{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda nitar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda nitar - Google Blog Search


<b>Felda</b> pinjam KWSP RM6 bilion, ANAK tuntut penjelasan Najib <b>...</b>

Posted: 23 May 2011 11:36 PM PDT

Mazlan menunjukkan bukti minit mesyuarat yang mendedahkan permohonan pinjaman Felda daripada KWSP berjumlah RM6 bilion

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituntut memberi penjelasan segera mengenai tindakan Felda memohon pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang
Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan bukti itu yang terkandung dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor.

Beliau mempersoalkan tujuan pinjaman itu kerana sebelum ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan menafikan kenyataan Pakatan Rakyat bahawa Felda berdepan krisis kewangan yang kian parah.

"Sebelum ini  Datuk Ahmad Maslan berkata Felda memiliki kewangan yang kukuh, jika betul apa tujuan pinjaman ini kerana bebanan akhir akan ditanggung peneroka," katanya ketika mengadakan sidang media di Pejabat Agung Pas, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur tengahari tadi.

Mazlan  turut mengedarkan salinan minit mesyuarat itu kepada wartawan, yang antara lain menyatakan "Felda telah meminjam dari KWSP untuk pembangunan lot peneroka sebanyak RM6 bilion.

Justeru Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat menegaskan, kesan pinjaman dari KWSP memberi implikasi besar kepada pengurusan Felda dan peneroka seluruh negara.

Menurutnya, rakyat masih dikejutkan dengan kemerosotan rizab tunai Felda dari RM4.08 bilion pada 2004 kepada RM1.35 bilion pada 2009 seperti yang diakui sendiri Ahmad Maslan di Dewan Rakyat pada 16 Jun 2010.

"Kemerosotan RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun sesuatu yang mengejutkan. Meskipun laporan polis dibuat agar siasatan dilakukan bagaimana wang itu dibelanjakan dan keraguan munasabah terhadap ketelusan pengurusan kewangan, sampai hari ini tidak diketahui apa hasil siasatan itu," katanya.

"Nampaknya di zaman Datuk Seri Najib Razak menerajui Felda, kawalan kewangan begitu diragui dan pemborosan berlaku secara keterlaluan termasuk membayar faedah persaraan kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Yusof Noor sebanyak RM84,923.

"Selain menggunakan wang Felda dalam kempen pilihanraya kecil (PRK) di Parlimen Hulu Selangor, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor dan DUN Kerdau di Pahang yang menelan belanja jutaan ringgit," katanya.

Dalam pada itu, Mazlan turut menyelar tindakan Pengerusi Felda ketika ini, Tan Sri Isa Samad yang melakukan banyak pembaziran sejak mengambil alih jawatan itu dari Tan Sri Yusof Noor.

"Belum sampai setahun menjadi Pengerusi Felda, Isa Samad mengambil langkah sangat silap dengan menyerang staf Felda yang menyokong Pakatan Rakyat, menghentam peneroka yang mengurus kebun sendiri dengan bahasa kesat, memperbanyak program bersifat politik di kawasan Felda dengan belanja besar.

"Felda mesti diselamatkan daripada 'makhluk perosak' yang sedang mengagihkan projek berbilion ringgit kepada kroni Barisan Nasional (BN). Ubah Sekarang, Selamatkan Felda," tegas Mazlan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=14015

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>Felda</b> Pinjam RM6 Bilion Dari KWSP, Pusat Dituntut Beri Penjelasan

Posted: 24 May 2011 03:48 AM PDT


KUALA LUMPUR 24 MEI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituntut memberi penjelasan segera mengenai tindakan Felda memohon pinjaman RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendedahkan bukti itu yang terkandung dalam minit mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Rancangan Felda Nitar 2, Mersing Johor.

Hal ini membayangkan Felda kini berhadapan dengan krisis kewangan dan ini adalah sesuatu yang malang untuk sebuah agensi kerajaan Persekutuan yang dibawahnya bernaung ratusan ribu generasi peneroka.

"Sebelum ini Datuk Ahmad Maslan berkata Felda memiliki kewangan yang kukuh, jika betul apa tujuan pinjaman ini kerana bebanan akhir akan ditanggung peneroka," katanya.

" (Jadi) untuk apa wang RM6 bilion ini dipinjamkan? Bagi tujuan apa? Kerajaan mesti membuat penjelasan segera kerana ia memberi implikasi sangat buruk kepada pengurusan Felda keseluruhannya," katanya lagi pada sidang media di sini.

Menurut Mazlan, pada era pemerintahan Najib ketika ini dapat dilihat jelas kawalan kewangan Felda begitu meragukan dan pemborosan berlaku tanpa dikawal.

Antaranya pelaburan Felda dalam syarikat Twin Rivers Technology US Inc. (TRT US) pada tahun 2007 berjumlah RM270 juta.

Kedua, pelaburan Felda melalui Felda Globbbal Ventures Sdn Bhd berjumlah RM500 juta di Cincinnati dan Boston.

Tidak cukup dengan itu katanya, Felda membayar faedah persaraan yang terlalu tinggi kepada bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Dr Yusof Nor berjumlah RM84,923.

Malah, Felda juga membayar elaun yang tinggi kepada Ahli Lembaga Pengarah Felda jutaan ringgit pada setiap tahun.

Jelas Mazlan lagi,adalah begitu memalukan apabila Felda yang diasaskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak untuk mengangkat martabat Melayu-yang kini diterajui anaknya, berhadapan dalam situasi getir.

Ia ditambah dengan kepimpinan korup di bawah teraju Tan Sri Isa Samad.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Felda membuat pinjaman daripada KWSP.

Pada 2010, agensi itu telah meminjam RM3 bilion dari KWSP dengan melancarkan program yang dinamakan 'Felda Global Venture' untuk memacu agensi itu menjadi pemain dalam industri perladangan dunia.

Peruntukan RM 3 bilion diperuntukkan termasuk dipinjam dari KWSP.

Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan membuat pengakuan di dalam Dewan Rakyat bahawa rizab tunai Felda menjunam daripada RM4.08 bilion pada tahun 2004 kepada hanya RM 1.35 bilion pada 2009.

"Felda mesti diselamatkan daripada 'makhluk perosak' yang sedang mengagihkan projek berbilion ringgit kepada kroni. Ubah sekarang, selamatkan Felda," kata Mazlan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat