{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sahabat lahad datu - Google Blog Search


aKu jiWang

Posted: 19 May 2011 08:52 PM PDT

Felda Residence Sahabat, Lahad Datu...

          Dalam pukul 11 kami dah siap2 untuk meneruskan perjalanan ke Felda Sahabat. Lebih kurang 2 jam kami sampai kat sana. Apa yg menarik kat felda sahabat ni? kelapa sawit!! hehe....kawasan ni adalah penempatan felda yang mengusahakan tanaman kelapa sawit. Ini adalah inisiatif kerajaan membuka bandar Felda Sahabat untuk membangunkan penduduk di Lahad Datu ni. Lengkap dengan pelbagai kemudahan, klinik, sekolah, gerai makan dll semuanya tersusun rapi. Nak masuk dalam kawasan ni jugak ada pemeriksaan polis. Keselamatan terjamin!! Kami menginap di Felda Beach Resort. Resort ni jugak diusahakan oleh orang2 felda sendiri. Harga sebilik tok semalam berpatutan . Memandangkan sehari ja cuti umum, tak ramai pengunjung kat resort ni. Sebelah malam pulak, biasalah perut lapar dah, kami keluar ke bandar cenderawasih, area2 felda sahabat jugak, tp mengambil masa setengah jam jugak tok sampai sana. Kat sabah ni, susah sikit nak cari kedai tomyam, kami punyala kempunan. Aleh2, jumpa jugak kedai tomyam kat sini. Tapi diusahakan oleh mamak, layan jerr... Kerapu 3 rasa, kailan ikan masin, tomyam, telur dadar, perghh...kenyang!! sodap jugak masakan dia.

           resort ni jugak berhadapan dengan laut yang membiru, hehe...

Best kan tgk anak buah aku tu mandi kolam, hehe...oleh kerana takdak orang, kami semua join sekaki. Pelbagai aksi terjunan dipamerkan..haha..melimpah ruah air kolam..kira2 kul 11 kami check out. Balik semula ke pekan lahad datu sebelom meneruskan perjalanan balik. Bersolat zohor di sebuah masjid di pekan ni. Yang uniknya masjid ni, selepas jemaah selesai solat, depa zikir dalam intonasi takbir raya. Sedap alunan zikirnya, bunyi mcm ala2 cina pon ada gak. Dalam masjid ni jugak ada board tentang larangan meminta sedekah dan meletakkan tabung sumbangan di masjid, hukumnya haram. Tapi kalau kita tengok kat semenanjung mostly semua ada kan tabung masjid. Aku pon tak berapa pasti tentang hukum ni. Tapi tulahh...kat sini larangan tu tegas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat