Felda palong - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
Felda palong - Google Blog Search |
Lawatan kerja ke DUN <b>Palong</b>, Jempol - The Spirit of Lubok Kawah <b>...</b> Posted: 19 May 2011 06:02 PM PDT Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal telah mengadakan lawatan kerja ke DUN Palong, Jempol, Negeri Sembilan semalam 19hb Mei 2011 bermula jam 2.00 petang. Terlibat didalam lawatan ini adalah Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro, Sdr T Kumar, Timbalan Pengerusi Biro, Sdr Karip, Bendahari Biro dan saya sendiri selaku Pengerusi Biro. Saya sampai di Felda Palong 9 jam 2.00 petang untuk mengadakan pertemuan dengan anggota-angota PKR di Rumah Sdr Hashim. Jam 3.00 petang kami beredar ke Felda Palong 11 ke rumah Sdr Jarudin, seorang pendokong Pakatan Rakyat, yang menderita sakit jantung. Jarudin telah menceritakan beberapa kali beliau dimasukkan ke ICU termasuk di Hospital Besar Melaka, dan kini hanya berehat di rumah. Pihak Biro akan mendapatkan bantuan yang sememangnya disediakan oleh Felda untuk membantu pesakit-pesakit sepertinya, dan Sdr Rebin akan juga membawa masalah yang dihadapi Jarudin ini ke Majlis Pimpinan PKR Negeri Sembilan disamping menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan tertentu. Selepas meninggalkan rumah Jarudin, kami pergi pula ke Felda Palong 10, ke sebuah rumah milik Zarina dan suaminya, tetapi telah dirampas oleh Pihak GPW, dan rumah itu dijadikan pejabat GPW Palong 10. Zarina dan suaminya menyatakan bahawa mereka meninggalkan rumah mereka selama 2 bulan dan tinggal bersama ibu mereka di rancangan Felda berdekatan apabila menghadapi masalah kesihatan, dan berulang alik dari Felda Palong 10 dari masa ke masa. Tetapi apabila keluarga ini mahu pulang ke rumahnya di Palong 10, mereka dapati rumah mereka sudah berkunci dan mereka dipinta menyerahkan rumah itu kepada Felda. Zarina menyatakan bahawa beliau atau suaminya tidak pernah menerima apa-apa surat atau notis daripada Felda dan tindakan Felda serta GPW yang merampas rumahnya itu adalah satu tindakan yang tidak berpandu kepada perundangan. Zarina memohon bantuan daripada Biro Masyarakat Felda untuk keluarga itu mendapatkan kembali rumah itu dan haknya sebagai peneroka Felda. Biro akan mengambil tindakan dengan secara berunding diperingkat awalnya supaya rumah itu dikembalikan. Tetapi jika jalan rundingan ditutup oleh Felda maka Biro akan mengambil tindakan undang-undang kepada Felda dan GPW Palong 10 menuntut kembali rumah itu selain daripada gantirugi selama mana GPW telah menggunakan rumah itu dan semua harta benda dan barangan yang hilang daripada rumah itu. Seterusnya kami melawat Felda Palong 5 bertemu dengan peneroka-peneroka Felda yang terlibat mengambil alih kebun-kebun mereka dari diuruskan oleh Felda Technoplant, dan peneroka-peneroka itu mengemukakan tuntutan-tuntutan daripada Felda Technoplant, dan tuntutan-tuntutan itu telah juga dihantar kepada Felda, Felda Technoplant dan juga kepada Perdana Menteri, Najib Razak. Satu Majlis Dialog telah diadakan dan dihadiri oleh semua peneroka yang terlibat menarik diri daripada Felda Technoplant, dan peneroka-peneroka itu telah menyediakan senarai kerugian yang mereka tanggung selama ladang mereka diuruskan oleh Felda Technoplant yang lembab yang menyebabkan setiap daripada peneroka itu kerugian tidak kurang dari RM70,000.00 setiap seorang. Lawatan ke DUN Palong ditangguhkan setelah rombongan Biro melawat Masjid Felda Palong 9 yang telah bocor dengan tenatnya dan pihak pentadbiran Felda dan Agama Daerah tidak melakukan apa-apa pembaikan walaupun sudah diberitahu berkali-kali oleh Jawatankuasa Masjid. Selepas solat Maghrib dan Isya, lawatan Biro diteruskan ke Rumah Ustaz Roslan di Felda Palong 10 untuk Majlis Ceramah berkelompok dan menjamu selera. Majlis itu berakhir jam lebihkurang 10.00 malam. Jam 10.30 malam rombongan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal meneruskan lawatannya ke Felda Palong 16 ke rumah Sdr Sharifuddin, bekas calon PKR 2004 DUN Palong yang mengumpulkan anggota-anggota PKR di rancangan itu. Didalam pertemuan itu, suatu susunan organisasi dapat disempurnakan untuk PKR Ranting Palong 16 menghadapi Pilihanraya yang akan datang. Jadual lawatan Biro ke DUN Palong berakhir lebihkurang jam 12.30 pagi tadi, dan saya kembali ke Temerloh dan sampai di rumah lebihkurang jam 2.00 pagi. Lawatan kedua ke DUN Palong akan dibuat pada 9hb Jun 2011 dan akan dimulakan dari jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengah malam. Hari ini 20.5.11 saya selaku Pengerusi Biro Felda PKR Pusat akan ke Felda Keratong 9 untuk bertemu dengan wakil-wakil peneroka Felda di gugusan Keratong, Rompin, Pahang khususnya untuk menerangkan isu pemansuhan Felda Plantation didalam tempoh 100 hari PR memerintah Putrajaya dan menangani isu anak-anak peneroka Felda yang bakal menjadi peneroka baru setelah Felda Plantation dimansuhkan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Felda palong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |