{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda selancar - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda selancar - Google Blog Search


Buku Jingga - Sambutan hebat dari penduduk Keratong

Posted: 21 May 2011 04:00 PM PDT

Saya sampai di rumah Sdr Rosni Arshad di Felda Keratong 6 lebih kurang jam 2.45 petang, 20.5.11 untuk menghadiri Majlis Taklimat mengenai Buku Jingga, perkara 8, Pemansuhan Felda Plantation bertujuan mengagih-agihkan lot-lot ladang kepada yang layak menerimanya terutamanya anak-anak peneroka Felda dari Generasi Ke-2 dan Ke-3.

Pada waktu itu Sdr Rabidin Kasmawi, Ketua PKR Cabang Rompin bersama isterinya sudah berada di rumah Rosni. Sdr Hamsi dan isterinya juga sudah berada disana.

Mulai jam 3.00 petang, rumah Rosni itu sudah mulai didatangi oleh peneroka-peneroka Felda dari seluruh kawasan Keratong, peneroka-peneroka dan generasi ke-2 dan ke-3, ada yang berkereta dan ada yang bermotosikal.

Peneroka-peneroka dari Felda Keratong 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, dan 10 dan dari Selancar 1, 2, 3, 4, 5, lelaki dan wanita sehingga memenuhui ruang rumah Rosni sehingga lutut bertemu lutut, dan begitu juga dibahagian yang ditempatkan untuk wanita.

Rabidin memperkenalkan para hadirin kepada saya, tetapi beliau sendiri pun tak pernah tengok dengan mereka yang datang itu. Tak disangka-sangka 50% dari hadirin itu adalah ahli-ahli UMNO, hanya 29% dari PAS dan 21% dari PKR.

Saya memulakan penerangan dengan merujuk kepada perkara 8 Buku Jingga yang menyebutkan bahawa Pakatan Rakyat akan memansuhkan Felda Plantation dalam tempoh 100 hari PR memerintah Negara ini selepas PRU-13.

Jika PR gagal memerintah selepas PRU-13, maka hasrat PR untuk memansuhkan Felda Plantation akan hanya tinggal sebagai satu agenda yang perlu diperjuangkan tetapi tidak berkuasa memansuhkannya.

Saya menyatakan bahawa hasil daripada Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, dan apabila dikumpulkan undi-undi didalam kawasan DUN di Sarawak, memungkinkan PR akan menawan tidak kurang dari 7 kawasan Parlimen di Sarawak.

Dengan perkembangan yang ada di Sabah, paling minima kawasan Parlimen yang boleh dimenangi adalah 5 kerusi, dan di Semenanjung Malaysia pula memungkinkan pertambahan kerusi Parlimen bagi Pembangkang adalah tidak kurang dari 7 kerusi. Dengan pertambahan sebegini, PR akan menjadi Pemerintah baru bagi Malaysia selepas PRU-13, Insya Allah.

Felda dan UMNO telah gagal dari semua sudut bagi membela nasib peneroka-peneroka Felda dan anak-anak mereka. Felda gagal mengembalikan dana tanam semula untuk peneroka-peneroka yang tanam sendiri, Felda gagal menanam semula kebun-kebun peneroka yang tanam melalui Felda Technoplant, dan ladang-ladang yang ditanam oleh Felda Technoplant tidak dijaga dengan baik, semak, tidak dibaja (pembajaan hanya dibuat kepada dua tiga row sawit atau getah yang berhampiran dengan jalan sahaja) dan jika dibandingkan dengan getah/sawit yang ditanam sendiri oleh peneroka-peneroka cukup berbeza kesegaran pokok-pokok itu.

Felda gagal menyerahkan Kunci Kira-Kira kepada peneroka-peneroka yang tanam melalui Felda, dan peneroka-peneroka hanya diberitahu bahawa mereka berhutang dengan Felda hingga RM70,000.00 - RM120,000.00 tanpa penyata kira-kira yang sah. Hutang peneroka-peneroka Felda bertambah dari masa ke masa apabila elaun sara hidup yang diterima oleh peneroka-peneroka juga dianggap sebagai hutang kepada Felda, manakala hasil pendapatan peneroka-peneroka dari ladang mereka tidak diberitahu dan berapa jumlah pendapatan itu dibayar untuk mengurankan hutang kepada Felda.

Peneroka-peneroka yang sudah menjelaskan BK mereka dan juga CAC masih menunggu geran tanah mereka diserahkan kepada mereka, disesetengah rancangan Felda, Peneroka sudah menunggu hingga 14 tahun untuk mendapatkan geran. Secara umumnya, Felda masih gagal mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroka yang telah lama menjelaskan bayaran BK dan CAC.

Felda juga gagal membayar kembali kepada peneroka-peneroka yang tanam sendiri wang yang dikumpulkan dari sumbangan peneroka setiap bulan didalam dana tanam sendiri.

Selama berpuluh tahun Felda hanya membayar antara 17% - 19% sahaja peratusan perahan KPG menyebabkan setiap peneroka dalam tempoh 15 tahun kerugian tidak kurang dari RM50,000.00 seorang.

Sebaik saja peneroka-peneroka berpakat untuk menyaman Felda mengenai perahan KPG ini, kebanyakan kilang-kilang Felda menaikkan peratusan perahan KPG kepada 20%-21%, ini menandakan bahawa Felda telah menipu perahan KPG ini selama berpuluh-puluh tahun.

Ujian di makmal menunjukkan bahawa kebanyakan buah sawit di Malaysia ini berada pada peratusan yang sangat tinggi, iaitu sehingga 36% dan apabila dipadankan dengan proses MPOB maka peratusan yang kedapatan adalah tidak kurang dari 27% kepada buah-buah sawit yang normal tetapi kepada buah-buah sawit yang selama ini direject di Kilang-Kilang Felda masih boleh mendapat antara 21%-22% perahan KPG.

Selama ini Felda dengan sewenang-wenangnya menolak buah-buah sawit yang dikatakan tangkai panjang, buah muda dan buah mekal, dan buah-buah jenis ini telah dihantar ke makmal dan memperolehi perahan sehingga 26%.

Isu KGK bagi getah masih belum diuji di Mahkamah, tetapi Felda hanya membayar KGK ke tahap 45% sahaja sedangkan ujian makmal menunjukkan KGK yang diperolehi adalah melebihi 60%.

Dengan masalah-masalah seumpama ini yang hanya menguntungkan Felda dan merugikan peneroka-peneroka, maka kepentingan peneroka tidak lagi dapat diperjuangkan oleh Felda dan UMNO, dan jika tidak berlaku perubahan kepada pentadbiran Negara selepas PRU-13 ini, peneroka-peneroka akan terus ditipu dan akan terus mengalami kerugian yang melampau.

Saya menyatakan bahawa PR telah mengambil satu pendekatan yang positif sesuai dengan peruntukan yang dinyatakan didalam Group Settlement Act dan Ucapan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak semasa membentankan Rang Undang-Undang GSA di Parlimen pada 27hb April 2011, bahawa Felda Plantation akan dimansuhkan didalam tempoh 100 hari PR memerintah.

Tun Razak tidak mengizinkan tanah-tanah kerajaan Negeri yang diserahkan kepada Felda diberi kepada syarikat-syarikat atau anak-anak syarikat; Felda telah jelas melanggar GSA dan ucapan Allahyarham Tun Haji Abdul Razak.

Diakhir ucapan saya, saya mengajak peneroka-peneroka menempahkan hidup baru kepada anak-anak mereka, supaya anak-anak mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan yang menganggur atau separuh-menganggur dengan menerima tawaran PR untuk menempatkan anak-anak itu sebagai peneroka baru.

Semasa Borang Permohonan untuk Menjadi Peneroka Felda, peneroka-peneroka yang hadir dan generasi ke-2 dan ke-3 yang hadir telah mengambil Borang yang disediakan. Sehingga jam 5.00 petang, 268 keping Borang sudah diedarkan; tetapi sehingga jam 12.00 tengah malam, ramai lagi peneroka-peneroka yang hadir ke rumah Rosni untuk mendapatkan penerangan dan untuk mengambil Borang.

Sehingga siang semalam pun (21.5.11), masih ramai peneroka-peneroka yang mendatangi rumah Rosni untuk mengambil borang dan mendapatkan penerangan.

Peneroka-peneroka dari Keratong 1, 2,3,4,5 meminta saya hadir ke Majlis yang mereka akan anjurkan untuk tujuan sama begitu juga peneroka-peneroka dari kumpulan Keratong 8,9,10 dan Selancar 1,2,3,4,5, dan saya telah bincangkan dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat untuk memberikan tumpuan sehari atau dua hari suntuk kepada keperluan di kawasan Keratong ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat