{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemelah - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemelah - Google Blog Search


28 generasi ke2 <b>Felda Kemelah</b> terima Notis 5A

Posted: 04 Apr 2011 10:49 PM PDT

FELDA KEMELAH - 28 orang dikalangan generasi kedua Felda Kemelah telah menerima Notis 5A (persuratan hakmilik dan bayaran premium) yang telah disampaikan oleh Datuk Ayub Rahmat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah semalam di Dewan Serbaguna Felda Kemelah.


Sebahagian generasi kedua Felda Kemelah

Jumlah ini adalah terdiri daripada mereka yang telah membuat rayuan selepas penyampaian pertama pada tahun 2007. Ketika itu seramai 98 orang generasi kedua Felda Kemelah telah menerima Notis 5A tersebut dan sebahagian kerja-kerja pengukuran telah dilakukan oleh Pejabat Tanah Segamat.

Ayub Rahmat berkata, kesabaran itu penting dalam permohonan sesuatu tidak semestinya hari ini kita mohon, esok kita terus dapat. Seharusnya masyarakat redha dengan ketentuan qada dan qadar Allah. Inilah sebenarnya perjuangan UMNO. Sebagai ahli parti kita seharusnya berganding bahu membantu parti.

"Permohonan ini telah diluluskan oleh YAB Menteri Besar Johor dan kita rakyat negeri Johor seharusnya membalas dengan kesetiaan kepada kerajaan sedia ada," katanya lagi.

Selain daripada itu, Ramali Rahamat, Ketua Kampung Felda Kemelah berkata beliau bersyukur ADUN Kemelah sentiasa prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh masyarakat khususnya di DUN Kemelah. Beliau sentiasa menyokong pemberian notis 5A ini dan mengharap generasi kedua Felda Kemelah terus menyokong dan membantu merealisasikan hasrat kerajaan.

Turut hadir Fadli Sufian Laili, Penolong Pentadbir Tanah dan Pengurus Felda Kemelah. Menurut wakil daripada pejabat tanah Segamat penerima hanya perlu membayar premium cuma sebanyak 15 peratus daripada harga pasaran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat