{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai tengi - Google Blog Search


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah: Perjumpaan yang <b>...</b>

Posted: 16 May 2011 05:51 PM PDT

Saya bersama-sama dengan anggota-anggota Task Force Felda Negeri Selangor berpeluang menemui YB Elizabeth Wong di Pejabatnya di Shah Alam pada jam 5.30 petang semalam, hadir dipertemuan itu adalah Sdr Rebin Birham, Setiausaha Task Force Felda Selangor, Sdr Zulkifli, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Johor, Sdr Amri, Sdr Aziz kedua-duanya adalah Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Selangor, Sdr Cikgu Nahar dan rakannya daripada PAS.

Perbincangan kami adalah berpusat kepada kemudahan yang dipohon oleh peneroka-peneroka Felda Gedangsa, isu pemberian geran tanah kepada peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto, geran tanah untuk peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan dan tanah yang sudah dikenalpasti di Felda Suharto untuk perumahan generasi kedua.

Saya membukakan gelanggang perbincangan untuk mendapat tindakan terakhir dari YB Elizabeth Wong.

Mengenai tanah untuk perikanan air tawar di Gedangsa, YB Eli menyatakan bahawa perbincangan telah dibuat dengan Pegawai Daerah Hulu Selangor, dan Pejabat Tanah tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mengeluarkan tol dengan syarat Felda tidak menghalang kerana tanah itu dalam perimeter Felda, dan Kerajaan Selangor akan berbincang dengan Felda agar dapat memberi kebenaran.

Mengenai tanah fasa 6 di Felda Suharto itu, saya memberitahu YB Eli akan peruntukan yang ada didalam GSA dimana pihak berkuasa terhadap tanah adalah Kerajaan Negeri Selangor, dan mengikut GSA Felda hanyalah agensi pengurusan sahaja dan tidak ada kuasa terhadap tanah.

Saya ceritakan tentang apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Negeri Terengganu dulu di Felda Kerteh 1 dimana Felda menentang pemberian geran kepada peneroka-peneroka disana. Tetapi Kerajaan Negeri sebagai pihak yang berkuasa keatas tanah mengarahkan Pejabat Tanah berkenaan mengeluarkan geran tanah untuk ladang di rancangan itu untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka. Dan geran-geran tanah diberikan oleh Pejabat Tanah.

Saya nyatakan bahawa tanah di Fasa 6 Felda Suharto serta semua tanah di Felda Sungai Tengi Selatan boleh diberikan geran diatas kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Sdr Aziz menerangkan bahawa peneroka-peneroka di Felda Sungai Tengi Selatan sudah mendiami kawasan itu sejak 30 tahun yang lampau. Sudah lama menjelaskan BK (hutang kepada Felda) dan membayar CAC melalui Felda. Mengikut GSA, sebaik sahaja CAC sudah dijelaskan maka berhak bagi Kerajaan Negeri mengeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroka berkenaan walaupun tidak disyorkan oleh Felda. Itu hak Kerajaan Negeri, dan berharap Kerajaan Negeri dibawah Pakatan mengambil peluang dan melaksanakan peruntukan undang-undang seperti yang dinyatakan didalam GSA dan Kanun Tanah Negara.

Sdr Rebin memberitahu bahawa satu diskusi khas akan diadakan mengenai GSA (Group Settlement Act) untuk dihadiri oleh semua EXCO dan wakil-wakil rakyat PR di Selangor dan panel kepada diskusi itu terdiri daripada mereka yang pakar disegi undang-undang yang akan dipimpin oleh Sdr Sivarasa. Tarikh diskusi yang akan dijalankan di Sekretariat Negeri Selangor sudah ditetapkan dan dipersetujui oleh YB Eli.

Melalui diskusi itu, akan diperjelaskan undang-undang GSA dan kuasa-kuasa yang ada di tangan Kerajaan Negeri dan kedudukan Felda yang hanya berperanan sebagai pengurusan sahaja dan tidak mempunyai kuasa terhadap tanah. Namun, oleh kerana semua pihak sudah sepakat seolah-olah Felda berkuasa 100% terhadap tanah-tanah didalam rancangan Felda, dan semua pihak tidak didedahkan dengan Undang-Undang GSA dan ucapan Tun Razak semasa membentangkan Rang Undang-Undang GSA di Parlimen pada tahun 27.4.1960 dulu mereka mengandaikan bahawa Felda (and only Felda) berkuasa untuk pengurusan dan berkuasa keatas tanah, termasuklah kerajaan-kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Saya menerangkan bahawa apa yang didedahkan didalam Buku Jingga untuk PR memansuhkan Felda Plantation adalah sebenarnya sudah termaktub didalam GSA dan tak perlu menunggu PR memerintah Putrajaya untuk melakukannya. Hanyakan, Felda sudah pasti menjadikan isu ini isu yang panas, dan tak akan sudah-sudah menyerang pemansuhan itu jika PR belum memerintah.

Sebenarnya, jika mana-mana Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat berani dan sanggup memansuhkan Felda Plantation, seluruh warga peneroka boleh memberikan sokongan kerana yang akan mendapat faedah dan menfaatnya adalah anak-anak peneroka Felda yang rata-rata sekarang ini tidak mempunyai pekerjaa yang tetap dan masih tinggal bersama ibu-bapa walaupun sudah berumah tangga.

Satu lawatan kerja oleh Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan dibuat pada 21hb Mei 2011 di Felda Suharto dan Felda Gedangsa dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat peneroka, dan lawatan ini akan diikuti dengan lawatan kerja oleh YB Eli ke Felda Sg Tengi Selatan, Felda Suharto dan Felda Gedangsa.

Suatu kursus untuk pemimpin-pemimpin muda dari Felda Gedangsa, Felda Suharto, Felda Sg Tengi, Felda Sg Tengi Selatan dan Felda Sungai Buaya akan diadakan di Selangor pada 24, 25 dan 26hb Jun 2011 anjuran Task Force Felda Negeri Selangor, dan kertas kerjanya telah pun diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan salinannya diserahkan oleh Sdr Rebin Birham kepada YB Eli.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah | BLOG - BLOG PARTI PKR

Posted: 16 May 2011 11:07 PM PDT

Pagi tadi selepas Suboh, saya pergi ke Kedai yang popular didepan Restoran SZ Rahmah nak beli nasi lemak dan roti canai. Di Rumah saya hari ini ramai juga kerana ipar saya dan seorang anaknya dan 2 orang cucunya ada, mereka akan pulang ke Melaka selepas sarapan pagi.

Maka saya belilah 9 bungkus nasi lemak. Sementara menunggu nasi lemak dibungkus, ramai di kedai itu yang saya kenali. Mereka ajak saya duduk bersama mereka untuk sembang-sembang kosong.

Walaupun kosong tapi isinya padat dengan cerita-cerita lama. Persoalan mulanya ada berhubung kait dengan kes Anwar. "Meluat betul, tak sudah-sudah mereka nak aibkan, malukan Anwar, orang kampong dah naik meluat, tak sudah-sudah" kata seorang yang berkopiah putih yang kalau dikira umurnya sudah menjangkau 70-an, giginya dah jarang-jarang.

"Haji, awok gi mana malam tu, kome (kami) kat sini jer, tak larat gi jauh-jauh, tapi kat sini pun ribuan juga yang datang, Mat Sabu taulah ceritanya tak mengeringkan gusi, telopong orang-orang tua macam koi (saya) ni nengornya (mendengarnya)" kata seorang lagi bertanya saya.

"Saya gi nengor Anwar di Kerayong, dalam hujan lebat, penuh dengan manusia, dan selepas Nuar di Kerayong dia gi pulok (pulak) kat Felda Purun, ribuan orang ada disana." kata saya.

Jawab dik (oleh) sorang lagi, "Ah zaman ni, buat ceramoh dekat-dekat pun orang tetap ramai, orang nak dengor cerita alternatif, tak terdaya jugek nak makan nasi sambal belacan, pagi, petang siang malam".

"Dulu katanya lagi nok gi KL kena bawok bekal, isi dalam upih, goren ikan takok dan sambal gesek, sampai jer kat Llentang, bas pun berenti, dan semua bukok (buka) nasi bekal, dan makan disitu. Dah habih (habis) seme (semua) makan bas pun bertolak semula ke Kuala Lumpur nuju ke Jalan Melaka, senun (disana) lah baru nak cari basikal roda 3 ke, teksi ke, ke tempat nok dituju."

Katanya lagi: "kalo (kalau) nak buat ceramoh di kampong, kene (kena) pasang lampu gaslin (gaslamp), pam, pam barulah ceroh (bercahaya) di rumah, bukan ada pembesor suara, suara asli tulah yang dipakai. Yang nengor ceramoh itu adalah dalang (dalam) 20 orang, tu pun dah kuatlah, tapi mase (masa) tu tak de (tiada) lah nok pakai permit-permit polih (polis), bebaah (bebas) nak buat ceramoh, polih tak ganggu, UMNO buat hak dia, PRM buat hak dia, PAS buat hak dia, sedap zaman tu. Radio, surat khabor, tak gila-gila nyokong satu parti jer macam sekarang."

Ceritanya lagi: "Kawan pernoh ikut Pak Sako gi ceramoh. Kome ni kene tolong pikul bateri untuk pembesor suara. Naik motor sangkut (boat berenjin) mudik ke hulu dari Kuala Semantan. Singgoh (singgah) di Balik Gantang (Kg Berhala Gantang), Bintang, Sanggang dan Sanggang Seberang, tidur dalam motor sangkut tu lah, kadang-kadang sampai 3 hari tak balik-balik rumoh (rumah). Pok Sako cakap orang Temerloh jer, cerita pasal jering, petai, air perigi. Dan dia pun mengaku dia yang bawok Jepun ke Malaya, dia kata dia tindik hidung Jepun tu, dia eret Jepun tu macam kerbau dia letok (letak) Jepun tu di merata tempat, dan lepas tu, Jepun tu tawan Malaya, dia cakap gitu sebab En Yahya (UMNO) seumor tuduh Pok Sako yang bawok Jepun ke Malaya. Dan Pok Sako juga mengaku dia yang bawok boh (banjr) meroh (merah) taun (tahun) 26, dia kata susohnya lah manusia dik boh yang dia bnawok. Itu cara Pok Sako matohkan (mematahkan) tuduhan parti lawan. Dan Pok Sako hanya kalah seribu lebih undi jer di Temerloh pada waktu itu, taun berapa hek, tak silap koi taun 1964, tak gitu Haji, awok yang seumor ikut Pok Sako masa tu." Dia pandang kepada saya. "Ha'ah," jawab saya, "Yer ke 1964, bukan 1958?" saya tak berapa ingat.

"Awok duk di rakit masa tu, kan Haji" tanya kawan disebelah saya. "Haah," jawab saya. Sebenarnya saya tinggal di rakit Temerloh.

"Masa ayoh koi baru bebas dari tahanan politik Inggeris, kome (kami) sekeluarga) duduk di rakit di muara Sg Sementan. Semelah (semualah) ada di rakit tu, ayoh, mok, aki, wan, abang Dol, Abang Din, Abang Ri, Adik Jaenoh (Jaenah) dan koi, dan ada seorang pupu, yang kini menjadi mok kepada ahli EXCO Kerajaan Pahang, orang UMNOlah anoknya tu, itu hai (hal) dia, saudara tetap saudara, perjuangan asing-asing." hentak saya.

"oih, awok ni Haji ramai sangat wakil-wakil rakyat Temerloh ni bersaudara dengan awok, Sabbaruddin Chik, Dato Haryani, Dato Sarkar, awok ni rugi dah duduk kat Pembangkang" kata Pak Haji, bekas Imam masijid kampong saya.

"Rugi?" jawab saya. "Sebab ada orang macam koi (saya) nilah UMNO/BN itu dapat kita kontrol sikit, kalo (kalau) tidok (tidak) dah licin harta dan khazanah Negeri Pahang ni digodam dik mereka tu. Sekarang ni pun dah habih (habis) tanah Negeri Pahang, balok (balak), emas, bijih Pahang ni dikobek dik mereka, dia berbagi-bagi balok macam harta mok-bapok mereka punya".

"Awok memang gitu Ji," kata seorang lagi. "Mana ada orang Temerloh ni yang sanggup kena tangkap bawoh ISA sampai dua kali macam awok, jasa awok kepada peneroka-peneroka Felda bukan sedikit, kawan ingat lagi ngikut awok gi cermoh di Felda, awok kata Felda tak patut kerana nok beri geran tanoh ladang berkongsi 20 orang atas nama Koperasi, awok yang lawan, awok tuntut supaya dikeluarkan geran secara individu. Awok juga menentang bayaran yang diptong dari elaun peneroka tentang jalan pertanian setiap bulan, tapi jalan pertanian tetap jugek tak elok, potong baja, tapi baja penuh dengan tanoh (tanah) aje, hak perwarisan yang ikut cara syarak dan undang-undang tanoh, awok membela nasib peneroka-peneroka, tapi bila awok kena tahan ISA berapa orang peneroka yang ingat kat awok. Saya sanjung awok Ji, tapi awok ni macam lilin, membakor (membakar) diri sendiri untuk terangkan orang lain. Nasib awoklah Ji. Awok bukan tak ada pilihan. Orang Temerloh tak ada yang terdedoh (berpeluang) macam awok, awok pernoh (pernah) kerja dengan Tunku Abdul Rahman, dengan Tun Razak hingga Tun Razak taworkan (tawarkan) menjadi calon BN pun awok tolok, Tuanku Pahang pun awok rapat masa tu, tapi awok ni orang degil, nok berjuang, berjuan, berjuang, apa awok dapat? Berapa lama ngat orang nak kenang jasa dan budi awok ni? Kalo koi, tak nok buat kerja sia-sia gini." syarahan dia. "Tapi Ji, koi tetap sokong awok. Awok orang Temerloh, saudara ramai, kawan ramai, seme orang termasuk Cina Kg Baru tu kawan awok, yang awok lari ke DUN Jenderok tu, buat apa? Bukan kampong awok, ssaudara mara pun tak ada, terkoteng-koteng awok disana, tapi masa 2008 tu, awok berjaya kurangkan majoriti BN sampai 50%. Awok baliklah tanding di Temerloh ni Ji, ambik kawasan DUN ke, kawasan Parlimen ke, awok ni jenih (jenis) orang tak tau duk diam, kerja-kerja-kerja untuk parti, tak penat-penat, kadang-kadang koi rasa awok ni bodoh jugalah." katanya.

Saya tersenyum sahaja mendengar "pidato"nya, ada macam puji saya, ada macam hentam saya, ada macam sayang saya, ada macam benci saya.

"Ha'ah-ha'ah (ya ya)" sampuk yang lain. "Ji, baliklah ke Temerloh Ji, tanding sini Ji, ni kampong awok, kami tak dapat undi awok kalo tanding di Jenderak tu."

"Mari kita cakap pasal hal lainlah, saya ni orang parti, kalau parti suruh saya tanding lagi, saya tanding, kalau tak suruh, saya membantu parti, jadi calon ni tak penting bagi saya, tapi yang penting parti saya (PKR) mesti menang kali ini di Temerloh dan juga di Jenderak." kata aya.

"Insya Allah" kata saya bahawa kali ini Pakatan Rakyat (PKR-PAS-DAP) akan memerintah Putrajaya. Tak banyak sangat dah tambahan yang kita perlukan. Dapat tambahan dalam 15 kerusi lagi, kita sudah boleh ambil alih Putrajaya. Dan saya meramalkan di Pahang sahaja kita boleh tambah 3 lagi kerusi Parlimen untuk PR. Di Sarawak kalau kita lihat undi terkumpul dikawasan-kawasan yang ditandingi Pembangkang memungkinkan kita menang tidak kurang dari 8 kerusi Parlimen, dan tambahan di Sabah tidak kurang dari 4 atau 5 kerusi lagi. Di Semenanjung ni, serata-rata PR akan tambah kerusi. Selepas PRU-13 ni, Insya Allah Najib akan jadi Ketua Pembangkang. Dan Menteri-Menteri yang buat taik, akan diadili di Mahkamah yang adil, bukan Mahkamah kangaroo macam di bawah BN ni.

Kemudian seorang demi seorang keluar dari kedai restran itu, ada yang beli roti canai, nasi lemak, laksan, kuih-kuih, ada yang sudah makan di kedai tu.

Nasi lemak yang saya order sudah siap, kena RM33.50 sen. Saya pun bayar, dan ucapkan Assalamualaikum kepada yang masih ada di kedai.

"Esuk datang lagi Ji, yer," kata towkay kedai. Adiknya kahwin dengan anak buah saya, anak kepada Abang Ri saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat