{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda selancar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda selancar - Google Blog Search


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah: <b>Felda</b> - Nostalgia <b>...</b>

Posted: 09 May 2011 07:13 AM PDT

Tidak pelik kejadian-kejadian dimana Pengurus-Pengurus Felda mengarahkan samada Ceramah PAS di Rancangan-rancangan Felda diberhentikan atau dibatalkan

Diantara ceramah-cewramah yang telah diaturkan tetapi dibatalkan oleh Pengurus-Pengurus Felda pada waktu itu adalah Ceramah PAS di Felda Kota Gelanggi 1 dan Ceramah PAS di Felda Sg Nerek.

Di Gelanggi 1, saya sampai untuk berceramah dan merasmikan Cawangan PAS disana mendapati rumah tempat ceramah berada didalam keadaan bergelap.

Apabila saya tanyakan kepada Tuan Rumahnya, dia menyatakan bahawa Pengurus Felda telah membatalkan ceramah itu, dan Tuan Rumah tidak mampu melawannya kerana beliau diugut akan diambil tindakan dan dibuang daripada Rancangan Felda.

Di Sg Nerek pula, Pengurus Felda mengarahkan ceramah yang sedang berjalan diberhentikan. Tetapi ceramah itu tetap diteruskan dan saya memberi masa buat seketika untuk menasihatkan Pengurus itu supaya tidak mencampuri didalam bidang politik kerana Pengurus Felda tidak ada hak menentukan pilihan politik peneroka-peneroka.

Mereka hanyalah Pengurus untuk menguruskan ladang dan bukan mencampuri urusan politik. Saya juga nyatakan kepada Pengurus Felda itu bahawa hak berpolitik telah dijamin dibawah Perlembagaan Persekutuan dan saya nyatakan kepada Pengurus Sg Nerek itu supaya beliau jangan menjadi "katak dibawah tempurung" dan jangan menjadi seorang bodoh dan dungu.

Walaupun Pengurus itu cuba menyekat Ceramah tersebut, tetapi saya tidak memperdulikan arahannya, dan akhirnya dia kelihatan seperti seorang yang bodoh dan dipandang hina dihadapan peneroka-peneroka yang hadir.

Di Felda Selancar 1 pula Ceramah PAS disitu tidak dapat diadakan kerana tuan rumahnya telah dibawa lari oleh Pengurus Felda dan Pengawal Wilayah.

Sebaik saja saya sampai ke sebuah rumah yang ditetapkan sebagai tempat ceramah, orang ramai yang berkumpul disitu memberitahu saya bahawa ceramah terpaksa dibatalkan kerana tuan rumah telah dibawa lari.

Saya mengambil kesempatan berceramah diluar rumah ditempat yang gelap itu kerana disana sudah berkumpul hampir 30 orang dan jumlah itu sudah mencukupi sebagai tindakan awal disuatu kawasan dimana PAS belum menubuhkan cawangannya.

Cukup setakat itu, dan dalam siri ini esuk saya akan dedahkan lagi kejadian-kejadian yang berlaku angkara Pengurus Felda yang sangat takut kepada UMNO dan melakukan perbuatan-perbuatan diluar kekuasaan yang dipertanggungkan kepada Pengurus Rancangan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat