{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kemahang - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kemahang - Google Blog Search


PISAU.NET: Bongkar! Penipuan Peguam <b>Felda Kemahang</b> 3

Posted: 20 May 2011 06:00 PM PDT

Peguam yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3.... Sedang Gelak Besar

Sebagaimana yang telah di janjikan tidak lama dahulu, pembongkaran terhadap penipuan peguam PAS yang di katakan telah membawa kemenangan kepada peneroka di Felda Kemahang 3 akan saya lakukan. Saya telah berkesempatan membaca surat aduan yang di tulis oleh salah seorang wakil peneroka yang di tujukan kepada Majlis Peguam Malaysia pada 15 hb November 2010, di mana di dalam surat ini, peneroka-peneroka yang tidak berapa lama dahulu seronok sakan setelah menang di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, akhirnya sedar bahawa peguam yang mewakili mereka adalah PENIPU BESAR.

Peneroka-peneroka ini juga sedar bahawa kemenangan mereka ini bukanlah kerana peguam mereka ini hebat, tetapi di sebabkan peguam yang mewakili Felda tidak hadir akibat masalah teknikal. Oleh itu, Mahkamah telah memberikan kemenangan 'free' kepada peneroka. Yang paling untung dengan kemenangan 'free' ini ialah peguam ini kerana buta-buta mereka mendapat bayaran sebanyak RM 3.3 juta manakala setiap peneroka yang seramai 354 orang, hanya dapat RM 19 ribu je....

Di dalam surat yang panjang lebar ini, peneroka meluahkan rasa marah serta penuh kesal terhadap peguam ini. Antara yang menarik, mereka juga mempersoalkan kemana menghilangnya wang sejumlah RM 1.1 juta lagi yang dikatakan di serahkan kepada orang tengah. Sapa rang tengah ini, hanya peguam je yang tahu. Seronok jadi peguam ni kerana mereka dapat isi yang sedap lagi berisi, manakala peneroka pula dapat tulang je. Inilah dia peguam PAS yang kononnya memperjuangkan orang yang di tindas.

Saya percaya, sebab itulah begitu banyak lagi peguam-peguam PAS/PKR seperti Sivarasa dan sebagainya, berebut nak jadi peguam kepada peneroka kerana semuanya ada udang di sebalik batu. Kepada peneroka-peneroka sekelian, fikirkanlah sebelum terlambat..... Kepada peneroka-peneroka yang dah terkena ini, ingatlah pepatah melayu...' Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya.... Biarkan! Biarkan!'.

Inilah sebenyarnya yang dimahukan oleh Mazlan Aliman dan ANAK haramnya,bohong dan menipu peneroka.Dalang disebalik peguam ini merima imbuhan yang besar.

Dikhabarkan Mazlan Alimam dan ANAK turut mendapat komisen daripada pihak peguam penipu tersebut.Adakah mereka orang tengah yang dimaksudkan?

Sudah dijangka ANAK pusing satu negara berbohong kepada peneroka semata mata mahu buat duit dan pengaruh politik.

Pisau kata "khawarij PAS memang terkenal kaki songlap duit rakyat"

Related Posts : felda, khawarij PAS, mazlan aliman

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat