{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda kerteh - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda kerteh - Google Blog Search


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah: Perjumpaan yang <b>...</b>

Posted: 16 May 2011 05:51 PM PDT

Saya bersama-sama dengan anggota-anggota Task Force Felda Negeri Selangor berpeluang menemui YB Elizabeth Wong di Pejabatnya di Shah Alam pada jam 5.30 petang semalam, hadir dipertemuan itu adalah Sdr Rebin Birham, Setiausaha Task Force Felda Selangor, Sdr Zulkifli, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Johor, Sdr Amri, Sdr Aziz kedua-duanya adalah Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Selangor, Sdr Cikgu Nahar dan rakannya daripada PAS.

Perbincangan kami adalah berpusat kepada kemudahan yang dipohon oleh peneroka-peneroka Felda Gedangsa, isu pemberian geran tanah kepada peneroka-peneroka Fasa 6 Felda Suharto, geran tanah untuk peneroka-peneroka Felda Sungai Tengi Selatan dan tanah yang sudah dikenalpasti di Felda Suharto untuk perumahan generasi kedua.

Saya membukakan gelanggang perbincangan untuk mendapat tindakan terakhir dari YB Elizabeth Wong.

Mengenai tanah untuk perikanan air tawar di Gedangsa, YB Eli menyatakan bahawa perbincangan telah dibuat dengan Pegawai Daerah Hulu Selangor, dan Pejabat Tanah tidak mempunyai apa-apa masalah untuk mengeluarkan tol dengan syarat Felda tidak menghalang kerana tanah itu dalam perimeter Felda, dan Kerajaan Selangor akan berbincang dengan Felda agar dapat memberi kebenaran.

Mengenai tanah fasa 6 di Felda Suharto itu, saya memberitahu YB Eli akan peruntukan yang ada didalam GSA dimana pihak berkuasa terhadap tanah adalah Kerajaan Negeri Selangor, dan mengikut GSA Felda hanyalah agensi pengurusan sahaja dan tidak ada kuasa terhadap tanah.

Saya ceritakan tentang apa yang dilakukan oleh Kerajaan PAS Negeri Terengganu dulu di Felda Kerteh 1 dimana Felda menentang pemberian geran kepada peneroka-peneroka disana. Tetapi Kerajaan Negeri sebagai pihak yang berkuasa keatas tanah mengarahkan Pejabat Tanah berkenaan mengeluarkan geran tanah untuk ladang di rancangan itu untuk diserahkan kepada peneroka-peneroka. Dan geran-geran tanah diberikan oleh Pejabat Tanah.

Saya nyatakan bahawa tanah di Fasa 6 Felda Suharto serta semua tanah di Felda Sungai Tengi Selatan boleh diberikan geran diatas kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Sdr Aziz menerangkan bahawa peneroka-peneroka di Felda Sungai Tengi Selatan sudah mendiami kawasan itu sejak 30 tahun yang lampau. Sudah lama menjelaskan BK (hutang kepada Felda) dan membayar CAC melalui Felda. Mengikut GSA, sebaik sahaja CAC sudah dijelaskan maka berhak bagi Kerajaan Negeri mengeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroka berkenaan walaupun tidak disyorkan oleh Felda. Itu hak Kerajaan Negeri, dan berharap Kerajaan Negeri dibawah Pakatan mengambil peluang dan melaksanakan peruntukan undang-undang seperti yang dinyatakan didalam GSA dan Kanun Tanah Negara.

Sdr Rebin memberitahu bahawa satu diskusi khas akan diadakan mengenai GSA (Group Settlement Act) untuk dihadiri oleh semua EXCO dan wakil-wakil rakyat PR di Selangor dan panel kepada diskusi itu terdiri daripada mereka yang pakar disegi undang-undang yang akan dipimpin oleh Sdr Sivarasa. Tarikh diskusi yang akan dijalankan di Sekretariat Negeri Selangor sudah ditetapkan dan dipersetujui oleh YB Eli.

Melalui diskusi itu, akan diperjelaskan undang-undang GSA dan kuasa-kuasa yang ada di tangan Kerajaan Negeri dan kedudukan Felda yang hanya berperanan sebagai pengurusan sahaja dan tidak mempunyai kuasa terhadap tanah. Namun, oleh kerana semua pihak sudah sepakat seolah-olah Felda berkuasa 100% terhadap tanah-tanah didalam rancangan Felda, dan semua pihak tidak didedahkan dengan Undang-Undang GSA dan ucapan Tun Razak semasa membentangkan Rang Undang-Undang GSA di Parlimen pada tahun 27.4.1960 dulu mereka mengandaikan bahawa Felda (and only Felda) berkuasa untuk pengurusan dan berkuasa keatas tanah, termasuklah kerajaan-kerajaan yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Saya menerangkan bahawa apa yang didedahkan didalam Buku Jingga untuk PR memansuhkan Felda Plantation adalah sebenarnya sudah termaktub didalam GSA dan tak perlu menunggu PR memerintah Putrajaya untuk melakukannya. Hanyakan, Felda sudah pasti menjadikan isu ini isu yang panas, dan tak akan sudah-sudah menyerang pemansuhan itu jika PR belum memerintah.

Sebenarnya, jika mana-mana Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat berani dan sanggup memansuhkan Felda Plantation, seluruh warga peneroka boleh memberikan sokongan kerana yang akan mendapat faedah dan menfaatnya adalah anak-anak peneroka Felda yang rata-rata sekarang ini tidak mempunyai pekerjaa yang tetap dan masih tinggal bersama ibu-bapa walaupun sudah berumah tangga.

Satu lawatan kerja oleh Jawatankuasa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal akan dibuat pada 21hb Mei 2011 di Felda Suharto dan Felda Gedangsa dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin masyarakat peneroka, dan lawatan ini akan diikuti dengan lawatan kerja oleh YB Eli ke Felda Sg Tengi Selatan, Felda Suharto dan Felda Gedangsa.

Suatu kursus untuk pemimpin-pemimpin muda dari Felda Gedangsa, Felda Suharto, Felda Sg Tengi, Felda Sg Tengi Selatan dan Felda Sungai Buaya akan diadakan di Selangor pada 24, 25 dan 26hb Jun 2011 anjuran Task Force Felda Negeri Selangor, dan kertas kerjanya telah pun diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan salinannya diserahkan oleh Sdr Rebin Birham kepada YB Eli.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat