felda air tawar - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda air tawar - Google Blog Search |
MENELUSURI TAPAK-TAPAK SEJARAH DI SUNGAI JOHOR Posted: 14 Mar 2011 08:47 AM PDT Membuka tirai cuti persekolahan dengan kursus sememangnya menjengkelkan bagi sesetengah orang. Tetapi tidak bagi saya. Apatah lagi kursus yang diadakan sangat-sangat mengujakan dan menarik. Pelawaan Yayasan Warisan Negeri Johor untuk saya mengikuti kursus anjuran mereka selama 3 hari 2 malam sudah pasti tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Rasanya mungkin inilah peluang sekali seumur hidup menelusuri Sungai Johor. Lepas ni tak tahulah bila lagi dapat peluang macam ni. Hari pertama (Jumaat 11.3.2011) Pada sebelah pagi saya ke sekolah seperti biasa dan pulang seperti biasa pada jam 12.30 tengah hari. Agak risau juga sebab saya belum mengemaskan pakaian dan keperluan untuk mengikuti kursus. Selepas sekolah saya bergegas pulang ke rumah dan meyediakan semua keperluan. Lebih kurang 2.15 saya mula bertolak ke Felda Ulu Belitong untuk menemui rakan yang mengikuti kursus yang sama. Sebelum tu saya sempat mengisi minyak di Kluang. Selepas mengisi minyak baru saya teringat yang tudung saya (yang telah digosok dan berhanger) tertinggal di rumah. (Sebenarnya banyak lagi barang yang tertinggal.... huhuhu... tu la.. kemas last minute.... Tudung yang saya pakai tu saje la yang saya ade... nak patah balik orang kata tak elok. Jadi saya teruskan perjalanan.... Sampai di rumah kawan di Felda Ulu Belitong, saya pun memakir kereta di rumahnya dan menaiki kereta teman saya itu untuk ke Hotel Myres Kota Tinggi. Bila saya beritahu kawan saya ni yang tudung saya tertinggal terus dia kata jangan risau.. Kota Tinggi memang kota membeli belah pakaian especially tudung... Bila dengar kata-kata member tu apalagi memasang angan2 la nak menyopping.... Selepas check-in di Hotel Myres kami pun solat Asar terlebih dahulu dan kemudian keluar semula untuk Teringat nak balik semula ke hotel bila perut dah mula berkeroncong... sampai di hotel... makan malam. Lepas Maghrib terus turun semula ke tingkat 8 untuk menghadiri aktiviti pertama kursus. Dalam perjumpaan pertama ni barulah saya tau... rupa-rupanya ramai yang tidak hadir. Mungkin sebab permulaan cuti. Dalam perjumpaan pertama ni kami diminta memberi laporan perkembangan penulisan artikel tokoh guru yang sedang kami laksanakan. Part ni yang best... sebab kami beramai-ramai tak siapkan lagi tugasan tu. Tapi ada sorang cikgu tu dari Kota Tinggi rasanya siap jadi folio tu... Tebal betul biografi dia. Lepas mendengar taklimat tentang program hari esok kami pun bergambar. Tengok... PPD Kluang dua orang tu turun padang..... Hari kedua (12.3.2011) Esoknya kami check-out dari hotel pada jam 8.00 pagi dan meletakkan kenderaan masing2 di Muzium Kota Tinggi. Dari sini kami berkumpul untuk menaiki bas ke Kota Gemerlapan. Dah lama tak naik bas. Sekali sekala seronok jugak. Rasa macam ikut rombongan Sampai di Kota Gemerlapan kami diberi taklimat ringkas. Selepas membaca doa kami diberikan jaket keselamatan setiap orang.. (Ye la.. takkan nak share pulak kan...) Bergambar bersama pemilik jeti Kota Gemerlapan. Pasukan bomba yang mengiringi bot kami. Tempat pertama yang kami tujui ialah Makam Laksamana Bentan atau dikenali juga sebagai Megat Seri Rama. Kenal tak Laksamana Bentan? Ala.. ni yang isterinya Dang Anum mati dibelah perut oleh Sultan Mahmud Shah II akibat seulas nangka. Tapi di sini kami tidak berhenti.. setakat tengok dari bot sahaja. Selepas tu kami menuju ke Kampung Makam. Dari Jeti Kampung Makam kami berjalan kaki menuju ke Kota Touhid. Dari Kota Tauhid kami ke Makam Bendahara Tun Habab (Habib) dan akhir sekali ke Makam Sultan Mahmud mangkat dijulang. Bangunan yang berwarna kuning itulah makam Laksamana Bentan bersama isteri dan anaknya yang mati dibunuh. Melihat panorama bandar Kota Tinggi dari Sungai Johor Di Kota Touhid Rasa tenang aje berada kat tempat ni... Makam Tun Habab Kawasan ni dikatakan lokasi pembunuhan Sultan Mahmud Makam Sultan Mahmud Dalam kawasan makam Sultan Mahmud. Kubur kucing bertanduk salah satu contoh rumah limas negeri Johor yang terdapat di Kampung Makam Dari Kampung Makam kami meneruskan lagi perjalanan bot kami menuju ke Kota Seluyut. Sebaik tiba di Jeti Kota Seluyut kami terpaksa mendaki bukit yang agak tinggi sebelum sampai ke Makam Sultan Muzaffar Syah II, adindanya Raja Fatimah dan Sultan Abdul Jalil Shah I. Keistimewaan Kota Seluyut ni juga ialah tempat lahirnya Tun Sri Lanang. Perjalanan dengan bot diteruskan lagi. Selepas ini kami berhenti di Kota Batu Sawar pulak. Kota Batu Sawar ni didirikan oleh Sultan Ali Jalla Abd. Jalil. Selepas serangan daripada angkatan perang Jambi pada tahun 1670 (semasa pemerintahan Abd. Jalil Shah III) baginda melarikan diri ke Pahang dan tempat ini tidak lagi dijadikan pusat pemerintahan. Sama dengan nama bot yang saya naiki... BAHTERA BATU SAWAR Dari Kota Batu Sawar kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Kota Panchor. Kota ini merupakan pusat pemerintahan terakhir kerajaan Johor yang terletak di persisir sungai Johor. Sultan yang bertanggungjawab membina kota ini ialah Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Makam Sultan Abd. Jalil IV Di papan tanda Makam Dara Puteh Dalam gambar ni En. Hamzah (PPD Kluang), Tumiah Zakaria (GC Sejarah Daerah Kluang) dan En. Sufian (PPD Daerah Kluang) Selepas Kota Panchor kami dibawa pula ke Kota Johor Lama. Sebelum sampai di Kota Johor Lama bot kami melencong ke arah jambatan baru yang menghubungkan Pasir Gudang dengan..... Teluk Sengat (kot...) tak ingatla... Bot Yang satu lagi terus ke Kota Johor Lama. Setelah lima jam menelusuri Sungai Johor akhirnya kami tiba di Bob Homestay yang terletak di Kota Johor Lama. Sampai je terus makan tengah hari. Lapar sangat rasanya... Sampai kat bilik terus mandi dan solat jamak. Belum sempat berehat siren dah dibunyikan untuk peserta berkumpul semula. Tak sempat baring pun lagi. Dah kena bergerak ke Muzium Johor Lama. Nasib baik disediakan van. Kalau tak... tak larat dah rasanya nak berjalan... Cantik sangat muziumnya. Kota Batu Johor Lama ni dibina oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II pada tahun 1540. Kedudukannya terletak di atas Tanjung Batu, Kampung Johor Lama. Kota ni pernah jadi pusat perdagangan antarabangsa. Selesai acara siang, kami dipenatkan lagi dengan aktiviti pada sebelah malam. Pada sebelah malamnya ni kami didendangkan dengan seminar Pemupukan Patriotism melalui Sejarah Kerajaan Johor Lama oleh Hj. Kamdi (Idola saya kat Yayasan ni...). Yang bestnya dalam seminar ni saya dapat dua hadiah. Agaknya penganjur pun tau yang masing2 tak ada mood sebab kepenatan jadi dia sediakanlah hadiah. Hadiah mula-mula saya dapat sebuah buku yang bertajuk 'Kata-Kata Hikmat Dato' Onn Jaafar' sebab dapat jawab soalan tentang nama perjanjian yang ditandatangani yang menyebabkan perpecahan wilayah Johor. Lepas tu saya dapat lagi satu hadiah sebuah buku "sejarah 50 Tahun Kemerdekaan' yang ni buku mahal. Ada dua naskah aje dia sediakan. Syaratnya kena cipta syair dan bersyair. Disebabkan saya nak sangat buku tu jadi saya pun bersyairlah.... Bolehlah... tak la teruk sangat.... hihihi.... habis tajuk pertama, masuk pula tajuk seminar kedua iaitu Mengenali Arkeologi Sungai Johor. Masa ni ngantuk memang ngantuk tapi tajuknya dan cara penyampaian penceramah amat best. Tak jadi ngantuk.... Pada malam ni juga saya berpindah tempat tidur ke Felda Air Tawar 5 atas pelawaan seorang teman iaitu kak Norhuda. Terharu sangat atas layanan belaiu dan keluarganya. Homestay tempat kami menginap tu kurang kondusif sebenarnya... tandasnya ... (malas la nak cerita..) paham2 je la... Hari Ketiga.(13.3.2011) Muka dah ketat dah. Sunburn pulak tu... tak sabar nak balik... penat... Lepas acara penutupan kami menaiki bas untuk ke Muzium Kota Tinggi tempat kereta2 kami diletakkan. Sebelum balik sempatlah menjengah masuk ke Muzium... Tapi masuk sekejap je... Lepas solat jamak di masjid bersebelahan muzium saya dan rakan saya Tumiah berpoya-poya di bazar Kota Tinggi. Tumiah beli tudung. Tapi saya kali ni beli baju kurung untuk dihadiahkan pada mak. Lepas beli sedikit buah tangan kami pun bergerak balik semula ke Kluang.... Opppssss lupa nak bagi tau... setelah kami disajikan dengan aktiviti yang sangat menarik ni... seperti biasalah (ada udang di sebalik batu kan...) hehehe... tak adelah... kami diminta untuk menghasilkan penulisan sejarah daerah masing2 secara berkumpulan. Wawawawawaa..... tak dapat nak elak dah..... PPD dua orang pulak tu... Takpe... kerana terhutang budi dengan Yayasan, kami sanggup pikul tanggungjawab ini seikhlas hati kami. Insyaallah..... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda air tawar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |