felda bukit goh - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda bukit goh - Google Blog Search |
<b>FELDA</b> JENGKA 19: Utusan Online - Pahang Posted: 07 May 2011 07:41 PM PDT Hashimah tabah sara 5 anak, ibu uzurOleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
KUANTAN 7 Mei – Seorang kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengibaratkan dirinya bagaikan 'jatuh ditimpa tangga' apabila kehilangan tempat bergantung selepas suami terlibat dalam kemalangan dan terpaksa menyara ibu yang menghidap penyakit kanser payu dara. Bagaimanapun, Hashimah Hashim, 43, tetap gigih menyara lima anaknya yang masih bersekolah selepas suaminya, Muhamad Suhaimi Jaafar, 46, tidak mampu mencari rezeki sebagai pemandu teksi akibat kemalangan jalan raya pada Ogos tahun lalu. Ibunya pula, Rosma Abdul Rahman, 70, perlu diberi perhatian sewajarnya kerana menggunakan kerusi roda akibat kanser payu dara tahap empat sejak dua tahun lalu dan mendapatkan rawatan susulan sebanyak tiga kali sebulan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini. Lebih malang, kata Hashimah, dia sekeluarga perlu mencari tempat perlindungan baru selepas tanah yang diduduki mereka sejak 1960 bakal dijual pemiliknya. "Saya perlu kerap membawa ibu ke hospital mendapatkan rawatan susulan kerana penyakitnya semakin serius," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Presiden MIC Cawangan Air Putih di sini, P. Ragunathan; Presiden Kelab Apex, R. Sathiya Seelan dan Presiden Kelab Kerjayanita India Kuantan, T. Smoothi di rumahnya di Kampung Pantai Beserah, di sini semalam. Hashimah memberitahu, dia memerlukan kira-kira RM2,000 sebulan untuk menampung kos rawatan ibunya sedangkan pendapatan kasarnya hanya RM1,300 sebulan. Berikutan itu, dia terpaksa menagih simpati pihak lain termasuk rakan-rakan selain bergantung harap dengan bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Kerusi roda yang digunakan ibu adalah sumbangan golongan dermawan yang prihatin terhadap nasib kami. Saya juga terharu dengan kunjungan MIC ke rumah kami kerana sudi menghulurkan bantuan tanpa mengira kaum," katanya. Dalam pada itu, Ragunathan berkata, pihaknya akan berusaha menguruskan keperluan keluarga tersebut termasuk mendapatkan katil yang lebih sesuai untuk Rosma selain rumah baru yang lebih selesa. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from felda bukit goh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |