Harian Metro: BeritaUtama
Posted by Tanpa Nama
Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: Kesatuan dan semangat rakyat teguh menyokong perjuangan anggota pasukan keselamatan menentang pengganas Sulu yang menceroboh Sabah, dizahirkan melalui khutbah Jumaat di semua masjid di seluruh negara semalam, sebelum diikuti solat sunat hajat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menunaikan solat Jumaat di Surau Ar Rahman, Ladang Barat, Pulau Carey, dekat Banting, Selangor, bersama kira-kira 500 jemaah turut mengaminkan doa ketika khutbah disampaikan imam, Muhammad Md Kasim, 65, yang menyentuh pertempuran di Lahad Datu yang mengorbankan lapan wira negara.
Di Putrajaya, Imam Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Muhd Redza Ahmad dalam khutbahnya menyeru rakyat Malaysia bersatu mempertahankan kedaulatan negara dan agama mengikut kemampuan yang ada dan wajib menolak sebarang usaha menghancurkan keamanan.
"Malaysia tanah air kita yang perlu dipertahankan. Di sinilah tempat kita membiakkan keturunan, membesarkan generasi Islam, menyuburkan syiar Islam dan menjaga kemaslahatan ummah yang kita warisi daripada asal usul keluarga kita.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/09 |
Posted: Sabak Bernam: Suasana pilu menyelubungi keluarga Sarjan Sabarudin Daud yang terbunuh selepas ditembak pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menziarahi mereka di Kampung Sungai Lias, Sungai Besar, semalam. Ibu Allahyarham, Som Mat Salleh, 72, dilihat paling sebak mengenangkan pemergian anak kesayangannya itu namun reda dengan ketentuan Allah.
Som juga amat terharu dengan keprihatinan Najib yang meluangkan masa menjenguk mereka sekeluarga.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |