{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>FELDA JENGKA</b> 19: Utusan Online - Pahang

Posted: 21 May 2011 07:28 PM PDT

Koperasi kumpul aset RM882.7j

Posted:

Koperasi kumpul aset RM882.7j

Koperasi kumpul aset RM882.7j

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my


Adnan Yaakob (tengah), Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Pengarah Pelajaran Negeri, Datuk Mazlan Mohamad bersama pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Triang, Bera selepas Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang 2011 di Bera, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI


PEKAN 21 Mei - Sebanyak RM882.7 juta aset berjaya dikumpul oleh 610 koperasi berdaftar di negeri ini dengan keahlian seramai 282,244 sehingga akhir April lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Pahang menunjukkan sebanyak 435 koperasi mencatatkan keuntungan.

Menurut beliau, perkembangan itu disumbangkan melalui pengumpulan modal dan syer anggota serta program pembangunan perniagaan yang berdaya saing.

''Bagi memantapkan perkembangan koperasi yang bermotifkan sosial, kerajaan menyediakan bantuan dalam bentuk geran dan pinjaman mudah selain membiayai program latihan," katanya ketika berucap pada Ekspo dan Karnival Koperasi peringkat negeri di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Ishak Muhamad.

Adnan berkata, anggota koperasi juga dituntut memperkukuhkan kedudukan dan meningkatkan daya saing bagi menghadapi pelbagai cabaran baru.

Tegasnya, perubahan dalam ekonomi, politik dan proses liberalisasi pasaran serta kemunculan teknologi baru perlu diikuti supaya tidak ketinggalan dalam perkembangan tersebut.

''Koperasi perlu berfungsi sebagai sebuah institusi yang relevan bagi menghadapi cabaran, perubahan landskap perdagangan, isu globalisasi dan liberalisasi perdagangan antarabangsa," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu tunggal jual lidi, hasil hutan tampung perbelanjaan keluarga

Posted:

Ibu tunggal jual lidi, hasil hutan tampung perbelanjaan keluarga

Ibu tunggal jual lidi, hasil hutan tampung perbelanjaan keluarga

KUANTAN 21 Mei - Seorang ibu tunggal terpaksa mencari rezeki dengan menjual lidi dan mengutip hasil hutan untuk dijadikan sumber rezeki bagi menampung kehidupan dua anaknya di Kampung Tanah Putih Barat di sini.

Kehidupan Rosmini Mamat, 42, berubah sejak dua tahun lalu apabila suaminya meninggal dunia akibat kencing manis.

Menurutnya, bagi membantu keluarga, anak sulungnya bekerja di sebuah kedai dobi di sini untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Katanya, dengan pendapatan anaknya yang tidak seberapa iaitu RM350 sebulan, wang diperoleh digunakan sebaik mungkin bagi menampung perbelanjaan selain menanggung anak bongsunya yang masih bersekolah.

"Memang anak saya ada mendapat bantuan bulanan, RM100 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi kadang-kadang terpaksa berlapar ke sekolah tanpa sebarang wang belanja," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dia sendiri tidak melakukan kerja berat kerana mengalami penyakit sama seperti arwah suaminya sehingga jari tengah kaki kanan terpaksa dipotong pada Januari lalu.

Katanya, semasa arwah suaminya masih hidup, kehidupannya tidaklah begitu terdesak kerana arwah bekerja sebagai pemandu bas.

"Selepas ketiadaannya, saya anak beranak terpaksa bergantung ihsan kepada mereka yang sudi menyumbangkan menghulurkan beras dan keperluan harian lain," katanya.

Kehidupan ibu tunggal itu bertambah tertekan apabila sewa rumahnya RM100 sebulan masih tertunggak sejak 2007 tetapi bersyukur kerana tiada desakan daripada tuan rumah supaya menjelaskannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

<b>FELDA JENGKA</b> 19: Utusan Online - Keluarga

Posted: 21 May 2011 02:15 PM PDT

Suasana rockabilly di Switchblade

Suasana rockabilly di Switchblade

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto HAFIZH KHOSMAT


Konsep rockabilly telah wujud sejak 50 tahun dahulu.


Kreativiti dan hiasan yang ditampilkan di setiap sudut restoran menjadikan pengalaman menjamu selera seolah-olah berada di luar negara.

Gabungan dinding merah dan kerusi putih memeriahkan sekitar restoran yang turut menampilkan butik pakaian. Berbeza tempat menjamu selera lain, pemiliknya berani bermain dengan konsep rockabilly. Mungkin bagi sesetengah orang, konsep itu kurang popular di Malaysia. Namun, tahukah anda, ia menjadi kegilaan sama ada yang tua atau muda sejak 50 tahun dahulu.

Melihat suasana dekorasi Switchblade Kuala Lumpur, anda sebenarnya dikelilingi elemen rockabilly yang sebenar.

Switchblade memulakan perniagaan di Solaris Dutamas yang dikenali sebagai pusat gaya hidup di Lembah Klang. Konsep rockabilly ditampilkan dengan jualan produk yang menakjubkan disulami hiasan dalaman yang unik.

Istilah tersebut terhasil daripada perkataan rock 'n' roll dan 'hillbilly' iaitu merujuk kepada konsep muzik yang bermula awal 1950-an.

Rockabilly

Setiap dinding dipenuhi bingkai gambar bercirikan rockabilly. Iringan muzik pula tidak jemu-jemu menghiburkan pelanggan. Hiasan kelihatan artistik namun mempunyai penceritaan sendiri.

Malahan lukisan tatu pada dinding menampilkan ciri kasih sayang kekeluargaan.

Sesuai dengan tema rockabilly, merah dan putih menjadi pilihan utama dekorasi. Menambahkan seri penataan serta pencahayaan yang sesuai dan sedap mata memandang.

Ruang makan yang luas tampak kemas dengan susunan beberapa set meja makan yang selesa.

Bagi ibu bapa yang meminati gaya alternatif kemeja kanak-kanak dan bayi, Switchblade menawarkan label Six Bunnies untuk bayi dan juga kanak-kanak berumur dari setahun hingga enam tahun.

Label dari Belgium itu menawarkan rekaan unik dan warna terang daripada rock 'n' roll, avant garde sehingga rekaan lukisan tatu tengkorak dan juga rama-rama.

"Kami menyediakan pilihan rekaan alternatif yang lebih ringan buat ibu bapa dan juga pelanggan lain. Lebih banyak pilihan yang lebih artistik dan juga "edgy"," kata pengarah urusan Switchblade Kuala Lumpur, Asep Ahmad Iskandar.

Koleksi Six Bunnies merangkumi variasi menarik daripada tikar menukar lampin, bib leher, topi, baju bayi romper sehingga kemeja kanak-kanak.

Fabrik pakaian dibuat "fully combed" dan dicetak dengan pewarna yang dibenarkan oleh Kesatuan Eropah. Pakaian kanak-kanak ini sangat bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Pilihan warna adalah putih, hitam dan merah jambu. Warna terang seperti hijau, biru dan juga merah tidak ketinggalan. Turut dijual koleksi terkini musim bunga/panas untuk kanak-kanak.

Switchblade Kuala Lumpur terletak di A2-G1-07, Solaris Dutamas, No.1, Jalan Dutamas 1. bagi mendapat lebih informasi, sila hubungi 03-6207.9894 atau layari Switchblade™ Kuala Lumpur di Facebook.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat