kumpulan pengganas di Kampung Tanduo, di sini, yang bermula pagi Selasa lalu. Najib dalam sidang akhbar di Felda Sahabat 16, di sini, semalam berkata, Presiden Filipina Benigno Aquino III menghubungi beliau untuk mendapatkan reaksi Malaysia berhubung kenyataan Jamalul Kiram III mengenai gencatan senjata itu. NAJIB ketika sidang media di Felda Sahabat, semalam.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |