{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda keratong - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda keratong - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIA ITU: Dulu hanya buruh kontrak

Posted: 21 May 2011 04:37 AM PDT

KUANTAN – Bermula sebagai pekerja buruh kontrak, Ponniran Mat Anuar, 50, kini mampu mengukir senyuman apabila syarikat Ponniran Azwan Enterprise yang diusahakannya sekarang tidak putus-putus menerima projek.

Lebih membanggakan, dia yang menjalankan perkhidmatan kontraktor kelas F di Felda Keratong 9, Rompin, sejak tahun 2002 berjaya meraih pendapatan mencecah RM 250,000 pada tahun 2010.

"Saya mula terlibat sebagai buruh kontrak pada tahun 1985. Bagaimanapun, selepas beberapa tahun menimba pengalaman, saya berasa yakin untuk mengendalikan syarikat sendiri dan mendapat sokongan daripada bekas Pengurus Felda di sini.

"Dialah yang banyak memberikan kata-kata semangat serta dorongan untuk saya pergi jauh dalam bidang ini. Tanpanya, saya mungkin tidak akan berada di tahap sekarang," katanya yang menerima Anugerah Usahawan Felda Cemerlang.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda, Datuk Tan Mohd Aminuddin Ishak pada Majlis Perasmian Simposium dan Ekspo Usahawan Felda Wilayah Kuantan (SIMEX 2011) baru-baru ini.

Katanya, untuk tahun ini, syarikatnya sedang menyiapkan tiga projek di mana dua daripadanya merupakan projek bagi tahun 2011 dan satu lagi projek 2010.

"Selain tiga projek itu, saya sedang berusaha mendapatkan projek-projek baru. Saya juga sudah menghantar sebut harga di 20 tempat dan berharap akan mendapat beberapa projek untuk tahun ini dan seterusnya," katanya.

Ponniran turut menjadikan anak ketiganya, Mohd Azwan Ponniran, 24, sebagai rakan kongsi yang juga bakal mewarisi perniagaannya pada masa akan datang.

"Kalau boleh, saya mahu anak saya belajar dari bawah. Walaupun sudah mempunyai pekerja, namun saya tetap turun ke tapak projek untuk mengajar Azwan supaya dia mahir dalam bidang ini.

"Saya tidak mahu nanti apabila dia mengambil alih perniagaan ini, dia tidak tahu apa-apa. Sebab itulah saya menggalakkannya bermula dari bawah sekurang-kurangnya dia dapat memahami perjalanan kerja dalam bidang ini," katanya.

Tambahnya lagi, selepas menyerahkan syarikat tersebut kepada anaknya, Ponniran turut merancang untuk mengusahakan burung walit pada masa akan datang.

"Perusahaan ini turut mendatangkan pendapatan lumayan jika kita benar-benar mengusahakannya dengan cara yang betul. Daripada membiarkan tanah sedia ada begitu sahaja, tidak salah jika kita memanfaatkannya untuk kepentingan keluarga.

"Bagaimanapun, semuanya masih dalam perancangan. Kini, biarlah saya tumpukan perhatian kepada projek-projek sedia ada kerana tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran," katanya.

Sinar Harian
21 Mei 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>FELDA</b> JENGKA 19: Utusan Online - Pahang

Posted: 20 May 2011 07:21 PM PDT

Amalkan gaya hidup sihat

Posted:

Amalkan gaya hidup sihat

Amalkan gaya hidup sihat

Oleh NOREHAN SALEH
utusanpahang@utusan.com.my


Maznah Mazlan (duduk kiri) bermesra dengan seorang kanak-kanak orang kurang upaya, Mohd. Aminuddin Abdul Manan, 9, pada Program Pemimpin Bersama Rakyat Gugusan Felda Perantau Damai di Muadzam Shah, kelmarin.


MUADZAM SHAH 20 Mei - Masyarakat di negeri ini diminta mengamalkan gaya hidup sihat yang secara tidak langsung akan meningkatkan kadar jangka hayat masing- masing bagi meneruskan kehidupan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, Senator Datuk Maznah Mazlan berkata, purata kadar jangka hayat dalam negara sehingga kini adalah 74 tahun berbanding di Afrika yang mencatatkan usia sehingga 45 tahun.

"Masyarakat perlu memahami dan mengetahui tentang amalan tersebut, kerana ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kesihatan diri mereka.

"Bukan itu sahaja, kadar jangka hayat tersebut juga menunjukkan bahawa taraf teknologi dalam negara semakin tinggi," katanya kepada pemberita selepas program Pemimpin Bersama Rakyat di Gugusan Felda Perantau Damai di Felda Keratong 8 di sini, semalam.

Maznah juga berbangga kerana masih ada yang mengekalkan kesihatan sehingga kadar jangka hayatnya mencecah lebih 80 tahun.

Katanya, contoh tersebut dapat dilihat apabila terdapat 15 orang di Felda Keratong 8 yang berusia lebih 80 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

32 Perpustakaan Jalur Lebar

Posted:

32 Perpustakaan Jalur Lebar

32 Perpustakaan Jalur Lebar

MARAN 20 Mei - Sebanyak 32 perpustakaan desa di negeri ini akan dinaikkan taraf kepada Perpustakaan Jalur Lebar (PJL) bagi membolehkan komuniti luar bandar mengakses maklumat menerusi Internet.

Pengarah Prasarana dan Teknologi Maklumat Perpustakaan Negara, Salbiah Mohd. Yusof berkata, 64 perpustakaan itu di negeri akandinaikkan taraf secara berperingkat- peringkat.

Menurut beliau, kelebihan yang bakal dinikmati pengunjung terlibat adalah membuat pinjaman buku secara dalam talian dari Perpustakaan Negara di Kuala Lumpur.

''Penduduk kampung yang akan menikmati kemudahan itu perlu memanfaatkannya bagi meningkatkan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) supaya mereka tidak ketinggalan,'' katanya kepada Utusan Malaysia pada Karnival Promosi dan Kesedaran PJL Kampung Senggora dekat sini, semalam.

Karnival tersebut dirasmikan oleh Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rosnainah berakit di Sungai Pahang

Posted:

Rosnainah berakit di Sungai Pahang

Rosnainah berakit di Sungai Pahang

JERANTUT 20 Mei - Usaha kerajaan negeri menganjurkan Ekspedisi Berakit Antarabangsa Sungai Pahang baru- baru ini, memberi peluang kepada golongan belia mengamalkan gaya hidup sihat berkonsepkan Malaysia Cergas.

Seorang belia Kampung Pagi di sini, yang menghiasi ruangan Gadis Pahang minggu ini, Rosnainah Ahmad (gambar) 23, berkata, keindahan sungai itu membuatkan golongan tersebut termasuk dirinya teruja menyertai program berkenaan.

Dia yang mewakili Persatuan Belia 4B kampungnya yang menyertai ekspedisi tersebut berkata, sejak dimaklumkan tentang program itu, dia tidak melepaskan untuk peluang menyertainya.

"Rumah saya terletak di pesisiran Sungai Tembeling dan banyak mengajar erti kehidupan berasaskan sungai dan hidupan akuakultur.

"Saya kerap berakit atau berperahu bersama rakan di Hulu Tembeling untuk mengisi masa lapang, selain menimba pengalaman sebelum menyertai ekspedisi itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat