{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda jengka - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda jengka - Google Blog Search


<b>FELDA JENGKA</b> 19: Kosmo Online - Urban

Posted: 16 May 2011 01:30 PM PDT

Konvoi rumah ibadat Kavyan

Konvoi rumah ibadat Kavyan

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my


SEBAHAGIAN daripada para peserta Konvoi Ke Rumah Ibadat anjuran Kavyan bergambar di hadapan Tokong Dewa Pengawal di Jalan Sentul.


APABILA bercakap mengenai usaha menggalakkan perpaduan dan permuafakatan antara pelbagai kaum di Malaysia, idea itu sebenarnya lebih kepada sekadar menziarahi rumah terbuka pada hari perayaan.

Bagi penulis dan blogger bebas, Uthaya Shanker, beliau baru-baru ini menganjurkanprogram Konvoi Ke Rumah Ibadat buat kali kedua.

Walaupun percubaan kali pertama hanya berjaya menarik 10 orang peserta, konvoi kali kedua itu pula bertambah hampir 100 peratus apabila 19 orang telah mengambil bahagian.

"Saya cukup gembira dengan penyertaan ini. Sepatutnya lebih ramai yang menyertainya memandangkan jumlah yang respons melalui laman sosial agak tinggi. Akhirnya, hanya mereka ini yang serius menghubungi saya untuk mendapatkan maklumat mengenai konvoi ini," kata Presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) itu.

Uthaya menganjurkan konvoi tersebut sebagai salah satu inisiatif memupuk perpaduan dan persefahaman. Ia juga mencetus rasa saling menghormati dan mengeratkan hubungan baik antara masyarakat pelbagai kaum, agama, budaya, kepercayaan, adat serta etnik.

"Saya percaya adalah tidak salah jika kita saling mengenali agama lain. Malah, pengetahuan terhadap agama lain juga boleh menjawab banyak persoalan yang mengguris masyarakat kita pada hari ini," ujar Uthaya.

Dalam konvoi yang disertai empat kereta dan dua buah motosikal itu, sebanyak enam rumah ibadat yang dikunjungi para peserta konvoi. Walaupun pihak penganjur menyasarkan tempoh 30 minit di setiap rumah ibadat, namun masa itu terpaksa diregang apabila peserta konvoi mahu berada lebih lama di setiap persinggahan.

"Ini satu respons yang sangat baik. Saya mengalu-alukan persoalan yang selama ini menghalang minda kita untuk menerima fakta seterusnya merungkai sebarang salah faham tentang agama," jelasnya.

Dalam program itu, para peserta mendapat tahu bahawa banyak agama menegakkan konsep kewujudan satu Tuhan tetapi agama tertentu melihatnya dalam imej pelbagai dewa dan dewi.


PERBEZAAN kaum dan kepercayaan tidak menghalang usaha memahami perbezaan antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk.


"Saya memang mahu mengenali dengan lebih dekat tentang agama-agama lain di negara ini. Memandangkan saya mengikuti Uthaya melalui rangkaian Facebook, saya menerima ajakan konvoi beliau.

"Secara peribadi juga saya banyak mengkaji dan belajar tentang agama lain. Apabila hadir ke konvoi ini, saya dapati ada persepsi saya yang salah mengenai sesuatu agama," kata seorang peserta konvoi, Emillia Ramzan.

Katanya, selama ini dia tidak banyak mengenali agama dan budaya masyarakat Sikh tetapi lawatannya ke Gudwara Sahib Sentul di Jalan Sentul telah sedikit sebanyak memberikannya maklumat berguna.

"Bagi agama Hindu pula, saya selama ini beranggapan bahawa penganutnya menyembah banyak tuhan. Rupa-rupanya mereka juga yakin bahawa tuhan adalah satu tetapi wujud dalam jelmaan pelbagai rupa yang hanya mengikut sifat," ujarnya.

Bertanya soalan

Konvoi bermula di Kuil Sri Thandayuthapani di Jalan Ipoh pada pukul 10 pagi. Banyak persoalan mula diajukan, khususnya para peserta beragama Islam yang bertanyakan tentang kepercayaan seperti adat pecah kelapa, fungsi burung merak, pelbagai rupa dewa dan dewi serta struktur kuil itu sendiri. Lebih kurang satu jam diluangkan di kuil tersebut.

"Tiada soalan yang dianggap sensitif atau tidak boleh ditanya kerana saya percaya semua soalan mempunyai jawapan," kata Uthaya yang mengambil tanggungjawab untuk menerangkan tentang ritual keagamaan Hindu.

Dalam jemputan konvoi, Uthaya turut menyatakan pihaknya mengharapkan bantuan peserta pelbagai agama untuk saling menerangkan tentang rumah ibadat yang mereka lawati. Hal itu perlu kerana tiada jurucakap khas boleh didapatkan di setiap rumah ibadat.

"Seronok dapat mengunjungi Gudwara. Ini kali pertama saya menjejakkan kaki di sana. Nampaknya mereka juga tegas dalam hal menutup kepala sebelum memasuki ruang sembahyang.

"Malah, mereka dilihat menyembah transkrip atau kitab suci yang dikenali Guru Granth Sahib dan bukan berhala. Ia dikira sebagai salah satu daripada sepuluh guru mereka," kata peserta pelajar perubatan di Cyberjaya, Hafiz Majdi, 20, ketika mengunjungi Gudwara Sahib Sentul.

Lawatan peserta konvoi ke gudwara itu dianggap bertuah kerana mendapat kerjasama baik oleh salah seorang ahli jawatankuasa rumah ibadat tersebut, Balbir Sigh, 50.

Lokasi ketiga diteruskan ke Gereja Katolik St. Joseph, juga di Sentul. Konvoi yang tiba di lokasi tersebut pada pukul 11.45 pagi hanya meluangkan masa sekitar setengah jam memandangkan tiada pembimbing di situ.

Lawatan bermanfaat

Jazilah Ramly, 28, yang datang menyertai konvoi itu bersama lima orang rakannya yang lain dari Seremban mengakui bahawa lawatan itu suatu aktiviti bermanfaat.

"Orang Islam tidak dihalang masuk gereja kerana tujuan kita ke sini bukan untuk bersembahyang. Walaupun tiada pembimbing, kunjungan ini tetap bermakna apabila terdapat beberapa buku yang boleh dijadikan bahan bacaan tentang agama ini," terangnya.

Persinggahan berikutnya adalah Tokong Dewa Pengawal di Jalan Sentul, satu lagi destinasi tanpa pembimbing.



Seorang peserta dan juga pelajar bidang bioteknologi, Yeo Wee Kiat @ Ikram Yeo, 24, berkata, walaupun dia pernah mengamalkan Taoisme, namun dia kurang mahir mengenai agama itu.

"Saya tidak dapat membantu memberikan apa-apa penerangan walaupun berketurunan Cina. Tetapi saya teruja kerana dapat menjejakkan kaki ke tokong itu selepas sekian lama. Sama seperti kuil Hindu, agama Taoisme juga mempercayai fungsi dewa dan dewi yang ramai," katanya ringkas.

Setengah jam di tokong tersebut, kumpulan yang berehat minum seketika terus menuju ke masjid berdekatan, Masjid Al-Hidayah, Jalan Sentul.

"Agak menarik dan mudah apabila dalam satu kawasan ini, kita mempunyai semua jenis rumah ibadat. Itu adalah kecantikan yang dimiliki negara kita," tambah Uthaya.

Bagi Azmi Anuar, 54, konvoi itu mengingatkan kenangan zaman mudanya.

"Saya pernah pergi ke kuil bersama rakan-rakan Hindu untuk memerhatikan cara mereka bersembahyang dan upacara keagamaan mereka.

"Konvoi ini seperti mengimbas kembali zaman kanak-kanak kerana saya dapat mempelajari lebih banyak perkara secara lebih mendalam dan terperinci," jelasnya.

Sejurus tiba di lokasi berikutnya iaitu Masjid Al-Hidayah, Azmi dan beberapa peserta Muslim yang lain mengambil peranan menerangkan carta kewujudan manusia, daripada Adam dan Hawa, yang ditampal di papan kenyataan masjid tersebut.

Mereka juga melayan pertanyaan beberapa peserta beragama Hindu mengenai Islam.

"Jom, masuk ke dalam. Ruang ini adalah tempat bersembahyang dan mendengar khutbah. Di belakang itu adalah ruang yang dipisahkan untuk wanita. Di sisi ini ada bahan bacaan dan al-Quran," Azmi terus memberi penerangan sambil membawa peserta konvoi duduk di luar dewan sembahyang utama sementara menunggu para jemaah masjid selesai menunaikan sembahyang Jumaat.

Meninggalkan Masjid Al-Hidayah pada pukul 1.45 petang, konvoi singgah pula rumah ibadat terakhir iaitu Tokong Sri Lanka Buddhist, Jalan Sentul. Lokasi terakhir itu mendekatkan peserta konvoi dengan sami-sami Buddha dan cara pemujaan mereka.

Ketenangan suasana sambutan dan kemesraan penganut Buddha Tera Vethe di tokong itu jelas memberi keselesaan kepada setiap peserta. Penjelasan ringkas mengenai ajaran Buddha telah disampaikan oleh salah seorang sukarelawan di situ, Kang Gin Eng.

"Saya percaya semua peserta mendapat pelbagai manfaat daripada kunjungan ini. Saya berharap lebih banyak konvoi seperti dapat dianjurkan pada masa hadapan," kata Uthaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat