Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Posted: Pemenang bertuah Brahim's
SERAMAI 20 pelanggan produk Brahim's tersenyum kegembiraan apabila memenangi hadiah iPad bernilai lebih RM2,000 setiap seorang baru-baru ini. Kesemua mereka memenangi gajet itu setelah menyertai peraduan New iPad yang diadakan pada 1 November 2012 hingga 31 Januari lalu anjuran Dewina Food Industries Sdn. Bhd., syarikat yang berkecimpung dalam industri makanan termasuk mengeluarkan produk jenama Brahim's. Hadiah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Kumpulannya, Nur Fatin Ibrahim dalam satu majlis di Cafe Barbera, Bangsar, Kuala Lumpur. Turut hadir, Pengerusi Eksekutif Brahim's Holdings Berhad, Datuk Ibrahim Ahmad Badawi. Salah seorang pemenang dari Nilai, Negeri Sembilan, Rohana Abu Bakar, 51, memanjatkan rasa kesyukuran berikutan penyertaan dalam peraduan tersebut membuahkan hasil seperti yang diharap-harapkan. "Lebih RM1,000 dibelanjakan bagi membeli pelbagai produk Brahim's dan saya rasa sangat gembira dengan kemenangan ini. Kebanyakan produk yang dibeli itu saya guna sendiri selain diberikan kepada saudara-mara lain. "Saudara-mara yang membeli produk Brahim's juga membantu menyumbang kepada kemenangan ini," katanya yang merupakan guru taska. Pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Nadzmi Jamaludin, 22, yang pertama kali menyertai peraduan seumpama itu tidak menyangka akan memenangi peraduan tersebut. Dia yang berasal dari Simpang Renggam, Johor membeli produk Brahim's bagi diposkan kepada rakan-rakan yang belajar di luar negara. Dia melakukannya setiap bulan. "Biasanya saya beli sekotak besar yang mengandungi 20 bungkusan produk Brahim's sebelum dikirim kepada rakan-rakan di luar negara. "Kemenangan ini, saya anggap sebagai balasan menolong rakan-rakan tersebut," katanya yang sebelum ini memang berhasrat untuk memiliki iPad. Dalam pada itu Ibrahim berkata, peraduan tersebut bagi menghargai sokongan berterusan para pelanggan produk Brahim's. Menurutnya, selepas peraduan tersebut berakhir dan sempena sambutan ulang tahun ke-25 Brahim's tahun ini, pihaknya akan menganjurkan pelbagai pertandingan bagi memberi lebih penghargaan kepada para pelanggan. "Kami akan melakukan pelbagai aktiviti promosi termasuk melancarkan tiga produk baharu yang dijangka pada pertengahan Mei nanti," katanya. | |
Posted: RuangTragedi gajah kerdilRABU lalu, negara digemparkan dengan penemuan bangkai 10 ekor gajah pigmy atau gajah kerdil Borneo yang mati dalam keadaan menyayat hati di kawasan Hutan Simpan Gunung Rara, kira-kira 130 kilometer dari Tawau, Sabah. Lagi... InfinitiPengehosan web bantu perniagaanKETIKA mula-mula menjalankan perniagaan penerbitan novel, Penerbitan Kaki Novel Sdn. Bhd. (Kaki Novel), Rizal Abdullah, 45, menerima banyak e-mel yang mahu membeli buku secara kiriman pos. Lagi... Kesihatan | |
Posted: Survival orang utanOleh ZAKI SALLEH
SAMA ADA disedari atau tidak, jumlah Orang Utan di negara ini dipercayai semakin menurun dengan anggaran kehilangan lebih kurang 30 peratus dalam tempoh 10 tahun lalu sekali gus boleh menjejaskan biodiversiti habitat tersebut. Spesies primat itu dikenali mengikut lokasi habitatnya iaitu orang utan Kalimantan/Borneo (Pongo pygmaeus) dan orang utan Sumatra (Pongo abelii). Di Malaysia, primat orang utan hanya terdapat di Sabah yang jumlahnya dianggarkan kira-kira 10,000 ekor sahaja. Pensyarah Institut Penyelidikan Primat (PRI) Universiti Kyoto, Jepun, Profesor Tetsuro Matsuzawa berkata, kawasan rizab hidupan liar tersebut di Sabah juga semakin mengecil iaitu di Imbak Canyon, Lembah Danum dan Lembangan Maliau. Beliau yang merupakan penyelidik prima terkenal dunia memberitahu, tiga faktor dikenal pasti menyebabkan penyusutan mamalia itu iaitu penebangan hutan, pemburuan dan penyakit. "Malaysia khasnya Sabah cukup bertuah kerana menjadi satu daripada dua kawasan di dunia yang menjadi habitat asal haiwan mamalia ini selain di Indonesia. "Justeru, saya menyarankan agar lebih ramai pakar tempatan berkaitan biodiversiti dilahirkan. Beliau melihat Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi Pusat Penyelidikan Sains Kajihayat (PPSK) boleh memainkan peranan tersebut," ujarnya. Elakkan kepupusan orang utan Beliau berkata, demikian semasa menyampaikan syarahan berkaitan biodiversiti dan keupayaan cimpanzi yang juga tergolong dalam keluarga haiwan primat di USM baru-baru ini. MATSUZAWA (dua dari kiri) bersama penyelidik dari USM bersama buku kajian mengenai biodiversiti orang utan selepas menyampaikan syarahan di Universiti Sains Malaysia. Turut hadir ialah Dekan PPSK, Prof. Madya Ahmad Sofiman Othman dan pegawai-pegawai barisan penyelidik pusat pengajian tersebut. Beliau turut berkongsi pengalaman dan kepakarannya menjalankan kajian lebih 35 tahun dalam biodiversiti cimpanzi termasuk yang dipelihara dan yang liar di hutan. Menurut kajiannya, orang utan tergolong dalam tiga lagi spesies primat iaitu gorila, cimpanze atau bonobo serta manusia. Uniknya, orang utan memiliki kedekatan mamalia dengan manusia dengan tingkat kesamaan asid deoksiribonukleik (DNA) sehingga 96.4 peratus. Dalam konteks kajian habitat liar haiwan itu, Matsuzawa menghabiskan masanya di beberapa lokasi kajian di Afrika Selatan meliputi Bossou, Nimba, Guinea dan sebagainya. Difahamkan Malaysia belum mempunyai seorang pun pakar orang utan sedangkan terdapat lebih 10,000 orang utan di tiga buah pusat pemuliharaan haiwan itu di negara ini. Tambah Matsuzawa, kewujudan orang utan turut mencerminkan keindahan ekosistem dan menjadi simbol kepada biodiversiti hutan hujan tropika yang wujud di negara ini. Katanya, berdasarkan pengamatan sebagai saintis, tidak ramai yang mengambil kisah mengenai perkara ini walaupun spesies itu mengalami kepupusan. "Tidak dinafikan kerja-kerja penyelidikan dan pemuliharaan biodiversiti memerlukan kos yang tinggi, namun ia sesuatu yang berbaloi untuk khazanah ilmu dan perkembangan sains. "Kita perlu mencari jalan dan satu perbincangan intensif perlu diadakan bagi melihat sejauh mana penyelidikan haiwan itu boleh dibangunkan di negara ini secara lebih menyeluruh," ujar beliau. Perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama USM di bawah kerangka pelan kerjasama dengan PRI yang dimeterai melalui satu memorandum persefahaman pada tahun 2011. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |