{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search


Streamyx lemah semula di <b>Lahad Datu</b> - LAMAN KL-TODAY.COM

Posted: 27 Feb 2011 07:39 PM PST

Posted by admin on February 28th, 2011

Mohd `Adlan Bin Mohd Shariffuddin

LAHAD DATU – Pengguna Streamyx di Felda Sahabat, Lahad Datu membuat laporan semula tentang capaian Streamyx yang lembab sejak 11 hari lalu. Laporan tersebut telah dibuat pada 18 Februari selepas kelajuan yang direkodkan oleh TM Speedometer jatuh kepada 49 kbps pada hari sebelumnya. Beberapa pengguna merungut bahawa kelembapan capaian tersebut telah berlaku sejak beberapa hari lebih awal.

Sebelum ini, satu laporan telah dibuat pada 23 Disember tahun lalu menerusi saluran TM 100 atas sebab yang sama, tetapi masalah tersebut hanya dipulihkan pada 20 Januari tahun ini selepas 29 hari.

Walau bagaimanapun, kelajuan yang pulih tersebut hanya bertahan tidak sampai sebulan sebelum kelajuannya jatuh semula, menyebabkan pengguna sakit hati dan membuat aduan semula. Paling teruk, kelembapan tersebut berlaku sepanjang masa walaupun selepas tengah malam atau hujung minggu.

Faisal, seorang guru berkata, "Masalah ini betul-betul menyusahkan saya. Saya tidak dapat buat banyak kerja saya dengan baik. Sampai hendak tempah tiket AirAsia atau urusan bank di atas talian pun susah".

Beberapa pengguna berkata, mereka tidak menerima sebarang pampasan atau pengurangan dalam bil Streamyx mereka, walaupun capaian Internet untuk tempoh tersebut jatuh kepada 3 kbps yang paling teruk.

Tarikh, Masa

Kelajuan Pindah Turun (kbps)

17/2/2011, 22:20

49

18/2/2011, 14:57

60

24/2/2011, 20:05

18

26/2/2011, 21:11

9

27/2/2011, 11:02

7

Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa pasukan Pakar TM masih gagal membaiki capaian Internet yang super lambat di Felda Sahabat walaupun laporan telah dibuat sejak 23 Disember tahun lalu. Beberapa penduduk setempat mengadu bahawa mereka hanya menerima kelajuan pindah turun sebanyak tujuh kbps, dan hal ini telah mengganggu pusat siber tempatan daripada beroperasi.

-KLToday.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat