felda sungai tengi - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sungai tengi - Google Blog Search |
Posted: 21 May 2011 09:27 AM PDT Hasil daripada perbincangan yang diadakan diantara Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat Pusat pada 18hb Mei 2011 dengan YB Elizabeth Wong di pejabat Ahli Exco itu, satu mesyuarat khas telah diadakan diantara Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Selangor telah diadakan di Pejabat Parti Keadilan Rakyat Ranting Felda Suharto pada 21hb Mei 2011. Mersyuarat yang diadakan pada hari ini memperincikan tindakan-tindakan yang bakal diambil untuk pembelaan terhadap peneroka-peneroka Felda Gedangsa yang melibatkan diri dengan perusahaan kolam ikan air tawar. YB Elizabeth Wong telah memperakukan bahawa kolam ikan air tawar di Felda Gedangsa telah dibincangkan diperingkat Kerajaan dan apa yang perlu dilakukan ialah untuk mengemukakan secara rasmi permohonan oleh penternak-penternak ikan air tawar tersebut untuk mendapatkan tol bagi tanah-tanah yang telah diusahakan sebagai kolam ikan tersebut. Sebuah Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh seorang penternak ikan air tawar Felda Gedangsa telah ditubuhkan bagi pelaksanaan tindakan kearah mendapatkan tol daripada Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor. Perkara kedua yang dibincangkan adalah pengeluaran geran tanah yang melibatkan ladang-ladang bagi peneroka-peneroka Fasa 6 di Felda Suharto. Peneroka-peneroka tersebut telah lama menjelaskan BK mereka kepada Felda dan menjelaskan CAC melalui Felda tetapi geran tanah mereka masih dinafikan. Begitu juga dengan peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan, mereka masih belum menerima geran tanah mereka. Dibawah Akta Tanah Berkelompok atau Group Settlement Act, mana-mana Peneroka yang sudah menjelaskan BK mereka dan sudah menjelaskan CAC mereka berhak menerima geran tanah masing-masing. Tidak ada usaha dari Felda untuk mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya geran tanah dapat dikeluarkan. Satu Jawatankuasa Bertindak yang dipengerusikan oleh Sdr Amri Zainol telah ditubuhkan untuk peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto telah ditubuhkan untuk menyenaraikan semua peneroka-peneroka yang terlibat dan satu tindakan akan diambil samada melalui Felda atau terus kepada Kerajaan Negeri Selangor supaya geran tanah peneroka-peneroka ini dapat dikeluarkan dalam jangka masa yang terdekat. Dibawah GSA 1960, hanya Kerajaan Negeri sahaja yang berkuasa keatas tanah, dan Felda hanyalah dilantik sebagai agensi pengurusan, dan Kerajaan Negeri berhak mengeluarkan geran tanah samada Felda memberikan persetujuan atau sebaliknya. Peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan yang telah lama menjelaskan BK dan CAC juga dinafikan geran tanah masing-masing. Sdr Abd Aziz dilantik mempengerusikan Jawatankuasa Bertindak bagi pengeluaran geran untuk tanah-tanah di Felda Sungai Tengi Selatan. Kedua-dua Jawatankuasa ini akan mengemukakan Memorandum mereka kepada YB Elizabeth Wong semasa lawatan Ahli Exco itu ke Felda Sg Tengi Selatan dan Felda Suharto pada 21hb Jun 2011 nanti. YB Elizabeth Wong akan juga melawat Felda Sg Tengi dan Felda Gedangsa. Majlis-majlis Dialog akan diadakan di Felda Suharto diantara peneroka-peneroka Felda Hulu Selangor dengan YB Elizabeth Wong. Satu Jawatankuasa Bertindak yang dipengerusikan oleh Peguam Abd Nasir telah ditubuhkan bagi memperincikan tindakan-tindakan untuk pelaksanaan projek perumahan untuk anak-anak peneroka Felda Hulu Selangor diatas tanah seluas 32.6 hektar, tanah Kerajaan yang dikenalpasti didalam perimeter Felda Suharto. Pembinaan rumah mampu-milik itu akan diserahkan pelaksanaannya kepada Perbadanan Kerajaan Negeri Selangor (PKNS). Sementara itu mesyuarat bersetuju untuk mengadakan Pelancaran Pemansuhan Felda Plantation yang akan diadakan di Felda Sungai Tengi, dan tarikh pelancaran itu tertakluk kepada tarikh yang ditetapkan samada oleh Timbalan Presiden KEADILAN, Sdr Azmin Ali, atau oleh Setiausaha Agung KEADILAN Sdr Saifuddin Nasution atau oleh Naib Presiden KEADILAN YB Nurul Izzah Anwar. Biro Masyarakat Felda PKR Pusat telah mencadangkan dan tarikh secara tentatif telah pun dipersetujukan bersama-sama YB Elizabeth Wong untuk diadakan DISKUSI MENGENAI GSA dengan peserta-peserta terdiri daripada Ahli-Ahli Exco dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor serta Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Selangor, serta para peguam Pakatan Rakyat dan Ahli-Ahli Akademik pada 14hb Jun 2011 jam 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat SUK Negeri Selangor. Tujuan diskusi ini adalah untuk pemahaman bersama mengenai Group Settlement Act dan kuasa-kuasa Kerajaan Negeri dengan kuasa-kuasa Felda, sehingga kini, apabila disebut sahaja GSA, semua pihak menyatakan bahawa semua kuasa berada di tangan Felda, sehinggakan kuasa-kuasa Kerajaan Negeri keatas tanah secara mutlak juga diserah kepada Felda. Tindakan-tindakan yang bakal diambil diatas akan mempastikan Kerajaan Negeri yang sebenarnya berkuasa dibawah GSA akan dapat melaksanakan tugasnya dan tidak menyerahkan kuasanya kepada Felda, dan justeru itu geran-geran tanah bagi Felda Suharto dan Felda Sungai Tengi Selatan akan dapat diserahkan kepada peneroka-peneroka Felda melalui kuasa dan tindakan Kerajaan Negeri Selangor. Sumber: http://lubokkawah.blogspot.com/ Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah | BLOG - BLOG PARTI PKR Posted: 21 May 2011 11:39 PM PDT Saya sampai di rumah Sdr Rosni Arshad di Felda Keratong 6 lebih kurang jam 2.45 petang, 20.5.11 untuk menghadiri Majlis Taklimat mengenai Buku Jingga, perkara 8, Pemansuhan Felda Plantation bertujuan mengagih-agihkan lot-lot ladang kepada yang layak menerimanya terutamanya anak-anak peneroka Felda dari Generasi Ke-2 dan Ke-3. Pada waktu itu Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin bersama isterinya sudah berada di rumah Rosni. Sdr Hamsi dan isterinya juga sudah berada disana. Mulai jam 3.00 petang, rumah Rosni itu sudah mulai didatangi oleh peneroka-peneroka Felda dari seluruh kawasan Keratong, peneroka-peneroka dan generasi ke-2 dan ke-3, ada yang berkereta dan ada yang bermotosikal. Peneroka-peneroka dari Felda Keratong 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, dan 10 dan dari Selancar 1, 2, 3, 4, 5, lelaki dan wanita sehingga memenuhui ruang rumah Rosni sehingga lutut bertemu lutut, dan begitu juga dibahagian yang ditempatkan untuk wanita. Rabidin memperkenalkan para hadirin kepada saya, tetapi beliau sendiri pun tak pernah tengok dengan mereka yang datang itu. Tak disangka-sangka 50% dari hadirin itu adalah ahli-ahli UMNO, hanya 29% dari PAS dan 21% dari PKR. Saya memulakan penerangan dengan merujuk kepada perkara 8 Buku Jingga yang menyebutkan bahawa Pakatan Rakyat akan memansuhkan Felda Plantation dalam tempoh 100 hari PR memerintah Negara ini selepas PRU-13. Jika PR gagal memerintah selepas PRU-13, maka hasrat PR untuk memansuhkan Felda Plantation akan hanya tinggal sebagai satu agenda yang perlu diperjuangkan tetapi tidak berkuasa memansuhkannya. Saya menyatakan bahawa hasil daripada Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, dan apabila dikumpulkan undi-undi didalam kawasan DUN di Sarawak, memungkinkan PR akan menawan tidak kurang dari 7 kawasan Parlimen di Sarawak. Dengan perkembangan yang ada di Sabah, paling minima kawasan Parlimen yang boleh dimenangi adalah 5 kerusi, dan di Semenanjung Malaysia pula memungkinkan pertambahan kerusi Parlimen bagi Pembangkang adalah tidak kurang dari 7 kerusi. Dengan pertambahan sebegini, PR akan menjadi Pemerintah baru bagi Malaysia selepas PRU-13, Insya Allah. Felda dan UMNO telah gagal dari semua sudut bagi membela nasib peneroka-peneroka Felda dan anak-anak mereka. Felda gagal mengembalikan dana tanam semula untuk peneroka-peneroka yang tanam sendiri, Felda gagal menanam semula kebun-kebun peneroka yang tanam melalui Felda Technoplant, dan ladang-ladang yang ditanam oleh Felda Technoplant tidak dijaga dengan baik, semak, tidak dibaja (pembajaan hanya dibuat kepada dua tiga row sawit atau getah yang berhampiran dengan jalan sahaja) dan jika dibandingkan dengan getah/sawit yang ditanam sendiri oleh peneroka-peneroka cukup berbeza kesegaran pokok-pokok itu. Felda gagal menyerahkan Kunci Kira-Kira kepada peneroka-peneroka yang tanam melalui Felda, dan peneroka-peneroka hanya diberitahu bahawa mereka berhutang dengan Felda hingga RM70,000.00 - RM120,000.00 tanpa penyata kira-kira yang sah. Hutang peneroka-peneroka Felda bertambah dari masa ke masa apabila elaun sara hidup yang diterima oleh peneroka-peneroka juga dianggap sebagai hutang kepada Felda, manakala hasil pendapatan peneroka-peneroka dari ladang mereka tidak diberitahu dan berapa jumlah pendapatan itu dibayar untuk mengurankan hutang kepada Felda. Peneroka-peneroka yang sudah menjelaskan BK mereka dan juga CAC masih menunggu geran tanah mereka diserahkan kepada mereka, disesetengah rancangan Felda, Peneroka sudah menunggu hingga 14 tahun untuk mendapatkan geran. Secara umumnya, Felda masih gagal mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroka yang telah lama menjelaskan bayaran BK dan CAC. Felda juga gagal membayar kembali kepada peneroka-peneroka yang tanam sendiri wang yang dikumpulkan dari sumbangan peneroka setiap bulan didalam dana tanam sendiri. Selama berpuluh tahun Felda hanya membayar antara 17% - 19% sahaja peratusan perahan KPG menyebabkan setiap peneroka dalam tempoh 15 tahun kerugian tidak kurang dari RM50,000.00 seorang. Sebaik saja peneroka-peneroka berpakat untuk menyaman Felda mengenai perahan KPG ini, kebanyakan kilang-kilang Felda menaikkan peratusan perahan KPG kepada 20%-21%, ini menandakan bahawa Felda telah menipu perahan KPG ini selama berpuluh-puluh tahun. Ujian di makmal menunjukkan bahawa kebanyakan buah sawit di Malaysia ini berada pada peratusan yang sangat tinggi, iaitu sehingga 36% dan apabila dipadankan dengan proses MPOB maka peratusan yang kedapatan adalah tidak kurang dari 27% kepada buah-buah sawit yang normal tetapi kepada buah-buah sawit yang selama ini direject di Kilang-Kilang Felda masih boleh mendapat antara 21%-22% perahan KPG. Selama ini Felda dengan sewenang-wenangnya menolak buah-buah sawit yang dikatakan tangkai panjang, buah muda dan buah mekal, dan buah-buah jenis ini telah dihantar ke makmal dan memperolehi perahan sehingga 26%. Isu KGK bagi getah masih belum diuji di Mahkamah, tetapi Felda hanya membayar KGK ke tahap 45% sahaja sedangkan ujian makmal menunjukkan KGK yang diperolehi adalah melebihi 60%. Dengan masalah-masalah seumpama ini yang hanya menguntungkan Felda dan merugikan peneroka-peneroka, maka kepentingan peneroka tidak lagi dapat diperjuangkan oleh Felda dan UMNO, dan jika tidak berlaku perubahan kepada pentadbiran Negara selepas PRU-13 ini, peneroka-peneroka akan terus ditipu dan akan terus mengalami kerugian yang melampau. Saya menyatakan bahawa PR telah mengambil satu pendekatan yang positif sesuai dengan peruntukan yang dinyatakan didalam Group Settlement Act dan Ucapan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak semasa membentankan Rang Undang-Undang GSA di Parlimen pada 27hb April 2011, bahawa Felda Plantation akan dimansuhkan didalam tempoh 100 hari PR memerintah. Tun Razak tidak mengizinkan tanah-tanah kerajaan Negeri yang diserahkan kepada Felda diberi kepada syarikat-syarikat atau anak-anak syarikat; Felda telah jelas melanggar GSA dan ucapan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak. Diakhir ucapan saya, saya mengajak peneroka-peneroka menempahkan hidup baru kepada anak-anak mereka, supaya anak-anak mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan yang menganggur atau separuh-menganggur dengan menerima tawaran PR untuk menempatkan anak-anak itu sebagai peneroka baru. Semasa Borang Permohonan untuk Menjadi Peneroka Felda, peneroka-peneroka yang hadir dan generasi ke-2 dan ke-3 yang hadir telah mengambil Borang yang disediakan. Sehingga jam 5.00 petang, 268 keping Borang sudah diedarkan; tetapi sehingga jam 12.00 tengah malam, ramai lagi peneroka-peneroka yang hadir ke rumah Rosni untuk mendapatkan penerangan dan untuk mengambil Borang. Sehingga siang semalam pun (21.5.11), masih ramai peneroka-peneroka yang mendatangi rumah Rosni untuk mengambil borang dan mendapatkan penerangan. Peneroka-peneroka dari Keratong 1, 2,3,4,5 meminta saya hadir ke Majlis yang mereka akan anjurkan untuk tujuan sama begitu juga peneroka-peneroka dari kumpulan Keratong 8,9,10 dan Selancar 1,2,3,4,5, dan saya telah bincangkan dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat untuk memberikan tumpuan sehari atau dua hari suntuk kepada keperluan di kawasan Keratong ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda sungai tengi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |