{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

felda air tawar - Google Blog Search

Posted by Unknown

felda air tawar - Google Blog Search


SEK AGAMA <b>FELDA AIR TAWAR</b> 2

Posted: 25 Feb 2011 05:18 AM PST

[unable to retrieve full-text content]SEK AGAMA FELDA AIR TAWAR 2. Friday, February 25, 2011. WARGA SEK AGAMA FELDA AIR ... PAUTAN. PEJABAT PENDIDIKAN AGAMA DAERAH KOTA TINGGI · SEKOLAH AGAMA FELDA AIR TAWAR 1 · UTM SPACE. Slideshow. Loading... Picture Window template. ...

Diary kecilku~: ~tentang <b>felda</b> gunung besout 2

Posted: 01 Mar 2011 05:47 AM PST

Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Gunung Besout 2 mengucapkan "Selamat datang dan terima kasih" kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami.

Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada penyediaan ICT di kawasan luar bandar.

Sebanyak 9 Pusat Jalur Lebar Komuniti perintis untuk Fasa Pertama dibawah naungan P1 Wimax telah diwujudkan di seluruh Perak bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PJK Felda Gunung Besout 2 sebagai pusat ilmu setempat bagi setiap lapisan komuniti. Ini dapat dilakukan melalui rangkaian Internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020.

Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PJK diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat-maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.

Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PJK sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

  1. e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
  2. e-Pembelajaran (e-Learning)
  3. Pengumpulan dan pertukaran maklumat
  4. Pusat Komunikasi
  5. Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

PJK FELDA GUNUNG BESOUT 2

Nama Lokasi : Pjk Felda Gunung Besout 2

Fasa : Fasa pertama

Alamat Penuh Lokasi : Kompleks JKKR Felda Gunung Besout 02,

35600 Sungkai,

Perak Darul Ridzuan.

Tarikh Lokasi Mula Beroperasi : 29 Mac 2010

URL Lokasi : http://www.desaku.com.my/group/gunungbesout2

Nama Ketua Masyarakat : Encik Sabli Bin Sadari (Ketua Peneroka Felda Gunung Besout 2)

Maklumat Am

Felda Gunung Besout seringkali menimbulkan persoalan pada sesiapa yang pertama kali mendengarnya. Ini kerana ramai yang akan tertanya-tanya apakah simbolik mahupun kisah di sebalik kewujudan nama tersebut. Hasil temubual kami dengan beberapa orang penduduk yang telah bermastautin lebih 30 tahun di kawasan Felda Gunung Besout 2 (FGB2) ini, Felda ini telah mendapat namanya hasil daripada perbuatan bersahut-sahutan. Menurut kisahnya lagi,dahulunya kawasan petempatan ini sebahagian daripadanya adalah kawasan hutan tebal dan memerlukan aktiviti seperti tebas-menebas kawasan hutan. Semasa aktiviti tersebut dilakukan, terdapat dua bersaudara yang terpisah dan saling bersahutan untuk bertemu kembali dan dari perbuatan itu,wujudlah nama BESOUT yang terus kekal sehingga ke hari ini.

FGB2 telah dibuka dari tahun 1974 -1988 dan kebanyakan penduduk disini mengusahakan tanaman kelapa sawit. Felda ini berkedudukan 130km dari bandaraya Kuala Lumpur dan 115km dari bandaraya Ipoh. Keunikan felda ini terletak pada kawasan petempatannya sendiri iaitu terbahagi kepada dua dimana di kawasan Besout 2 induk didiami 339 rumah peneroka manakala bakinya sebanyak 156 rumah peneroka terletak di Besout 2 tambahan. Hasil daripada permuafakatan, wujudlah 10 unit kampung yang sangat unik iaitu :

1-Unit Aman

2-Unit Sepakat

3-Unit selesa

4-Unit Muhibah

5-Unit Harmoni

6-Unit Permai

7-Unit Berkat

8-Unit Damai

9-Unit sempurna

10-Unit Bahagia

Keunikan unit ini ditambah lagi apabila ia menggabungkan 2 dan 3 blok sebagai 1 unit kampung kecil dan setiap unit mempunyai mercu tanda, plan kampung, nama ahli blok dan motto yang dapat dilihat di permulaan pintu masuk unit kampung tersebut.

Selain daripada peneroka, populasi rancangan ini juga terdiri daripada kakitangan dari kumpulan Felda iaitu FPISB, FTPSB, FPSB dan juga dari pelbagai agensi yang memberi khidmat kepada komuniti di sini.

ANUGERAH YANG PERNAH DIMENANGI OLEH KAMPUNG INI :

2000, 2001 & 2003

-Anugerah Johan Kawasan Kampung Terbaik Wilayah Ipoh-

2004

-Johan Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Masjid Negeri Perak-

2005

-Johan Khas Koperasi Peneroka Peringkat Negeri Perak-

-Johan Anugerah Majlis Belia Felda Peringkat kebangsaan 2007 bagi Kategori Membanteras Gejala Sosial-

-Johan Anugerah Majlis Belia Felda Peringkat Kebangsaan (Kategori Membanteras Gejala Sosial)-

-Tempat Kedua Syarahan Dan Tempat Ketiga Pertandingan Tilawah Dan Nasyid Anjuran MBF-

JKKR Felda Gunung Besout 2

JKKR Felda Gunung Besout 2 terdiri daripada 20 ahli jawatankuasa yang telah dibahagikan kepada tugas-tugas dan tanggungjawab tertentu.

CARTA ORGANISASI JKKR Felda Gunung Besout 2

1-Pengerusi

En. Fadzil Bin Mansor

2-Timbalan pengerusi

En.Sabli bin Sadari

3-Setiausaha

En.Talip bin Sidik

4-Bendahari

Hj Ruslan bin Selaman

5-Biro Pendidikan

En.AK Sani bin Ahmad

Wanita

Wanita merupakan pendukung kepada pembangunan negara. Kejayaan kaum wanita juga menjadi sumber aspirasi kepada masyarakat dalam mengorak langkah lebih jauh untuk menghadapi cabaran mendatang. Wanita juga merupakan tulang belakang dan tiang kepada negara, maka haruslah peka terhadap senario perubahan yang berlaku secara bijaksana berteraskan kepada semangat membangunkan nilai-nilai kemanusiaan dan kasih sayang sejajar dengan pembentukan masyarakat penyayang. Kini penglibatan kaum wanita Kampung Kanchong Darat untuk menceburi diri dalam pelbagai sektor industri seperti kecantikan, makanan, pakaian dan lain–lain telah berjaya menyumbang dan meningkatkan taraf ekonomi keluarga, masyarakat dan negara.

"Tangan yang menghayun buaian boleh menggegarkan dunia"

"Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya"

"Yang bulat tidak akan datang bergolek"

"Yang pipih tidak akan melayang"

"Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"

"Majulah wanita untuk agama, bangsa, dan negara"

Beberapa pertubuhan wanita yang ada di Felda Gunung Besout 2 :

  • Gerakan Persatuan Wanita (GPW)
  • KEMAS

Antara program-program yang dijalankan oleh Kumpulan Pengembangan Wanita (KPW) Felda Besout 2 adalah seperti berikut :

  • Menyertai landskap di Felda Gugusan Besout
  • Menyertai kursus biskut dan pastri Felda
  • Menyertai kursus jahitan sulaman di komuniti.
  • Mengadakan jualan harian di Pasar Hari Felda Gunung Besout.
  • Mengadakan mesyuarat agung GPW.
  • Kursus simpan kira di Jabatan Pertanian Daerah Batang Padang.
  • Kursus menjahit di Trolak Country Resort.
  • Lawatan sambil belajar ke Langkawi.
  • Menerima tempahan katering sempena majlis kenduri kahwin.
  • Sambutan Hari Raya di Dewan Serbaguna Felda Gunung Besout 2.
  • Sambutan kemerdekaan 31 Ogos di Dewan Serbaguna Felda Gunung Besout 2.
  • Mengadakan sambutan Maal Hijrah di Dewan Serbaguna Felda Gunung Besout 2.
  • Menerima peserta homestay dari dalam dan luar negara.
  • Menerima lawatan peserta homestay dari Jepun dan Brunei di majlis perkahwinan.

LAWATAN KE FELDA GUNUNG BESOUT 2 DARI DALAM DAN LUAR NEGARA

Seramai 50 orang pelajar yang terdiri daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) hadir turun padang ke sini bagi menjalankan aktiviti soal penyelidikan tentang ulat bungkus dan mengenalpasti langkah-langkah penyelesaiannya.

Selain itu, Felda Gunung Besout 2 juga menjadi tumpuan Pemimpin Peringkat Daerah, Negeri dan Persekutuan bagi menyelami kehidupan dan permasalahan komuniti disini. Malah, lawatan dari Delegasi Luar Negara turut berlangsung sepanjang tahun. Ini termasuklah wakil delegasi dari rantau Asia seperti Indonesia, Burma, Thailand, dan Brunei. Bukan itu sahaja negara-negara seperti Brazil, Afrika Selatan dan juga Negara dunia ke 3 turut meninggalkan kenangan di Felda Gunung Besout 2 ini. Kunjungan ini dapat memupuk semangat kerjasama antara wakil pemimpin setempat dan wakil dari luar yang juga membantu untuk bertukar-tukar fikiran dan pendapat selain melihat suasana dan budaya persekitaran yang berbeza dari negera mereka.Malah diharapkan juga kunjungan ini dapat membantu mengeratkan hubungan dua hala dan mempromosikan Felda Gunung Besout 2 ke peringkat antarabangsa.

Belia

Belia merupakan aset dan harapan kepada negara. Negara memerlukan belia yang mempunyai ilmu pengetahuan, berketrampilan, berkemahiran dan berdaya saing dalam memacu nadi pembangunan negara. Belia juga mencorakkan imej dan identiti ke arah kemajuan dan perpaduan sesebuah kampung. Golongan belia terdiri daripada golongan muda sama ada lelaki atau perempuan, berumur dari 15 hingga 40 tahun. Golongan inilah yang merupakan penggerak dalam bidang politik, sosioekonomi, pendidikan, agama dan kebudayaan.

Belia di Felda Gunung Besout 2 ini terlibat aktif dalam sukan seperti bola sepak, badminton, juga futsal. Mereka juga sentiasa memberikan komitmen dalam menjayakan aktiviti atau program komuniti yang dijalankan di felda ini seperti gotong-royong, sukaneka dan pelbagai lagi. Selain itu, terdapat belia yang menceburi bidang keusahawanan seperti membuka Cyber Cafe, Kedai Makan, Bengkel Kereta, dan lain-lain. Malah terdapat juga belia wanita yang membuka kelas asas solekan bagi memenuhi masa lapang belia wanita yang lain. Selain itu, kelas jahitan, perniagaan cake dan cup cake, kuih-muih tradisional dan kerepek, salun kecantikan turut diadakan. Manakala bagi belia lelaki mereka mengisi masa lapang dengan bermain futsal, sepak takraw, badminton dan bola sepak di padang-padang yang disediakan di Felda Gunung Besout 2.

Selain itu, belia juga aktif melibatkan diri dalam program-program seperti:

Pertanian

: Penyediaan benih kelapa sawit

Penternakan

: Ternakan ayam, lembu dan kambing

Perikanan

: Kolam ternakan ikan talapia

Perusahaan

: Membuat simen fero, kerja kimpalan besi dan tanggam, cendawan, kerepek ubi

Penglibatan dan sumbangan belia kepada masyarakat dan kampung seperti:

  • Kehadiran pembesar, pemimpin negeri dan negara.
  • Majlis-majlis perkahwinan di dalam atau di luar kampung.

PROGRAM 'HOMESTAY'

  • Aktiviti 'homestay' menjadikan kampung ini terkenal untuk program 'anak angkat' terutamanya kepada para pelajar universiti bagi mengenali cara hidup dan budaya masyarakat di sini.

Alamat:

Bangunan JKKR Felda Gunung Besout 2, 35600 Sungkai,Perak darul Ridzuan. Tel : 05-4312595

Maklumat lanjut mengenai 'homestay' sila hubungi:

-Puan Khatijah Binti Awang desa : 013-5900016

-Puan Haslina Hanim Binti Mohd Shahrani : 019-6107785

Senarai peserta yang pernah mengikuti program Homestay di Felda Gunung Besout 2

  • Saudara mara penduduk Felda Gunung Besout 2
  • Peserta kursus INFRA dari daerah-daerah negeri Perak
  • Mahasiswa mahasiswi dari UPM, UPSI, UKM,UM,UITM

Keusahawanan

Felda Gunung Besout 2 sangat terkenal dengan pelbagai perusahaan makanan tradisional seperti kerepek pisang, ubi, keledek dan keladi. Sebilangan penduduk mempunyai kilang persendirian yang didirikan di rumah mereka untuk menjual dan memasarkan produk makanan mereka.

Terdapat banyak perindustrian kecil di Felda Gunung Besout 2 yang diusahakan oleh penduduk kampung. Produk yang dihasilkan akan dipasarkan di sekitar Daerah Batang Batang, Daerah Slim River, dan negeri-negeri lain. Produk makanan ini mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya apabila menjelang musim perayaan.

Selain itu, terdapat juga perusahaan produk sejuk beku, makanan tradisional, dan bakeri. Keusahawanan dalam bidang kraftangan pula adalah seperti produk dari barangan terbuang, contohnya botol air mineral, kertas surat khabar. Malah terdapat juga kraftangan bunga yang diperbuat daripada daun getah. Selain itu terdapat perusahaan pembuatan Golok dan keris yang amat mendapat sambutan menggalakkan.

PROJEK TERNAKAN

Bil Jenis Ternakan Sistem Ternakan

1. Ternakan lembu daging : Kandang

2. Ternakan kambing daging : Kandang

3. Ternakan ayam daging : Reban

4. Ternakan ikan air tawar : Sistem kolam

(Ikan keli dan talapiah)

Kemudahan Asas

Felda Gunung Besout 2 mempunyai kemudahan asas seperti rangkaian jalan raya, air dan elektrik yang sangat baik selain pengangkutan awam yang ada seperti bas dan teksi. Pihak berkuasa tempatan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam di sini seperti dewan orang ramai, balai JKKR, tadika, sekolah, masjid, surau dan lain–lain. Selain itu, terdapat kemudahan yang lain seperti menara pencawang dan kedai makan. Segala kemudahan yang disediakan adalah bertujuan untuk memudahkan orang ramai menjalankan aktiviti seharian dan diharap dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM DI FELDA INI

BIL JENIS KEMUDAHAN JUMLAH

1. Masjid Jamek 1

2. surau 1

3. Dewan 1

4. Padang awam 2

-Padang bola Dewan Serbaguna (induk) 1

-Padang bola Surau (tambahan) 1

5. Tabika 2

6. Sekolah Kebangsaan 1

7. Sekolah Rendah Agama 1

8. Pusat Kesihatan 1

Kesihatan

Kesihatan yang baik amat penting bagi setiap komuniti. Untuk tujuan itu, Felda Gunung Besout 2 mempunyai kemudahan untuk mendapatkan rawatan kesihatan terutama kepada penduduk kampung yang memerlukan khidmat tersebut.Walaupun berkongsi dengan Felda Gunung Besout 3, penduduk di sekitar tidak terabai tahap kesihatannya.

p/s : setakat ni je la info yang cik ana dapat kongsi..ni kire latest info jugak ni sebabnye dorang last updated info ni 1 MAC 2011..ha memang latest la kan??

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

Segamat

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

Kuantan

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

G. Musang

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

Trolak

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

J. Bahru

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

Terengganu

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

Mempaga

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

A. Setar

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

Jengka

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

Sahabat

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu

Felda

  • sab0 agi ?? tunggu agi ?? - nk kena sab0 agi ?? tunggu agi ?? x tau nk ckp cmne dh.. dh cube sume.. 2 taun dh.. xpe laa.. sab0 laa... sab0 la slagi ley sabooooooooooooooooooooooooooo...
    2 tahun yang lalu